About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Friday, November 16, 2012

Happy Anniversary!

Assalamualaikum!

How are you guys? I'm sorry I haven't update for months, my last post was in August..thehehe~

So, first of all, HAPPY 2nd ANNIVERSARY to us (ME & me).. Wow, time passed by just like that.. It feels like we're still a newlyweds haha.. Well I guess I still feel like a newlywed coz we haven't even had our official honeymoon yet :p

Yes, we've been on holidays before, but with my whole family :D.. We're still trying to plan a trip for just the two of us :) insyaAllah..

So, back to the topic, our anniversary was on 13th November.. It means a lot to us, it's actually our first time celebrating our anniversary. We can't celebrate last year coz exactly on 13th November last year, my dad was admitted to the hospital.. We didn't feel like celebrating it that time.. Alhamdulillah, my dad is a lot better now.. :)

So, at first, we were thinking about having a casual lunch @ dinner at Secret Recipe with a slice of cake, but then, I changed my mind and I told ME that I suddenly feel like eating 'pulut kuning' made by my mum.. Hehehe~

And, I'm lucky to have a loving, caring and considerate husband by my side, he agreed with my last minute change of plan :D. So we went to my mum's place and celebrated our anniversary with the familia :)

Oh, and it was my elder sister's birthday on 5th November, so I decided to include her in our little celebration..and yay, she liked it :)

So, that's my little story.. Till then, see you next time~ :)

Wassalam.


Wednesday, August 8, 2012

Saya dah ada Formspring!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Ha..tengok tajuk... Formspring? Apekah? Actually saya pun tak la tau sangat pasal formspring ni, dulu2 ramai je invite suh join formspring tapi tak berminat..

Napa tiba2 leh create account formspring? Ntah.. saje kot? (macam la ada orang nak tanya sangat kat ko..) T_T

Kot2 la kan.. kot2 ye.. Kot2 la ada orang nk tanya apa2 ke... nak mintak pendapat ke, nak tanya.. pendek kata APA2 aje.. sila2 la tanya... kotak pertanyaan ada je kat sidebar sebelah kanan ni yer.. :)

Ape pun, saya ni memang seorang yang suka explore menda2 lain daripada yang saya dah biasa buat.. and maybe saya suka menda2 social networking ni kot? facebook, twitter, instagram, dengan tah ape2 lagi tah yg saya dah join sampai tak ingat *facepalm*





ha...tu ler profile saya kat formspring tu.. saya baru je follow 19 orang kot.. untuk permulaan.. :)

ape pun good luck to me and pada siapa2 yang berhajat nak bukak account formspring juge..

Wassalam ^_^




 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Tuesday, August 7, 2012

Artikel : Alang2 Pakai Shawl Biar Tutup Dada

Assalamualaikum!

Ha.. sekali lagi saya nk share artikel.. hari ni hari menge'share' sedunia untuk saya kot.. eheks :p

Artikel asal saya ambil dari SINI...

Saya tau ada yang tak rajin nk klik kan, so saya kopipes lagi..tuan punya artikel pun memang galakkan kita share.. :)

Sebelum tu, ini pandangan seposen saya.. saya memang setuju sangat2 dengan artikel ni.. betul, ramai yang pakai shawl berfesyen2 sekarang, and kebanyakannya tak cukup labuh sehingga menutupi dada.. tapi, ada satu lagi saya kurang pasti, dada dah tutup, tapi bahagian belakang pulak tak ditutup? (shawl labuh di bahagian hadapan, tetapi shawl tak menutupi bahagian belakang badan) ada sapa2 tau, macam mana tu? sy sendiri kurang pasti, sebab tu perlukan pandangan dari kawan2 yang tau.. :) saya sendiri kurang perfect, jadi marilah kita sama2 memperbaiki cara pemakaian tudung/shawl kita ye kawan2.. :)

so, mari layan cerita di bawah :)

**segala gambar dan ayat2 di bawah diambil bulat2 dari blog tersebut. TQ.




 [CERITA] ALANG2 PAKAI SHAWL BIAR TUTUP DADA





Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis..

Cik Anggun: Cantiknya kau cantik, ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana..?

Cik Cantik: Oo.. aku nak pi Times Square, nak beli beg murah.

Cik Anggun: Cantiklah shawl ko tu., macamana ko lilit,.?

Cik Cantik: oo.. aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana Tajima tu buat. cantik. ada gak aku blajar dr belog sikit2..




Cik Anggun: oo..cantik. aku pun suka tengok. tapi ada terkurang la tek..

