About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥
Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Pengalaman : Pap Smear

Assalamualaikum!

Hai, apa khabar semua? Dah jarang2 saya dapat nak update pape kt blog lately.. Masih lagi menyesuaikan diri menjadi seorang ibu kepada seorang baby boy yang sangat aktif hehe..

So kali ni saya nak share and cite pengalaman saya buat ujian saringan Pap Smear.  Sebenarnye semalam (Rabu 21 Mei 2014) ada Seminar Kesihatan buat kat Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid kat opis saya ni.. Sambil2 dengo ceramah, ade gak dorang buat pemeriksaan kesihatan, ujian saringan pap smear, mamogram, derma darah and check gigi...

Memule opismet saya, Kak CT pegi register utk buat pap smear.  To be honest, saya memang takut sangat2 nak buat pap smear, macam sakit je.. Sbb tu saya tak pernah buat pap smear sebelum ni walaupun dah 3 tahun kawen.. hehe.. Dah la masukkan alat kat bawah, pastu korek2 nak amik sampel.. Denga je dah meremang bulu tengkuk saya huhu.. Maybe saya masih fobia bersalin induce ritu hahaha

Saya saje2 la jengah Kak CT ngh isi borang, pastu nurse terus hulur borang kat saya gak, mintak IC saya bagai, dia suruh buat gak.. Saya cakap la, "errr.. taknak la, sakit.."

Nurse tu jawab, "eh, tak sakit la, puan try la, memang tak sakit." Sambil2 tu aku kuarkan jugak IC, yela pap smear ni sebenarnye penting jugak utk kesan samada kita ada kanser serviks ke idok kan.. dah namenye pempuan, penting ooooo

Masa nurse sibuk isi particulars saya kt form tu, saya dah seram sejuk sampai rase nak terkucil pun ado.. Nurse tu cakap, "takpe, kat bilik pemeriksaan tu ada toilet, nnt puan pegi la masuk toilet dulu"

hahaha parah btol saya ni... seram siot... nurse tu siap hantar saya pegi kat bilik pemeriksaan tu and pass form sy kt nurse yang akan jalankan ujian pap smear ni.. eh lupe nak kabo, dorang check payudara skali utk ajar kita cane nak check seniri nnt.. yela, kanser payudara pun bukan leh buat main2, kene tau cane nak cek sendiri and kesan lebih awal.. :)

So lepas gi toilet, sy pun menyerah diri kat nurse utk diperiksa.. Biasa la nurse suruh longgarkan cangkuk bra and suruh tanggalkan ape yg patut utk pap smear.  Memule ajar cane nak buat pemeriksaan sendiri payudara.

Lepas tu, nurse suruh angkat kaki mcm nak bersalin and ready utk pap smear. Nurse pesan suruh relax je supaya muscle2 kat bawah tu relax jugak. Tarik napas dalam2 and tahan n lepas pelan2 mcm cek bukaan mase nak bersalin tu nurse cakap haha..

Alhamdulillah la, tak sakit pun mase nurse tu masukkan spekulum and masa nurse amik sample.  Tau2 dah setel hehe.. Terima kasih la nurse utk pengalaman yg tak menyeramkan ni.. Baru la berani sket nak buat pap smear lagi next year.  FYI, utk permulaan, pap smear ni kene buat every year utk 2 taun, if xde prob lepas tu akan selang setaun-dua camtu kot, lupe suda, bole? :p






Camni la caranya dorang amik sampel..

Ha, ni la spekulum a.k.a. muncung itik. ahaks~


So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...




Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?


  1. Tanggalkan seluar dalam.
  2. Berbaring di atas katil.
  3. Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  4. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  5. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
  6. Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
  • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
  • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
  • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
  • Rawatan susulan
  • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
  • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.


So, nasihat saya pada sesape yang berkenaan yang belum buat pap smear, sila la buat. In sha Allah tak sakit. Just relax ur muscle and urself, take a deep breath, setel! hehe









Thanx for reading this entry! ^_^



 

Wednesday, October 30, 2013

Artikel : 4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin

Assalamualaikum!

Walaupun hari ni wordless Wednesday, tapi tergerak gak nak share pasal ni.  Saya dapat dari facebook, kebetulan ada kazen saya share, so saya pun rase nak share jugak di sini.  Ini bukan hasil tulisan saya ye, ini hasil tulisan org lain, saya pun tatau sape, sebab semua orang pun share aje hehe..




