About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Wednesday, December 31, 2014

Throwback : Nukman's 1st Birthday

Assalamualaikum!

Bertemu kita di penghujung tahun 2014. Apa khabar korang?

Sebenarnya, sebab dah lama tak blogging, dah jadi tak tau nak cerita apa.. Alih2 tadi browse tru gambar2 dalam henpon, terpandang pic ni..


Ye.. Ni pic yang diambik masa besday Nukman ritu.. 4 November 2014.. Selalu 1st besday orang mesti buat besar2 and meriah2 kan? Tapi Nukman's 1st besday ni kami celebrate bertiga je dengan sepotong kek Secret Recipe.. Hehe.. To me, this is our most special moment..

In sha Allah, 2nd besday baru buat besar sikit, by that time maybe Nukman pun dah tau apa itu kek, belon, lilin.. Hehe

Okla korang, tu aje.. Berjumpa kita di tahun baru, in sha Allah.. :)

Wassalam.

Tuesday, August 26, 2014

Mari Sejukkan Badan!

Assalamualaikum!

Apa kaba semua arini? Eh gigih tak gigih, arini je dah 4 entri haha.. Sume tru blogger app kat iphone and ipad. Ape nak buat, sume pic kt henpon.. Malas nak tansper ke pc kekdahnye~

So, cuaca sekarang ni tak menentu, kadang ujan, kadang panas berdenting. Last weekend, kitorang balik Rantau, so sy plan nak bagi Nukman berendam dalam pool dia tu.. Tak sangka plak ramai yg join. Anak2 buah sume join skali, meriah uols!

Layan gambor ye.. Sambil tu sy story mori ye.. :)


Nukman ketap bibir. Sy tetap pakaikan neck float tu walaupun Nukman tak floating haha.. Dia merangkak dalam tu, so neck float tu kind of prevent dia dari tertumus and terselam la.. Suke dia weh..


Tengok, punye suke sampai curik2 minum air yg termasuk kt neck float dia tu ahakssss


Ha, ni trademark Nukman. Tah mane dia blajo buat mulut cenggitu tah. Geram oke! Rase nak gigit mulot tu haha


Mase ni air lum penuh, lupe nak amik gambo bile air dah penuh haha.. Best kan reramai canih.. 


Okla, nak share tu je haha.. See you on next entry yg tah bile..

Wassalam.


Thanks for reading this entry!

Jamuan Raya Opis

Assalamualaikum!

Apa kaba? Hehehe

Kali ni nak cita pasal jamuan raya opis sy. Date tak ingat plak. Abaikan. Yg penting nak cita, raaamai plak pakai kaler sama hahaha

Kaler ape? Tgk gambau ye.


Sy dgn kak Ct kene jd usherette. Kitorg mmg plan nak pakai ijau. Tak sangka lak tudung pun akan2 hahaha

Bila makin dekat nak jamuan, baru pasan rupanya ramai gak yg pakai ijau + gold! Terbaik ah!

Mcm bese sy ngn kak ct mmg kaki selfie, gigih letak hp atas kabinet besi wei sbb nak gambo full. Hehehe

 Eh, tula bos sy. Bos pakai baju melayu gold kau! Akan2 dgn tudung sy. Aci sedondon uols! Hahaha

Okla, sy mmg kaki selfie and share gambau kt IG. Agaknye sbb tu la blog sy ni mcm terbiar hahaha.

Ok la ye. See u later!

Wassalam.


Thanks for reading this entry!

Raya 2014 : Raya 3

Assalamualaikum!

Apa kaba semua? Eh eh tiba2 trus raya 3? Kesahnye raya ke2 takde amik gambau, sibuk2 ngemas2 nak balik rantau plak.. Hehehe

So raya ketiga kat Rantau, wajibla bergambau. Kali ni dapat full, mintak tolong anak buah sy yg sulung amikkan gambau..