Cik Cantik:Apa yg kurang Gun? Ok what.. yg penting aku pakai tudung apa.. x salah lilit2 kan..? Islam pun x halang muslimah nye pakai yg disukai.

Cik Anggun: Tudung ko cantik, tapi x salah kan kalo ko labuhkan ke dada sikit.

Cik Cantik: Aku nk wat cmne. tudung ni pendek sangat nak lilit. boleh belit skali dua je. hujungnya x sampai ke dada.Aku nak wat macamana.

Cik Anggun: Lainkali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek, lagi labuh lagi selesa ko nak lilit.

Cik Cantik: tapi aku pakai baju longgar, x nampak pun..

Cik Anggun: Tapi tek, mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yg intai2 kau.Mata lelaki ni 'tajam'.bukankah lebih selesa kau bergerak selincah manapun tapi dengan tudung yg menutup dada kau dengan sempurna kau boleh bergerak bebas tanpa risau?

Cik Cantik: Kau ni jangan buruk sangka Gun, bukan semua lelaki tu jahat.

Cik Anggun: Mmg bukan semua lelaki jahat Tek, tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat. apalagi lelaki. nafsu doang cuma satu.

Cik Cantik:Aku tak kuno Gun, semua orang pakai tudung macam ni. aku cuma ikut fesyen je.





Cik Anggun: tek, Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh. memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh. Itu sunnah. Tetapi Tek, islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek, Cukup syarat menutupi dada dan aurat, bnda tu sebenarnya x susah,

Cik Cantik: Kau senanglah cakap Gun, ko alim, ko dah biasa pakai tudung labuh.Ko cakap mmg senang lah..

Cik Anggun:Tek, mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle ustazah, ustazah pilihan, peserta solehah dan sewaktu dengannya, hukum Allah tu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek, Aku pun belum sempurna, ada juga kekurangan yang perlu aku 'tudung labuhkan' tapi sememangnya manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan selagi dia bernyawa.Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di dunia ini? Kau boleh Tek, tapi ko kena usaha mulakan dr sekarang.


Cik Cantik: Ye lah Gun, tapi tunggulah aku berubah slow2.. ko jangan lah cakap macam ni. terasa aku taw. hilang mood aku.

Cik Anggun: Tek, aku pun dulu sepertimu, pernah merasa berbaju ketat, bertudung singkat, tapi selagi kita x mula Tek, macamana kita nk mengatur langkah untuk perubahan seterusnya. lama2 kita akan mnjadi tepu dan sebati.Bila semakin lama ia tepu, semakin susah jua ia luntur.

Cik Cantik:Hidayah tu milik Allah Gun, kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan

Cik Anggun:Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11.''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri'' kita mula dulu Tek, baru Allah pimpin kita dan bukakan pintu..

Cik Cantik:Tapi Gun, walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku, aku still jaga solat aku. pemakaian x menggambarkan segala2 nya

Cik Anggun: memang benar katamu Tek, tapi aurat tidak boleh ditutup dengan hanya solat. aurat juga tidak boleh ditutup dengan akhlak yang baik. Tuntutan aurat yg dinuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya dari pandangan syahwat ajnabi.Allah sayang Muslimah tek, sebab tu Dia perintahkan kita menutup aurat,untuk menjaga diri kita juga. Firman Allah bukan suka2..ada sebab kenapa dan mengapa tek..


Cik Cantik:Ye Lah.. aku faham. tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung.

Cik Anggun:Bagus2.. tu aku suka sangat. at least ko dah cuba untuk memenuhi tuntutan. tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan..? Ko try mula lah dr melabuhkan tudung menutupi dada :)



Cik Cantik:InsyaAllah, aku akan cuba k. Thanks tegur aku. aku tahu kau tegur aku sbb kau sayang. kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa bersalah aku pakai macam ni. thanks anggun!

Cik Anggun: Ok cantik.. mulakan dari sekarang. you can do it! semoga dengan permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit.Tutup lah aurat juga didiklah iman mu..Allah akan tolong sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kebaikan.


Cik Cantik:Thanks.. aku sbenarnya nk pi Masjid india ni (tadi kata pi times square =.='') kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl pashmina ko yg labuh tu. aku nak teraii..

Cik anggun: Boleh, tapi ko jangan lupa basuh! (hehehe)

Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat.. :)
 
 
 


 Renungan kita bersama :)

Wassalam ^_^




Thanx for reading this entry! ^_^


 

Artikel : Abang, Romantiklah Sikit!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua di bulan yang mulia ini? Harap2 semua sihat hendaknye ye..