4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin

Assalamualaikum,

Saya rasa ramai readers blog ni yang dah berkahwin. Entri ni khas untuk suami-suami yang isterinya tengah pregnant atau bahasa kasarnya membuyong. Yang belum kahwin pun boleh jugak nak baca mana tau dah sampai seru dan tetiba dapat rezeki ekspress.


Terus terang saya cakap tak semua orang akan sanggup teman wife dia time nak deliver baby. Kadang-kadang muka nampak gangster cerita kat orang bergaduh tiap-tiap minggu tapi bila teman bini deliver baby pengsan. Tu hakikat tapi alhamdulillah saya berjaya teman isteri saya tanpa sikit rasa takutpun dan bagi saya ada 4 sebab kenapa seorang suami kena teman isteri dia bersalin :


1. Melihat Kebesaran Allah

Terus terang saya cakap kalau seorang suami tu tak solat sebelum tengok isteri dia bersalin, InsyAllah lepas tu dia akan berubah dan akan bersolat sebab dia akan nampak kebesaran Allah. Mana taknya baby sebesar tu boleh keluar dari perut ibunya selamba gitu je. Itulah satu magik yang lebih hebat dari magic Cyril. Diapun mustahil boleh buat.


2. Beri Sokongan Pada Isteri

Dalam melalui saat-saat melahirkan anak ni seorang isteri sangat memerlukan seseorang untuk bagi dia semangat. So yang paling layak ialah suaminya dan bila suami ada di samping isteri time nak bersalin InsyAllah semuanya selamat. Memang penat weyh bukan semua orang yang dah pecah ketuban dengan mudah melahirkan tapi itulah satu bakti seorang suami pada isteri yang dah susah payah melahirkan.


3. Lebih Menghargai

Apapun kita kena faham maksud appreciation. Bila kita, suami ni teman isteri kita ada satu perasaan yang Allah akan bagi iaitu lebih menghargai. Salah satu punca penceraian ialah sebab suami tak faham dan tak tau menghargai isteri. Cara nak hargai isteri senang je try masuk labor room temankan dia bersalin. Kita akan nampak betapa seksanya isteri nak lahirkan anak dan dari situ kita akan lebih menghargai. Kalau tetap jugak macam tu even dah tengok isteri bersalin maksudnya hati dia dah buta sangat dah tu kena sumbat clorox je tu. Lagi satu penderaan bayi oleh ibu bapa dapat dikurangkan sebab bila kita tengok betapa susahnya nak lahirkan baby kita akan lebih menghargai baby tu.


4. Belajar Tentang Sabar

Seorang suami akan lebih bersabar selepas dia keluar dari labor room. Kenapa? Macam yang saya cakap tadilah tak semua isteri boleh beranak atau bersalin dengan mudah. Macam isteri saya masuk ward pukul 3 pagi pukul 10.10 pagi baru keluar. So saya kena teman dia sampai dia bersalin padahal saya kena pergi kerja. So kat situ melatih saya supaya bersabar untuk hadap apa je yang datang.

Nampak tak permainan dia kat situ. Allah dah bagi kita jalan untuk belajar macam-macam dari proses kejadian manusia tapi kalau kita sendiri tutup hati kita dan takde niat sikitpun nak ubah maka ta jadi apa jugak. So pada suami-suami sekalian alam temanilah isterimu ketika dia memerlukan mu.




Bila baca tulisan penulis ni, saya pun jadi cuak.  Mampu ke ME teman saya nanti. Yela, bak kata penulis, kadang2 muka mcm gangster, tapi bila tengok isteri bersalin pun leh pengsan.  Pengsan pun ada 2 sebab, maybe sebab tengok darah or lagi satu sebab dah takde tenaga sebab tak makan (ada yang tunggu isteri sampai 6-8 jam).

Saya dah share kat facebook saya and tag ME dengan kata2 "kuatkan diri, tabahkan hati, teman sampai sudah ye!" ahaks~

Mudah2an Allah SWT permudahkan urusan kami dan kuatkan diri saya dan ME untuk terus berjuang bersama2 di labour room nanti, in sha Allah.



Till then, wassalam (",)




 Thanx for reading this entry! ^_^




 

Tuesday, October 29, 2013

Artikel : Apakah itu kontraksi Braxton Hicks

Assalamualaikum!

