Ha.. sekali lagi saya nk share artikel.. hari ni hari menge'share' sedunia untuk saya kot.. eheks :p
Artikel asal saya ambil dari SINI...
Saya tau ada yang tak rajin nk klik kan, so saya kopipes lagi..tuan punya artikel pun memang galakkan kita share.. :)
Sebelum tu, ini pandangan seposen saya.. saya memang setuju sangat2 dengan artikel ni.. betul, ramai yang pakai shawl berfesyen2 sekarang, and kebanyakannya tak cukup labuh sehingga menutupi dada.. tapi, ada satu lagi saya kurang pasti, dada dah tutup, tapi bahagian belakang pulak tak ditutup? (shawl labuh di bahagian hadapan, tetapi shawl tak menutupi bahagian belakang badan) ada sapa2 tau, macam mana tu? sy sendiri kurang pasti, sebab tu perlukan pandangan dari kawan2 yang tau.. :) saya sendiri kurang perfect, jadi marilah kita sama2 memperbaiki cara pemakaian tudung/shawl kita ye kawan2.. :)
so, mari layan cerita di bawah :)
**segala gambar dan ayat2 di bawah diambil bulat2 dari blog tersebut. TQ.
[CERITA] ALANG2 PAKAI SHAWL BIAR TUTUP DADA
Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis..
Cik Anggun: Cantiknya kau cantik, ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana..?
Cik Cantik: Oo.. aku nak pi Times Square, nak beli beg murah.
Cik Anggun: Cantiklah shawl ko tu., macamana ko lilit,.?
Cik
Cantik: oo.. aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana
Tajima tu buat. cantik. ada gak aku blajar dr belog sikit2..
Cik Anggun: oo..cantik. aku pun suka tengok. tapi ada terkurang la tek..
Cik
Cantik:Apa yg kurang Gun? Ok what.. yg penting aku pakai tudung apa.. x
salah lilit2 kan..? Islam pun x halang muslimah
nye pakai yg disukai.
Cik Anggun: Tudung ko cantik, tapi x salah kan kalo ko labuhkan ke dada sikit.
Cik
Cantik: Aku nk wat cmne. tudung ni pendek sangat nak lilit. boleh belit
skali dua je. hujungnya x sampai
ke dada.Aku nak wat macamana.
Cik Anggun: Lainkali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek, lagi labuh lagi selesa ko nak lilit.
Cik Cantik: tapi aku pakai baju longgar, x nampak pun..
Cik
Anggun: Tapi tek, mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yg intai2
kau.Mata lelaki ni 'tajam'.bukankah lebih selesa kau bergerak selincah
manapun tapi dengan tudung yg menutup dada kau dengan sempurna kau boleh
bergerak bebas tanpa risau?
Cik Cantik: Kau ni jangan buruk sangka Gun, bukan semua lelaki tu jahat.
Cik
Anggun: Mmg bukan semua lelaki jahat Tek, tapi sememangnya manusia ada
perasaan syahwat. apalagi lelaki. nafsu doang cuma satu.
Cik Cantik:Aku tak kuno Gun, semua orang pakai tudung macam ni. aku cuma ikut fesyen je.
Cik
Anggun: tek, Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh. memang Islam
galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh. Itu sunnah. Tetapi Tek,
islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek, Cukup syarat
menutupi dada dan aurat, bnda tu sebenarnya x susah,
Cik Cantik: Kau senanglah cakap Gun, ko alim, ko dah biasa pakai tudung labuh.Ko cakap mmg senang lah..
Cik
Anggun:Tek, mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle
ustazah, ustazah pilihan, peserta solehah dan sewaktu dengannya, hukum
Allah tu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek, Aku pun belum sempurna,
ada juga kekurangan yang perlu aku 'tudung labuhkan' tapi sememangnya
manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan
selagi dia bernyawa.Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di
dunia ini? Kau boleh Tek, tapi ko kena usaha mulakan dr sekarang.
Cik Cantik: Ye lah Gun, tapi tunggulah aku berubah slow2.. ko jangan lah cakap macam ni. terasa aku taw. hilang mood aku.
Cik
Anggun: Tek, aku pun dulu sepertimu, pernah merasa berbaju ketat,
bertudung singkat, tapi selagi kita x mula Tek, macamana kita nk
mengatur langkah untuk perubahan seterusnya. lama2 kita akan mnjadi tepu
dan sebati.Bila semakin lama ia tepu, semakin susah jua ia luntur.
Cik Cantik:Hidayah tu milik Allah Gun, kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan
Cik
Anggun:Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11.''Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri'' kita mula dulu Tek, baru Allah
pimpin kita dan bukakan pintu..
Cik
Cantik:Tapi Gun, walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku, aku
still jaga solat aku. pemakaian x menggambarkan segala2 nya
Cik
Anggun: memang benar katamu Tek, tapi aurat tidak boleh ditutup dengan
hanya solat. aurat juga tidak boleh ditutup dengan akhlak yang baik.
Tuntutan aurat yg dinuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya
dari pandangan syahwat ajnabi.Allah sayang Muslimah tek, sebab tu Dia
perintahkan kita menutup aurat,untuk menjaga diri kita juga. Firman
Allah bukan suka2..ada sebab kenapa dan mengapa tek..
Cik Cantik:Ye Lah.. aku faham. tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung.
Cik
Anggun:Bagus2.. tu aku suka sangat. at least ko dah cuba untuk memenuhi
tuntutan. tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan..? Ko try mula
lah dr melabuhkan tudung menutupi dada :)
Cik
Cantik:InsyaAllah, aku akan cuba k. Thanks tegur aku. aku tahu kau
tegur aku sbb kau sayang. kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa
bersalah aku pakai macam ni. thanks anggun!
Cik
Anggun: Ok cantik.. mulakan dari sekarang. you can do it! semoga dengan
permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit.Tutup lah
aurat juga didiklah iman mu..Allah akan tolong sekiranya kita ingin
melakukan sesuatu kebaikan.
Cik
Cantik:Thanks.. aku sbenarnya nk pi Masjid india ni (tadi kata pi times
square =.='') kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl
pashmina ko yg labuh tu. aku nak teraii..
Cik anggun: Boleh, tapi ko jangan lupa basuh! (hehehe)
Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat.. :)
Renungan kita bersama :)
Wassalam ^_^
Thanx for reading this entry! ^_^
0 viva bergolek²:
Post a Comment
Viva Bergolek²