Kali ni, saya nak sharekan satu artikel untuk suami isteri, yang saya petik dari SINI....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ABANG, ROMANTIKLAH SIKIT!
SUATU ketika saya menerima satu panggilan...
“ASSALAMUALAIKUM, ustaz...” Suara di corong telefon kedengaran tergesa-gesa dan bernada sebak. Sebaik saya menjawab salamnya, pantas soalan diajukan. Jelas ada getar di sebalik luahan itu.
“Ustaz, saya nak tanya pendapat ustaz, kenapa lelaki ego sangat? Kenapa lelaki tak ada perasaan? Kenapa lelaki panas baran? Kenapa lelaki suka sakitkan hati kita? Kenapa lelaki tak kisahkan masalah kita, anak-anak dan keluarga? Kenapa bla bla bla... Kenapa? Kenapa?”
Selepas agak tenang serangan soalan bertubi-tubi tersebut, lalu saya berkata. “Puan, boleh saya tau apa sebenarnya yang terjadi?”
Lalu wanita tersebut menceritakan dengan lebih lanjut.
“Sejak berkahwin, suami saya asyik sakitkan hati saya aje, ustaz. Kalau dulu sebelum kahwin, pantang saya suarakan nak keluar ke mana-mana, laju saja dia nak temankan. Malah dia pernah cakap, kalau boleh dia nak saya selalu temankan dia dan dia akan temankan saya ke mana-mana sekalipun."
“Tapi sejak lepas kahwin, ada saja alasan bila saya ajak ke mana-mana. Kalaupun ikut, dia sekadar hantar ke mana saya nak pergi dan dia akan datang jemput saya balik bila saya telefon minta diambilkan. Sampaikan saya nak jenguk ibu bapa di kampung pun, dia kata sibuk. Bila saya tanya banyak kali atau tegur jawapannya, dia akan melenting dan marah-marah. Akhirnya, dia keluar rumah tinggalkan saya dengan anak-anak selepas puas saya diherdiknya. 
Gambar hiasan
 “Ustaz, kenapa saya ditakdirkan dapat suami yang macam ni? Sampai bila saya kena bersabar dengan perangainya? Tak boleh ke kalau dia lebih berlembut dengan isteri dan anak-anak? Saya rasa dah tak sanggup kalau berterusan macam ni. Kalau betul dia dah tak sayangkan saya, boleh tak saya nak mintak dia lepaskan saya?”
Saya cuba redakan suasana...
“Puan, begini... memang benar semua isteri inginkan suami romantik, lemah lembut, memahami, memaafkan dan penyayang. Apabila suami kasar, tentulah kita sedih. Cuma untuk pujuk hati kita, cuba kita faham ya... semua isteri sememangnya impikan suami seperti yang puan inginkan tapi pada masa sama, semua lelaki mungkin lebih kurang serupa saja dengan suami puan."
Sebagai isteri, diri kita adalah kunci untuk mengawal ego suami. Kita mampu melembutkan hati suami dengan tindakan kita. Puan teruslah hormati suami, insya-ALLAH penyakit barannya akan berkurangan."
“Sebenarnya takkan terjadi kita ego sorang-sorang, nampak kita macam orang bodoh, tapi kalau ada yang lawan, kita perlu pertahankan ego kita. Ini bukan bermakna suami tak sayangkan kita, tapi itulah cara mereka sayangkan kita."
“Begitulah juga kita, bila kita kerap bertanya di mana suami kita berada, maknanya kita ambil berat dan sayangkannya. Tapi kebanyakan suami akan rimas apabila isteri asyik bertanya itu dan ini. Cuba puan hormat dan taat kata-katanya, waktu kedua-dua sedang gembira, ajaklah dia temankan puan ke mana pun, insya-ALLAH...”
Selepas lama dijelaskan dan keadaan semakin reda apabila dia lebih memahami, soalan terakhir-nya yang ditanya...
“Sampai bila ya ustaz... saya kena hormat dan ikut apa saja cakap dia semata-mata untuk bagi dia sayangkan saya?”
Jawabnya... SAMPAI BILA-BILA!
Ya... itu adalah di antara banyak pertanyaan yang selalu saya terima. Sebenarnya, ini adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga. Malah, kalau difikirkan... sejak kita berkawan, bercinta atau bertunang, pasti akan ada nada sakit hati terhadap tindakan pasangan kita yang kurang difahami.
Bagi isteri, tindakan suami selalunya kasar, tidak mengambil kira perasaan dan hati isteri, tidak memahami, kejam, kedekut ataupun cepat naik angin. Sebaliknya pula, lelaki kecewa dengan sikap isteri yang dirasakan tidak menghormatinya.
Bagi suami dalam kes ini, mungkin semua tindakan yang dibuatnya itu ada asas dan sebab-sebab tertentu, malah barangkali disebabkan terlalu menyayangi isterinya. Misalnya, tidak bercuti ke mana-mana barangkali untuk penjimatan kewangan dan urusan perbelanjaan keluarga yang lebih penting.
Teguran tegas sehingga terpaksa meninggikan suara barangkali bertujuan untuk menyedarkan si isteri supaya jangan melampau. Malah, ramai suami mengambil tindakan meninggalkan isteri bersendirian di rumah jika berlaku perselisihan semata-mata untuk menyejukkan keadaan dan tidak mahu membiarkan pertelingkahan menjadi lebih komplikated.
Memahami fitrah wanita akan menyebabkan suami berusaha membentuk diri sebagai suami yang penyayang, lemah lembut dan romantik menurut kaca mata isteri. Ramai suami mengatakan sudah mencuba sebaiknya bersikap lemah lembut, tetapi pemahaman lemah lembut pada isteri adalah lebih mendalam.
Sekadar gambar hiasan
Sebagai suami, perlu kita ingatkan diri betapa fitrah wanita itu mendambakan keprihatinan dan belaian kasih sayang. Mungkin bagi kita memenatkan, tetapi itulah namanya pengorbanan yang berkesan. Namun, adakah pengorbanan itu akan dihargai oleh si isteri?
Pada mata kasar, seolah-olahnya bagaikan tidak nampak dihargai pun. Ini kerana bagi isteri, itu bukanlah pengorbanan besar pun... hanyalah keperluan dan tanggungjawab biasa seorang suami mesti laksanakan. Tetapi sebenarnya, jika ditanya kepada isteri yang selalu dikasari, dimarahi ataupun ditinggalkan suami, sikap suami yang prihatin, bertimbang rasa dan romantik amatlah didambakan.