Hai semua! Kali ni saya nak share pasal kontraksi Braxton Hicks. Actually pun saya sebelum2 ni tatau pun and tak penah dengar pasal Braxton Hicks.  Tapi lepas 6months preggy baru first time dengar seorang kawan sebut pasal Braxton Hicks ni.  So saya pun gigih la gugel and baca untuk pemahaman sendiri, and dah alami pun.. Tapi baru ni terasa nak share hehe.. Mungkin ada bakal2 ibu di luar sana yang masih belum tau?



Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu. 

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872. 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin. 
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini. 

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku." 

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 

Kontraksi Braxton Hicks:

  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.

Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:

  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan. 

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks. 

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda. 

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panasjuga membantu. 

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang. 

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan. 

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia. 





Ha, amacam? Kena baca betul2.. and ada gak yang kata, tak semua alami Braxton Hicks ni... wallahualam..

Ape pun harap artikel ni membantu!


Till then, wassalam (",)



 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Tuesday, August 7, 2012

Artikel : Alang2 Pakai Shawl Biar Tutup Dada

Assalamualaikum!

Ha.. sekali lagi saya nk share artikel.. hari ni hari menge'share' sedunia untuk saya kot.. eheks :p

Artikel asal saya ambil dari SINI...

Saya tau ada yang tak rajin nk klik kan, so saya kopipes lagi..tuan punya artikel pun memang galakkan kita share.. :)

Sebelum tu, ini pandangan seposen saya.. saya memang setuju sangat2 dengan artikel ni.. betul, ramai yang pakai shawl berfesyen2 sekarang, and kebanyakannya tak cukup labuh sehingga menutupi dada.. tapi, ada satu lagi saya kurang pasti, dada dah tutup, tapi bahagian belakang pulak tak ditutup? (shawl labuh di bahagian hadapan, tetapi shawl tak menutupi bahagian belakang badan) ada sapa2 tau, macam mana tu? sy sendiri kurang pasti, sebab tu perlukan pandangan dari kawan2 yang tau.. :) saya sendiri kurang perfect, jadi marilah kita sama2 memperbaiki cara pemakaian tudung/shawl kita ye kawan2.. :)

so, mari layan cerita di bawah :)

**segala gambar dan ayat2 di bawah diambil bulat2 dari blog tersebut. TQ.




 [CERITA] ALANG2 PAKAI SHAWL BIAR TUTUP DADA





Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis..

Cik Anggun: Cantiknya kau cantik, ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana..?

Cik Cantik: Oo.. aku nak pi Times Square, nak beli beg murah.

Cik Anggun: Cantiklah shawl ko tu., macamana ko lilit,.?

Cik Cantik: oo.. aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana Tajima tu buat. cantik. ada gak aku blajar dr belog sikit2..




Cik Anggun: oo..cantik. aku pun suka tengok. tapi ada terkurang la tek..

Cik Cantik:Apa yg kurang Gun? Ok what.. yg penting aku pakai tudung apa.. x salah lilit2 kan..? Islam pun x halang muslimah nye pakai yg disukai.

Cik Anggun: Tudung ko cantik, tapi x salah kan kalo ko labuhkan ke dada sikit.

Cik Cantik: Aku nk wat cmne. tudung ni pendek sangat nak lilit. boleh belit skali dua je. hujungnya x sampai ke dada.Aku nak wat macamana.

Cik Anggun: Lainkali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek, lagi labuh lagi selesa ko nak lilit.

Cik Cantik: tapi aku pakai baju longgar, x nampak pun..

Cik Anggun: Tapi tek, mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yg intai2 kau.Mata lelaki ni 'tajam'.bukankah lebih selesa kau bergerak selincah manapun tapi dengan tudung yg menutup dada kau dengan sempurna kau boleh bergerak bebas tanpa risau?

Cik Cantik: Kau ni jangan buruk sangka Gun, bukan semua lelaki tu jahat.

Cik Anggun: Mmg bukan semua lelaki jahat Tek, tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat. apalagi lelaki. nafsu doang cuma satu.

Cik Cantik:Aku tak kuno Gun, semua orang pakai tudung macam ni. aku cuma ikut fesyen je.