Tema hijau, Nukman and ME ada la hijau sket2. Hehehe. Dress dari Poplook gak, tudung pakai tudung raya 1 ahaks. Suka, sbb tudung tu cantik sgt and selesa sangat hehehe.

Okla nak share tu je.

Wassalam.


Thanks for reading this entry!

Raya 2014 : Raya 1

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Fuhhh kesian blog ni terbiar.. Last entry Jun lepas? *tampar pipi senirik*

Tah bila la saya ni nak rajin update kan? Pffttt

So kali ni, nak up pasal raya ritu jela ye. Raya kali ni turn belah ME, kat Batu Caves. Sehari sebelum raya yakni hari Ahad, tercapai gak hajat saya nak belajar anyam ketupat. Susah jugak wehh.. Tahap kesabaran kene tinggi. Hahaha

Akak ipar saya yg ajar. Dia ajar 2 jenis, ketupat tradisional yg 4 segi tu dgn ketupat bawang yg gemok sket bahagian atasnye. Setelah menghadap cara menganyam, setelah mengetest, saya sukses anyam ketupat bawang je. Lagi 1 tu failed. Hahaha. Jadikla kan :)

Esoknye dah raya, tapi tak teringat pun nak bawak monopod or mintak sapa2 amikkan gambau full. So dapatla gambau selfie kami bertiga je. Aci la kan.


Ni gambau yg saya post kt IG saya. Jadikla kan. Sy pakai dress dari The Poplook and shawl lace tampal beli last minute kat pasar tani opis. Ahaks.

Lepas berjalan seharian beraya, petang tu Nukman macam nak demam. Dah panas2 badannye. Trus kami mintak balik dulu, tidokan Nukman tanpa baju, berbalut napkin lembap utk turunkan sket suhu. Mujur la termometer mmg sentiasa ada dalam bakul Nukman. So every 1-2 hours saya or ME akan check temperature Nukman.

Ok la sambung next entry ye!

Wassalam.

Thanks for reading this entry!

Sunday, June 1, 2014

Swim Nukman Swim!

Assalamualaikum!

Semalam Nukman rasmi neck float dia. Sy mmg dah lama nak belikan tp xbeli2. Sudahnya di usia hampir 7 bulan baru Nukman merasa pakai neck float hehehehehe..

Sy beli neck float ni kat IG shop. Ada ramai kot jual, tinggal pilih je :)

Tp disebabkan air kolam xbape dalam, maka bontot Nukman still cecah lantai kolam. Xpe Nukman, next time kite ajak ayah gi Wetworld Pedas ye :) Tp Nukman kene la pakai swimming suit n swim diaper :D


Kemain seronok dia mengayuh. Mmg betol la babies mmg dilahirkan dengan kemahiran berenang, just up to us wether to let them develop the skill or not.

As for me, since sy xpandai berenang, kalau boleh sy nak Nukman belajar berenang. Hehe :)

Till then, wassalam ^_^


Thanx for reading this entry!

Thursday, May 22, 2014

Pengalaman : Pap Smear

Assalamualaikum!

Hai, apa khabar semua? Dah jarang2 saya dapat nak update pape kt blog lately.. Masih lagi menyesuaikan diri menjadi seorang ibu kepada seorang baby boy yang sangat aktif hehe..

So kali ni saya nak share and cite pengalaman saya buat ujian saringan Pap Smear.  Sebenarnye semalam (Rabu 21 Mei 2014) ada Seminar Kesihatan buat kat Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid kat opis saya ni.. Sambil2 dengo ceramah, ade gak dorang buat pemeriksaan kesihatan, ujian saringan pap smear, mamogram, derma darah and check gigi...

Memule opismet saya, Kak CT pegi register utk buat pap smear.  To be honest, saya memang takut sangat2 nak buat pap smear, macam sakit je.. Sbb tu saya tak pernah buat pap smear sebelum ni walaupun dah 3 tahun kawen.. hehe.. Dah la masukkan alat kat bawah, pastu korek2 nak amik sampel.. Denga je dah meremang bulu tengkuk saya huhu.. Maybe saya masih fobia bersalin induce ritu hahaha

Saya saje2 la jengah Kak CT ngh isi borang, pastu nurse terus hulur borang kat saya gak, mintak IC saya bagai, dia suruh buat gak.. Saya cakap la, "errr.. taknak la, sakit.."