Sebagai contoh, apabila isteri merajuk, apa yang diinginkan hanyalah minta dipujuk. Bagi suami, rajuk isteri adalah seolah-olah tunjuk perasaan atau tanda pemberontakan pada sesuatu keputusan ataupun sikap suami. Tapi bagi si isteri pula, rajukannya adalah untuk menyatakan yang dia sedang terasa dan inginkan belaian kasih sayang daripada suami yang disayangi dengan menggunakan bahasa emosi.
Namun yang sering terjadi, barangkali tidak menepati dengan maksud yang ingin disampaikan oleh isteri. Pujukan yang diharapkan, sebaliknya tengkingan yang diterima. Ini kerana suami biasanya akan terasa hati dengan sikap isteri yang menunjukkan rasa memberontak. Kesannya, timbullah rasa marah suami sehingga terpaksa meninggikan suara.
Kalaulah suami sedar, untuk memulihkan semula sikap antagonis atau melawan yang ditunjukkan isteri tadi sebenarnya hanyalah dengan belaian dan pujukan bagi menggambarkan betapa sayangnya kepada si isteri. Tiada tenaga terbuang, tiada suara disia-siakan dan tiada belanja yang perlu dikeluarkan. Sekadar memohon maaf kerana menyebabkan insan tersayang tersentuh hati, segala-galanya akan selesai dan semua pihak tidak menanggung apa-apa kerugian. Senang bukan?
Bagi kaum isteri dan wanita secara umumnya, harta benda bukanlah segala-galanya. Bagi mereka, lelaki sering tersilap faham mengatakan mereka meterialistik. Tapi bagi kaum lelaki pula, mereka beranggapan bahawa sudah fitrah kaum wanita sukakan harta. Ya benar, harta benda bukanlah segala-galanya tetapi untuk menunjukkan tanda kasih sayang kita perlukan juga harta material. Ini bermakna harta yang diberikan sebenarnya lebih bermakna apabila disertai dengan emosi dan kasih sayang.
Kebahagiaan bagi seorang isteri adalah apabila suami memahami citarasa, perasaan malah apa sahaja yang terdetik dalam hati. Alangkah indah jika suami mengerti apa yang tersirat dalam gerak-geri si isteri tanpa perlu diberitahu, apatah lagi diulang berkali-kali. Jika suami mengerti secara mendalam apa jua perasaan yang terbuku di dalam hati seorang isteri, itulah antara nikmat kebahagiaan dalam ikatan suami isteri.
Seorang isteri yang sedang bersedih akan menunjukkan gaya emosi memberontak untuk memberitahu kesan luka hatinya, lalu disedari oleh suami lantas memujuknya dengan lemah lembut. Apabila terluka, merajuk, gayanya melawan... tapi dalam masa sama mengharapkan agar suaminya tidak terluka dengan rajuknya itu. Inilah erti romantik bagi wanita. Suami pula janganlah terluka dengan tindakan ala memberontak tadi kerana jika tidak, silap faham tersebut tidak akan berkesudahan dan kekal berterusan.
Inilah yang disebut dalam riwayat sejarah tentang Sayidina Ali dan Siti Fatimah. Dikatakan Siti Fatimah tidak perlu memberikan jawapan tidak bersetuju, sebaliknya semua keputusan mahupun cadangan Sayidina Ali dipersetujui lantaran suaminya itu amat arif memahami maksud persetujuannya. Adakala Siti Fatimah bersetuju tetapi kemudian Sayidina Ali membatalkan keputusannya.
Pernah suatu ketika selepas Sayidina Ali membatalkan satu keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan Siti Fatimah, beliau bertanya... bagaimana perasaan Siti Fatimah dengan keputusan­nya itu? Lalu Siti Fatimah mengatakan bahawa ketika Sayidina Ali membuat keputusan awal, dia berasa gembira dan bahagia. Tetapi selepas suaminya itu mengubah keputusan, Siti Fatimah mengatakan yang dia lagi gembira dan lebih bahagia.
Ingatlah wahai suami! Wanita memiliki tahap emosi yang halus berbanding lelaki. Menjadi Siti Fatimah memungkinkan kita secara tidak langsung menjadikan suami kita mudah berubah seperti Sayidina Ali dan begitulah juga sebaliknya. Suami perlulah berusaha menjadi paling romantik dan bertimbang rasa agar isteri juga mudah berubah menjadi Siti Fatimah yang sentiasa taatkan suami. Seorang isteri akan mudah menuruti segala keputusan suami, malah akan menggantungkan segala harapan dan keputusan hidup di tangan suami yang dipercayai dapat melindunginya dengan penuh kasih sayang.
Sebagai renungan bersama, dititipkan beberapa sifat romantis Sayidina Ali untuk difikirkan dalam kehidupan keluarga kita. Antara sifat Sayidina Ali, sebagai seorang suami yang memenuhi keperluan fitrah kewanitaan Siti Fatimah ialah:
  • Mendengar kata-kata Siti Fatimah dengan emosi
  • Cuba memahami emosi yang tersirat di sebalik kata-kata isteri
  • Bersifat perkasa di medan perang tetapi amat lemah lembut sikap dan tutur kata di rumah
  • Hikmah dengan ilmu sehingga digelar pintu gedung ilmu oleh Rasulullah s.a.w
  • Memberi ruang terbuka dalam hubungan antara Siti Fatimah dan bapanya, Rasulullah s.a.w
Sekadar gambar hiasan
 Wahai suami, setiap isteri sememangnya men­dambakan lelaki yang romantik. Berusahalah untuk berbicara dengan lembut dan nasihatlah dengan sebaiknya. Buatlah keputusan rumah tangga sebijaknya dan jagalah akhlak seorang suami terhadap isteri sepanjang masa, apatah lagi ketika berhadapan dengan sebarang konflik rumah tangga. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ha... bermanfaat sungguh artikel ini.. gigih saya baca pagi2 tadi lepas sahur hehe... semoga bermanfaat untuk semua.. ^_^