Cik Anggun: tek, Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh. memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh. Itu sunnah. Tetapi Tek, islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek, Cukup syarat menutupi dada dan aurat, bnda tu sebenarnya x susah,

Cik Cantik: Kau senanglah cakap Gun, ko alim, ko dah biasa pakai tudung labuh.Ko cakap mmg senang lah..

Cik Anggun:Tek, mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle ustazah, ustazah pilihan, peserta solehah dan sewaktu dengannya, hukum Allah tu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek, Aku pun belum sempurna, ada juga kekurangan yang perlu aku 'tudung labuhkan' tapi sememangnya manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan selagi dia bernyawa.Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di dunia ini? Kau boleh Tek, tapi ko kena usaha mulakan dr sekarang.


Cik Cantik: Ye lah Gun, tapi tunggulah aku berubah slow2.. ko jangan lah cakap macam ni. terasa aku taw. hilang mood aku.

Cik Anggun: Tek, aku pun dulu sepertimu, pernah merasa berbaju ketat, bertudung singkat, tapi selagi kita x mula Tek, macamana kita nk mengatur langkah untuk perubahan seterusnya. lama2 kita akan mnjadi tepu dan sebati.Bila semakin lama ia tepu, semakin susah jua ia luntur.

Cik Cantik:Hidayah tu milik Allah Gun, kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan

Cik Anggun:Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11.''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri'' kita mula dulu Tek, baru Allah pimpin kita dan bukakan pintu..

Cik Cantik:Tapi Gun, walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku, aku still jaga solat aku. pemakaian x menggambarkan segala2 nya

Cik Anggun: memang benar katamu Tek, tapi aurat tidak boleh ditutup dengan hanya solat. aurat juga tidak boleh ditutup dengan akhlak yang baik. Tuntutan aurat yg dinuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya dari pandangan syahwat ajnabi.Allah sayang Muslimah tek, sebab tu Dia perintahkan kita menutup aurat,untuk menjaga diri kita juga. Firman Allah bukan suka2..ada sebab kenapa dan mengapa tek..


Cik Cantik:Ye Lah.. aku faham. tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung.

Cik Anggun:Bagus2.. tu aku suka sangat. at least ko dah cuba untuk memenuhi tuntutan. tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan..? Ko try mula lah dr melabuhkan tudung menutupi dada :)



Cik Cantik:InsyaAllah, aku akan cuba k. Thanks tegur aku. aku tahu kau tegur aku sbb kau sayang. kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa bersalah aku pakai macam ni. thanks anggun!

Cik Anggun: Ok cantik.. mulakan dari sekarang. you can do it! semoga dengan permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit.Tutup lah aurat juga didiklah iman mu..Allah akan tolong sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kebaikan.


Cik Cantik:Thanks.. aku sbenarnya nk pi Masjid india ni (tadi kata pi times square =.='') kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl pashmina ko yg labuh tu. aku nak teraii..

Cik anggun: Boleh, tapi ko jangan lupa basuh! (hehehe)

Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat.. :)
 
 
 


 Renungan kita bersama :)

Wassalam ^_^




Thanx for reading this entry! ^_^


 

Artikel : Abang, Romantiklah Sikit!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua di bulan yang mulia ini? Harap2 semua sihat hendaknye ye..

Kali ni, saya nak sharekan satu artikel untuk suami isteri, yang saya petik dari SINI....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ABANG, ROMANTIKLAH SIKIT!
SUATU ketika saya menerima satu panggilan...
“ASSALAMUALAIKUM, ustaz...” Suara di corong telefon kedengaran tergesa-gesa dan bernada sebak. Sebaik saya menjawab salamnya, pantas soalan diajukan. Jelas ada getar di sebalik luahan itu.
“Ustaz, saya nak tanya pendapat ustaz, kenapa lelaki ego sangat? Kenapa lelaki tak ada perasaan? Kenapa lelaki panas baran? Kenapa lelaki suka sakitkan hati kita? Kenapa lelaki tak kisahkan masalah kita, anak-anak dan keluarga? Kenapa bla bla bla... Kenapa? Kenapa?”
Selepas agak tenang serangan soalan bertubi-tubi tersebut, lalu saya berkata. “Puan, boleh saya tau apa sebenarnya yang terjadi?”
Lalu wanita tersebut menceritakan dengan lebih lanjut.
“Sejak berkahwin, suami saya asyik sakitkan hati saya aje, ustaz. Kalau dulu sebelum kahwin, pantang saya suarakan nak keluar ke mana-mana, laju saja dia nak temankan. Malah dia pernah cakap, kalau boleh dia nak saya selalu temankan dia dan dia akan temankan saya ke mana-mana sekalipun."
“Tapi sejak lepas kahwin, ada saja alasan bila saya ajak ke mana-mana. Kalaupun ikut, dia sekadar hantar ke mana saya nak pergi dan dia akan datang jemput saya balik bila saya telefon minta diambilkan. Sampaikan saya nak jenguk ibu bapa di kampung pun, dia kata sibuk. Bila saya tanya banyak kali atau tegur jawapannya, dia akan melenting dan marah-marah. Akhirnya, dia keluar rumah tinggalkan saya dengan anak-anak selepas puas saya diherdiknya. 
Gambar hiasan
 “Ustaz, kenapa saya ditakdirkan dapat suami yang macam ni? Sampai bila saya kena bersabar dengan perangainya? Tak boleh ke kalau dia lebih berlembut dengan isteri dan anak-anak? Saya rasa dah tak sanggup kalau berterusan macam ni. Kalau betul dia dah tak sayangkan saya, boleh tak saya nak mintak dia lepaskan saya?”
Saya cuba redakan suasana...
“Puan, begini... memang benar semua isteri inginkan suami romantik, lemah lembut, memahami, memaafkan dan penyayang. Apabila suami kasar, tentulah kita sedih. Cuma untuk pujuk hati kita, cuba kita faham ya... semua isteri sememangnya impikan suami seperti yang puan inginkan tapi pada masa sama, semua lelaki mungkin lebih kurang serupa saja dengan suami puan."
“Sebagai isteri, diri kita adalah kunci untuk mengawal ego suami. Kita mampu melembutkan hati suami dengan tindakan kita. Puan teruslah hormati suami, insya-ALLAH penyakit barannya akan berkurangan."
“Sebenarnya takkan terjadi kita ego sorang-sorang, nampak kita macam orang bodoh, tapi kalau ada yang lawan, kita perlu pertahankan ego kita. Ini bukan bermakna suami tak sayangkan kita, tapi itulah cara mereka sayangkan kita."
“Begitulah juga kita, bila kita kerap bertanya di mana suami kita berada, maknanya kita ambil berat dan sayangkannya. Tapi kebanyakan suami akan rimas apabila isteri asyik bertanya itu dan ini. Cuba puan hormat dan taat kata-katanya, waktu kedua-dua sedang gembira, ajaklah dia temankan puan ke mana pun, insya-ALLAH...”
Selepas lama dijelaskan dan keadaan semakin reda apabila dia lebih memahami, soalan terakhir-nya yang ditanya...
“Sampai bila ya ustaz... saya kena hormat dan ikut apa saja cakap dia semata-mata untuk bagi dia sayangkan saya?”
Jawabnya... SAMPAI BILA-BILA!
Ya... itu adalah di antara banyak pertanyaan yang selalu saya terima. Sebenarnya, ini adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga. Malah, kalau difikirkan... sejak kita berkawan, bercinta atau bertunang, pasti akan ada nada sakit hati terhadap tindakan pasangan kita yang kurang difahami.
Bagi isteri, tindakan suami selalunya kasar, tidak mengambil kira perasaan dan hati isteri, tidak memahami, kejam, kedekut ataupun cepat naik angin. Sebaliknya pula, lelaki kecewa dengan sikap isteri yang dirasakan tidak menghormatinya.
Bagi suami dalam kes ini, mungkin semua tindakan yang dibuatnya itu ada asas dan sebab-sebab tertentu, malah barangkali disebabkan terlalu menyayangi isterinya. Misalnya, tidak bercuti ke mana-mana barangkali untuk penjimatan kewangan dan urusan perbelanjaan keluarga yang lebih penting.
Teguran tegas sehingga terpaksa meninggikan suara barangkali bertujuan untuk menyedarkan si isteri supaya jangan melampau. Malah, ramai suami mengambil tindakan meninggalkan isteri bersendirian di rumah jika berlaku perselisihan semata-mata untuk menyejukkan keadaan dan tidak mahu membiarkan pertelingkahan menjadi lebih komplikated.
Memahami fitrah wanita akan menyebabkan suami berusaha membentuk diri sebagai suami yang penyayang, lemah lembut dan romantik menurut kaca mata isteri. Ramai suami mengatakan sudah mencuba sebaiknya bersikap lemah lembut, tetapi pemahaman lemah lembut pada isteri adalah lebih mendalam.
Sekadar gambar hiasan
Sebagai suami, perlu kita ingatkan diri betapa fitrah wanita itu mendambakan keprihatinan dan belaian kasih sayang. Mungkin bagi kita memenatkan, tetapi itulah namanya pengorbanan yang berkesan. Namun, adakah pengorbanan itu akan dihargai oleh si isteri?
Pada mata kasar, seolah-olahnya bagaikan tidak nampak dihargai pun. Ini kerana bagi isteri, itu bukanlah pengorbanan besar pun... hanyalah keperluan dan tanggungjawab biasa seorang suami mesti laksanakan. Tetapi sebenarnya, jika ditanya kepada isteri yang selalu dikasari, dimarahi ataupun ditinggalkan suami, sikap suami yang prihatin, bertimbang rasa dan romantik amatlah didambakan.