Wassalam...



 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Wednesday, July 25, 2012

Korean Variety Show : Running Man

Assalamualaikum!

Ha, dah lama saya tak share Kdrama / Kshow dengan korang kan? Kali ni, saya nak share satu lagi Korean Variety Show yang tersangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat la best dan hotnye...

 
RUNNING MAN!!! 

Running Man ni merupakan sebuah variety show yang menampilkan artis2 yang akan berlumba ala2 amazing race.. tapi race diorang ni tersangatlah best, kelakar, mengarut, tak masuk akal dan macam2 lagi... setakat ni dah masuk episode 105.. (saya pun start tengok dari episode 70 sampai sekarang)

Percayalah, korang akan terhibur dan tergelak guling2 bila tengok Running Man nih... kebiasaannya akan ada artis jemputan untuk turut berlumba dengan Running Man ni.. antara yang pernah dijemput ialah Park Ji Sung! Awesome! And saya sangat tak sangka yang Park Ji Sung merupakan seorang yang sangat kelakar rupenye.. ahaks!

Tak guna saya cerita panjang, ape kata korang tengok aje ye..


dah lepas tengok tu, mai la komen sini, ape pendapat korang tentang show tu? ahaks



 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Monday, July 23, 2012

Mula2 Puasa

Assalamualaikum!

Pertama sekali, belum terlambat rasanya nak ucap selamat berpuasa kepada semua..