Sebagai contoh, apabila isteri merajuk, apa yang diinginkan hanyalah minta dipujuk. Bagi suami, rajuk isteri adalah seolah-olah tunjuk perasaan atau tanda pemberontakan pada sesuatu keputusan ataupun sikap suami. Tapi bagi si isteri pula, rajukannya adalah untuk menyatakan yang dia sedang terasa dan inginkan belaian kasih sayang daripada suami yang disayangi dengan menggunakan bahasa emosi.
Namun yang sering terjadi, barangkali tidak menepati dengan maksud yang ingin disampaikan oleh isteri. Pujukan yang diharapkan, sebaliknya tengkingan yang diterima. Ini kerana suami biasanya akan terasa hati dengan sikap isteri yang menunjukkan rasa memberontak. Kesannya, timbullah rasa marah suami sehingga terpaksa meninggikan suara.
Kalaulah suami sedar, untuk memulihkan semula sikap antagonis atau melawan yang ditunjukkan isteri tadi sebenarnya hanyalah dengan belaian dan pujukan bagi menggambarkan betapa sayangnya kepada si isteri. Tiada tenaga terbuang, tiada suara disia-siakan dan tiada belanja yang perlu dikeluarkan. Sekadar memohon maaf kerana menyebabkan insan tersayang tersentuh hati, segala-galanya akan selesai dan semua pihak tidak menanggung apa-apa kerugian. Senang bukan?
Bagi kaum isteri dan wanita secara umumnya, harta benda bukanlah segala-galanya. Bagi mereka, lelaki sering tersilap faham mengatakan mereka meterialistik. Tapi bagi kaum lelaki pula, mereka beranggapan bahawa sudah fitrah kaum wanita sukakan harta. Ya benar, harta benda bukanlah segala-galanya tetapi untuk menunjukkan tanda kasih sayang kita perlukan juga harta material. Ini bermakna harta yang diberikan sebenarnya lebih bermakna apabila disertai dengan emosi dan kasih sayang.
Kebahagiaan bagi seorang isteri adalah apabila suami memahami citarasa, perasaan malah apa sahaja yang terdetik dalam hati. Alangkah indah jika suami mengerti apa yang tersirat dalam gerak-geri si isteri tanpa perlu diberitahu, apatah lagi diulang berkali-kali. Jika suami mengerti secara mendalam apa jua perasaan yang terbuku di dalam hati seorang isteri, itulah antara nikmat kebahagiaan dalam ikatan suami isteri.
Seorang isteri yang sedang bersedih akan menunjukkan gaya emosi memberontak untuk memberitahu kesan luka hatinya, lalu disedari oleh suami lantas memujuknya dengan lemah lembut. Apabila terluka, merajuk, gayanya melawan... tapi dalam masa sama mengharapkan agar suaminya tidak terluka dengan rajuknya itu. Inilah erti romantik bagi wanita. Suami pula janganlah terluka dengan tindakan ala memberontak tadi kerana jika tidak, silap faham tersebut tidak akan berkesudahan dan kekal berterusan.
Inilah yang disebut dalam riwayat sejarah tentang Sayidina Ali dan Siti Fatimah. Dikatakan Siti Fatimah tidak perlu memberikan jawapan tidak bersetuju, sebaliknya semua keputusan mahupun cadangan Sayidina Ali dipersetujui lantaran suaminya itu amat arif memahami maksud persetujuannya. Adakala Siti Fatimah bersetuju tetapi kemudian Sayidina Ali membatalkan keputusannya.
Pernah suatu ketika selepas Sayidina Ali membatalkan satu keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan Siti Fatimah, beliau bertanya... bagaimana perasaan Siti Fatimah dengan keputusan­nya itu? Lalu Siti Fatimah mengatakan bahawa ketika Sayidina Ali membuat keputusan awal, dia berasa gembira dan bahagia. Tetapi selepas suaminya itu mengubah keputusan, Siti Fatimah mengatakan yang dia lagi gembira dan lebih bahagia.
Ingatlah wahai suami! Wanita memiliki tahap emosi yang halus berbanding lelaki. Menjadi Siti Fatimah memungkinkan kita secara tidak langsung menjadikan suami kita mudah berubah seperti Sayidina Ali dan begitulah juga sebaliknya. Suami perlulah berusaha menjadi paling romantik dan bertimbang rasa agar isteri juga mudah berubah menjadi Siti Fatimah yang sentiasa taatkan suami. Seorang isteri akan mudah menuruti segala keputusan suami, malah akan menggantungkan segala harapan dan keputusan hidup di tangan suami yang dipercayai dapat melindunginya dengan penuh kasih sayang.
Sebagai renungan bersama, dititipkan beberapa sifat romantis Sayidina Ali untuk difikirkan dalam kehidupan keluarga kita. Antara sifat Sayidina Ali, sebagai seorang suami yang memenuhi keperluan fitrah kewanitaan Siti Fatimah ialah:
  • Mendengar kata-kata Siti Fatimah dengan emosi
  • Cuba memahami emosi yang tersirat di sebalik kata-kata isteri
  • Bersifat perkasa di medan perang tetapi amat lemah lembut sikap dan tutur kata di rumah
  • Hikmah dengan ilmu sehingga digelar pintu gedung ilmu oleh Rasulullah s.a.w
  • Memberi ruang terbuka dalam hubungan antara Siti Fatimah dan bapanya, Rasulullah s.a.w
Sekadar gambar hiasan
 Wahai suami, setiap isteri sememangnya men­dambakan lelaki yang romantik. Berusahalah untuk berbicara dengan lembut dan nasihatlah dengan sebaiknya. Buatlah keputusan rumah tangga sebijaknya dan jagalah akhlak seorang suami terhadap isteri sepanjang masa, apatah lagi ketika berhadapan dengan sebarang konflik rumah tangga. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ha... bermanfaat sungguh artikel ini.. gigih saya baca pagi2 tadi lepas sahur hehe... semoga bermanfaat untuk semua.. ^_^

Wassalam...



 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Wednesday, June 22, 2011

TIPS : Petua Menjaga Hati Isteri

Assalamualaikum!

Pagi ni blogwalking and terbaca satu artikel menarik kat blog Anak2 Negeri Sembilan (AANS)..

Saya kopipes yek...

PETUA MENJAGA HATI ISTERI

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.  Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.


6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

=======================================================================

ha...amacam... apa lagi, sila2 lah share kan dengan kawan2 @ suami... sharing is caring! ♥

sekian dulu, wassalam...



Thanx for reading this entry! ^_^

Monday, May 9, 2011

Sejarah Hari Ibu : Jangan Sambut Hari Ibu?

Assalamualaikum ols~

ni saya kopipes artikel yang saya ambik dari SINI...


ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.

Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day

Sumber ; Laman Web Rasmi, Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini

Tak perlu tunggu ahad kedua bulan May untuk sambut hari ibu, setiap hari ialah hari ibu, kerane ibu itu, takkan sehari gagal untuk mendoakan anaknya, takde sebab kite hanye patut meraikan sehari dalam setahun untuk kasih sayang dan pengorbanan mereke. ucapkan sayang ibu setiap hari, sementare berkesempatan.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka” [Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]


"terima kasih atas doa mama,
untuk setiap titik susu mama,
setiap air mata yang jatuh, harap mama ampunkan,
untuk setiap saat gusar hati untuk anakmu,
untuk setiap lafaz yang menenangkan anakmu,
untuk setiap keringat untuk membesarkan anakmu,
untuk setiap wang ringgit untuk kami 3 beradik.
tiada ucapan, tiada hadiah tiada apa yang mampu membalas jasamu,
walau mama kata cukuplah dengan kejayaan kami,
tidak. itu masih belum cukup,
kerana jasa mama terlalu agung,
terlalu bernilai dan terlalu berharga hingga kami tak mampu balas,
maafkan kami yang mungkin tanpa sedar dan dalam sedar mengguris perasaan mu."