Keduanya, saya sendiri pun terkejut masa mula2 bukak blog saya.. last post ialah pada bulan April??? wow.. tahniah kepada diri saya sendiri kerana telah meninggalkan blog saya sehingga bersawang begini.. T_T kesian my blog..

So, bagi menebus rasa bersalah terhadap blog kesayangan saya kerana ditinggalkan sepi tanpa khabar, hari ini marilah saya bercerita. Cerita tentang apa? Tentang pengalaman berpuasa selama 2 hari lepas la kot..

Seperti yang semua sedia maklum, kita mula berpuasa pada 21 Julai 2012 iaitu pada hari Sabtu yang lalu.. Selalunya, saya kalau berpuasa di hujung minggu, memang akan teramatlah lemau sebab duduk rumah je kan..

Nasib la kali ni, hari Sabtu keluar, Ahad pun keluar...kurang lah sket kelemauan itu ^_^

Oh ya, tahun ini adalah tahun kedua saya berpuasa di samping suami tersayang ♥

So, untuk hari pertama, ME (suami saya) nak sahur nasi goreng, simple right? :) So mlm sebelum tu saya dah masak nasik siap2 and potong2 sosej siap2.. Oh ye, mak saya kata, kalau nak buat nasi goreng, elok kalau pakai nasi sejuk, tak melekat2.. sebab sebelum2 ni saya selalu guna nasi yang baru lepas dimasak, so paham2 la hehe.. kali ni dah bersedia awal, masak siap2... potong sosej siap2.. pagi nak sahur tu, tinggal goreng je nasinye..

Saya dengan ME ni dua2 tak berapa makan sayur, so nasi goreng kami teramatlah simple, pakai perencah nasi goreng Adabi dan hanya tambah sosej, telur dan sedikit sos cili + kicap sahaja.. simple kan? ahaks

Aktiviti di hari Sabtu, pergi Plaza Low Yat, saya nak cari memory card untuk my Galaxy Note.. biasa la, saya ni memang tak cukup kalau takat 16gb memory sedia ada pada phone.. musti mau tambah.. so pegi la cari sebab member kata kat situ murah kot? Memang murah pun, saya beli microSD card Sandisk 16gb Class 10, baru RM48 kot? sebelum ni ada kedai hp di pertama offer, class 4 untuk 16gb makan ratus2 kot? beza kan? dapat jimat di situ :)

pastu pusing2 sikit2 lagi kat situ, sempat jugak install GPS dalam Note saya.. install Aura.. baru kot.. sebelum ni saya biasa pakai Garmin, tapi kali ni try Aura pulak.. org tu kata, free for life, free updates.. kita tengokkan aje.. oh ye, install Aura RM 60, beli handphone holder (dlm kereta) pulak RM50.. mintak2 kurang, dapat la RM90 utk kedua2 barang itu.. :)

lepas Low Yat, pegi pulak ke Sogo.. terkejut jugak, punye la ramai orang! Siap ada tanda seru oke, tu memang betul2 terkejut kekeke.. tak bajet la 1st day puasa ramai camni.. rupa2nya dorang sibuk shopping, maklum le tengah MEGA Sales kot..

So, dah jalan2 lebih kurang, tatau nk buat ape dah, kaki dah lenguh, naik ke foodcourt untuk duduk2.. dalam kul 5 camtu, terus ke Secret Recipe untuk reserve table.. pengalaman lepas, lambat datang, dah full.. tapi pikir baru 1st day puasa, org tak ramai kot? tapi saya tetap ambil langkah berjaga2 dengan reserve awal2.. dah order n buat payment utk reservation, baru la turun balik ke parking utk berehat dlm kereta :p

dah 6.30ptg camtu kot baru naik balik utk terus ke Secret Recipe.. ramai orang oooo kat foodcourt and Secret Recipe tu.. lega sangat2 sbb dah reserve awai2..

hari Ahad pulak, ME kata nk sahur roti telur je.. so buat roti telur aje la.. tengahari usha2 home theatre, sbb ME nk cari ganti speakernye yg dah rosak.. berdentam dentum la rumah saya lepas nieh :D alhamdulillah.. dpt tv free lagi tu :D

berbuka pulak, kat rumah MIL di Batu Caves.. sebelum gi rumah MIL, pegi bazaar Ramadhan di Selayang Baru.. saya pun tak tau nama tempat tu, tapi ME kata Selayang Baru, so Selayang Baru la... :p beli lebih kurang, baru pegi rumah MIL.. ipar duai lain takde yang balik, so berbuka dengan mak + ayah mertua, adik + abg ipar aje la.. :) kenyang sampai menyandar kot, MIL buat bubur jagung..nyum3..

balik lepas isyak, sebab saya belum gosok baju kerja T_T

masuk je dalam kereta, saya cakap ngan ME, saya nk tido dulu, nnt tak larat nk gosok baju.. eheks.. balik rumah sempat la gosok baju sepasang utk saya n ME.. jadi la kan..esok sambung lagi..

begitu la puasa saya 2 hari ritu.. lepas2 ni tak tau pulak kan? hehe selamat menunaikan ibadah puasa ye semua... :)

Wassalam..



 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Wednesday, April 18, 2012

Instagram

Assalamualaikum!

Ha... Pasti ramai yang tau apa itu Instagram kan?

Bagi yang tak tau, Instagram ni ala2 facebook gak, bezanya di Instagram kita berkongsi gambar sahaja!

Pastinya awesome untuk yang suka tengok gambar. Macam2 gambar ada, yang comel, yang kreatif, yang boleh membuatkan mulut uols ternganga lias :D

Sebelum ni, Instagram hanyalah untuk pengguna2 iPhone dan iPad. Pendek kate iDevices aje la.. Memang hangat sungguh Instagram ni hinggakan pengguna2 device lain seperti pengguna2 Android phones merasa tersangatla jeles akan ke-awesome-an Instagram ini..

Baru2 ni, Instagram telah melebarkan sayapnya untuk dinikmati oleh Android users juga! How awesome was that?

So, untuk meng-awesome-kan diri dan memaksimumkan penggunaan Instagram di kesemua device yg sy ada, sy pn donlot la laju2 Instagram ini!

So, pd sapa2 yg ada Instagram, feel free to follow me.. I'm using the name mysarah4 on Instagram hehe.. So, cekidaut!

Saturday, April 14, 2012

Kenangan

Assalamualaikum!

Hi all! Wahh dah lama betul saya tak update yek.. Tsk tsk

So today tiba2 rasa nak buat short update.. Right this moment, i'm teaching my niece on how to main roller blade or some panggil roller skates.. I dont know which one yg betol but 16 years ago during my childhood, we call it roller blades hehe

So kali ni my dad and my niece jumpa balik those rollers yang dah lama tersimpan.. I still cant believe it that my dad still simpan those rollers.. Just imagine la, 16 years yo!!!

My niece pn baru nk masuk 10 taun this year huhu.. Those rollers are wayyy older than her! *proud*

Since i'm updating tru my ipad, i dont know wether the picca will come out or not once i publish this post.. Lets just hope it does come out okay? Enjoy the picca! :)

Till we meet again next time...

Wassalam ^_^

Wednesday, February 22, 2012

Trip to Cameron Highlands

Assalamualaikum!

Hi, how are you guys feeling today? I'm so sorry I didn't post any update lately... Well, I've been sick on and off... musim sakit dah datang la katakan..

So, earlier this month, 1st to 3rd February 2012 (Wednesday to Friday), my family and I went to Cameron Highlands, again.  Yeah, maybe some of you are aware that we went to Cameron Highlands last year too. Well, maybe a 2 days and 1 night trip weren't enough for us. *grins*

So, this year, we've decided to stay longer.  We stayed for 3 days and 2 nights at Rumah Peranginan Persekutuan.  This place located next to a strawberry farm that we went last year (how awesome was that!).

FYI, my sister booked the rooms on April 2011. Yes, I know, right!  We planned for this year's trip, last year! Haha

Ops, before I continue, please, please, please forgive my English and grammar. I know I haven't improved yet, but I'm trying hard.  I've learned that we will make mistakes and that's why we need to practice, practice and practice. Hehe..

Okay so I'll continue with BM + English (maybe) for the synopsis :p

So, pada hari kejadian iaitu 1 Februari, kami bertolak ke Cameron Highlands seawal jam 7 pagi.  Kami singgah di RNR Dengkil lebih kurang dekat2 jam 8.00 pagi untuk breakfast.  Oh ya, 1 Februari adalah hari Rabu. 1 Februari adalah cuti umum untuk Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan.  Jadinya, saya ambil cuti 2 dan 3 Februari aja lah. Hehe :p

After that, we continued our journey to our destination.  We arrived at our destination at 12.00 noon lebih kurang.  So apa lagi, terus la cari tempat untuk lunch right? Lepas kenyang, baru la bergerak untuk check-in kat Rumah Peranginan.

Settle check-in, kami rehat2 sampai lepas Asar. Dalam kul 5.30 baru keluar semula untuk mulakan sesi jalan2.  Saya dah lupa kami pergi mana dulu, so please forgive me for that hehe..