Friday, March 11, 2011

Sukarkah Lelaki Memahami Wanita?

Assalamualaikum ols~

haih..pagi2 dah sedih...tp takleh cite lebey2...rahsia...hehe..tp tetap nk luahkan rasa sedih..


ni just luahan je tau berdasarkan pemerhatian sy terhadap pasangan suami-isteri/kekasih di luar sane..takde kene mengene ngn life sy or life org lain..sekadar pandangan seposen dari sy..

kenape lelaki susah nk faham hati wanita? n kenape lelaki selalu salah faham dengan tindak tanduk seorang wanita?


contoh (situasi suami isteri) :

lelaki : u, minggu ni kite balik umah parents i yek?

wanita : oke..no prob..tapi lepas tu kite gi jalan2 kat Z ye..


lelaki : orait..

selang beberapa hari....


wanita : u, tak jadi la plan jalan2 kt Z tu...

lelaki : oke...


wanita : so ape kite nak buat lepas gi umah parents u, memandangkan dah tak jadi nk gi Z tu? kite gi tempat lain nak? nak gi mane?

lelaki : entah la...nanti2 la kite bincang...


wanita : ala...ckp la...senang nk plan...

lelaki : nanti2 la....


si wanita pun mula terasa bengang dan berlalu ke kamar tidur membawa hati yang terkilan..

kenapa terkilan? sbb si lelaki pandang enteng sesuatu "perancangan"..


keesokannya...

wanita : u marah kt i ke? kalu i ada buat salah, i mintak maaf byk2..


lelaki : tak la marah, selame ni semua permintaan u i turut..u nak balik umah parents u, i ikut... ape2 permintaan u sume i ikut...tp kenapa bile i ajak u balik umah parents i, u mengeluh? ape prob u ngn family i?

wanita : (terkejut) Ya Allah u...bile pulak i mengeluh? i mengeluh sbb u tak jawab soklan i pasal nak gi mane lepas gi umah parents u tu..tu je...tak pernah i nk mengeluh kalu nak balik umah parents u, tak pernah... (sambil menitik air mata membalas mesej-dorang ni bermesej rupenye)


lelaki : ok i mintak maaf pasal tu, tapi tak boleh ke bincang pasal tu lepas kite balik dari umah parents i? perlu ke nk bincang jugak semalam? penting sgt ke ape yg nk dibuat lepas balik dari umah parents i tu?

ok sy potong cite tu smp di situ je...

so di sini ape yg dpt sy simpulkan...


1. si lelaki bersangka buruk, memikirkan yg bukan2..si lelaki memikirkan si wanita tidak suka balik ke rumah parents si lelaki..walhal si wanita mengeluh kerana perkara lain - TOTAL MISUNDERSTANDING


2. si lelaki memandang ringan perkara2 kecil. sbg contoh, ape yg nk dibuat selepas balik dari umah parents si lelaki.. bagi si wanita, setiap perkara yg dilakukan bersama itu amat bermakna-besar maknanya..tapi bagi si lelaki? so di sini sekali lagi si lelaki melukakan hati si wanita...


jadi...sukar sangat ke nk memahami seorang wanita? tak boleh ke seorang lelaki tu lebih memahami tindak tanduk seorang wanita sebelum membuat kesimpulan melulu? sudahnya 2 hati akan terluka...


tapi dlm ape jua situasi, si lelaki pasti sukar sekali nk merendahkan ego... di sini sy selitkan jua kiriman email dari seorang teman...bertajuk "Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu.."


Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .
 



Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?





Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA  dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR
 katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
 adalah SEMANGAT  bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya
 bisa memberi KEHANGATAN  bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM  bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS  bila melihat KESENGSARAAN  pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM  dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA  melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
 air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI  kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Sebarkan ini ke SELURUH
 ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2  yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI  mereka begitu BERHARGA.  dan sangat BERHARGA.
  

Sekian dulu u ols...tu aje kot wat mase ni...

oh ye, sy ni tak pindah2nye lagi..tah bile la kans...keke..

layaanss...

wassalam.. ^_^ ♥ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...