We went to a lot more places than we went last year. Alhamdulillah.  Oh, seperti yang korang semua tau, ayah saya tak berapa sihat kan.. So kami pilih tempat2 yang senang untuk ayah bergerak and kurang tangga/ tak perlu memanjat/mendaki since lutut ayah tak berapa kuat kan..

Alhamdulillah la, sepanjang kat sana, mak kata ayah takde batuk2 pun..tidur pun nyaman je.. maybe sebab udara kat sana lebih bersih kot? :)

So, tempat2 lain yg kami pergi, ladang teh Cameron Valley, Opah Strawberry Farm kat Kg. Sedia, Taman Agroteknologi MARDI, Bee Farm and byk lagi tempat kot? byk pulak kalau nk list sebab dah tak ingat sebenarnye hehe.. (tu la, sape suruh peram cerita ni lama2? padan muka saya T_T )

Jadinya, as usual, saya tempek la gambar sikit2 ye..tak larat nk tempek semua, ratus2 oo.. layann~

 ya..sila jamu mata anda... cantik kan? This pic was taken at Cameron Valley Tea Plantation Field. Awesome kan ♥  I walked down the hill for about 5-10 minutes just to take this pic..hehe..penat oo 45 darjah kot condongnye jalan menurun tu..


and here's the compilation of some pics of me and him and strawberries and a flower. okay, motif? takde motif hehe.. sila layan je :p

 oh btw, budak kecik yang saya pegang tu is Auni Firdina Khairina, anak abang saya. Dia baru 8 bulan time nih. Cute kan? Matanya sangat bulat, rasa nk kunyah2.. er... okay abaikan :p

So, akhir kata, kalau anda semua ngah pikir2 nk pi mana, mana yang belum pi sini, boleh la pi Cameron Highlands.. udaranya nyaman, sejuk, leh la perasan kat obesi sikit.  Sikit je, takleh banyak k.. Itu ja kot untuk kali ni..

Okay then, till next time. Wassalam ^_^




 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Friday, January 27, 2012

Countdown : Cameron Highlands again yay!!!

Assalamualaikum!

How are you guys? Okay, I know I haven't been posted anything lately... I've been busy with personal life and works and stuff.. And sikit penyakit 'M' melanda... Hehehe you know what I mean, right? ^_^

Anyway, it's January 27th today, and I'm officially starting the countdown to our family's short vacation to Cameron Highland (again??)!!! Yayyy!!

I know, maybe some of you will say, "Dah takde tempat lain ke?"

Well, as for me and my family, we've decided to go to Cameron Highlands again this year to make up for unfinished visits to some places that we really want to go last time.

And yeah, I think this time it'll rain in Cameron just like last year! It'll be super cold! I know, and I find that super cool! ^_^ However, I do hope that it'll only rain at night... coz I really need to go down the tea plantation field.. I can't last year since it rained heavily that time T_T

isn't it too beautiful? harap2 impian kali ni tercapai, dapat berlari2 anak di celah2 pokok teh..lalalalala~


Oh, we're going to Cameron Highlands 1-3rd February! It's next week! Awwww I can't wait LOL!! (",) It's in 4 days time! 4 days people! Yay!! Okay, forgive me if I annoyed you, but I'm just too excited :D

Till then, we'll meet again after I got back from my short vacation and finished with photo editing :p

Take care!! Wassalam~ ^_^




Thanx for reading this entry! ^_^



Tuesday, January 3, 2012

New Year Resolution

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Rasanya masih tak terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru kat semua kan? Ya, ini tahun baru kedua, yang pertama haruslah tahun baru Islam kan..



So, sempena tarikh 3 Januari ni (hari pertama bekerja di tahun 2012), saya ada beberapa azam yang nak dicapai dalam tahun ni, insyaAllah :

1- jadi isteri yang lebih sempurna dari tahun 2011, insyaAllah

2- tambahkan kerajinan dalam diri (sblm ni bukan malas, tapi kurang rajin je okay)

3- save up some money (so sad, at the age of 26, no savings T_T )

4- tutup mata terhadap sebarang gajet terbaru di pasaran (tough one)

5- kurangkan makan T_T

6- kurangkan tengok kdramas

7- tingkatkan tahap kesabaran semasa memandu


urgh...makin panjang pulak list ni ye? kalau saya nak tulis semua, mau sampai 50 nanti.. tak tercapai pulaks.. takpe kita mulakan dulu dengan 7 ni ye, insyaAllah cuba dicapai dalam tahun ni... amiin... (",)

sekian dulu! Wassalam ^_^




Thanx for reading this entry! ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...