Nurse tu jawab, "eh, tak sakit la, puan try la, memang tak sakit." Sambil2 tu aku kuarkan jugak IC, yela pap smear ni sebenarnye penting jugak utk kesan samada kita ada kanser serviks ke idok kan.. dah namenye pempuan, penting ooooo

Masa nurse sibuk isi particulars saya kt form tu, saya dah seram sejuk sampai rase nak terkucil pun ado.. Nurse tu cakap, "takpe, kat bilik pemeriksaan tu ada toilet, nnt puan pegi la masuk toilet dulu"

hahaha parah btol saya ni... seram siot... nurse tu siap hantar saya pegi kat bilik pemeriksaan tu and pass form sy kt nurse yang akan jalankan ujian pap smear ni.. eh lupe nak kabo, dorang check payudara skali utk ajar kita cane nak check seniri nnt.. yela, kanser payudara pun bukan leh buat main2, kene tau cane nak cek sendiri and kesan lebih awal.. :)

So lepas gi toilet, sy pun menyerah diri kat nurse utk diperiksa.. Biasa la nurse suruh longgarkan cangkuk bra and suruh tanggalkan ape yg patut utk pap smear.  Memule ajar cane nak buat pemeriksaan sendiri payudara.

Lepas tu, nurse suruh angkat kaki mcm nak bersalin and ready utk pap smear. Nurse pesan suruh relax je supaya muscle2 kat bawah tu relax jugak. Tarik napas dalam2 and tahan n lepas pelan2 mcm cek bukaan mase nak bersalin tu nurse cakap haha..

Alhamdulillah la, tak sakit pun mase nurse tu masukkan spekulum and masa nurse amik sample.  Tau2 dah setel hehe.. Terima kasih la nurse utk pengalaman yg tak menyeramkan ni.. Baru la berani sket nak buat pap smear lagi next year.  FYI, utk permulaan, pap smear ni kene buat every year utk 2 taun, if xde prob lepas tu akan selang setaun-dua camtu kot, lupe suda, bole? :p






Camni la caranya dorang amik sampel..

Ha, ni la spekulum a.k.a. muncung itik. ahaks~


So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...




Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?


  1. Tanggalkan seluar dalam.
  2. Berbaring di atas katil.
  3. Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  4. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  5. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
  6. Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
  • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
  • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
  • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
  • Rawatan susulan
  • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
  • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.


So, nasihat saya pada sesape yang berkenaan yang belum buat pap smear, sila la buat. In sha Allah tak sakit. Just relax ur muscle and urself, take a deep breath, setel! hehe









Thanx for reading this entry! ^_^



 

Wednesday, May 7, 2014

Tuesday, February 18, 2014

Air oh air~

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? So, takmo intro pepanjang eh.. terus saja kita lompat ke tajuk utama hari ini.. lompat sekarang, lompat! *lompat*

Ha, buat yang tak tau, sekarang ni Balakong and many other kawasan tengah takde ayor. Dah seminggu lebih kot. Tenat sungguh weh...

Me and ME are so lucky that our parents live not that far away from us, so we can go 'mengadu nasib', 'menumpang kasih' kat rumah parents. Ahaks~

Bukan ape, bila takde air, dengan ade anak kecik, amatlah payah oke.. Sebelum ni saya tak pernah lagi alami kes takde air sampai seminggu lebih.. Paling lame pun 2 hari je kot huhu..

Since my parents dah stay with me, after having some sort of discussion, ME and I decided to send my parents back to Rantau, lagipun my parents dah nak pegi Cameron Highlands this week.  I sent them home last Wednesday, the day our bekalan air totally finished LOL.

Hari Khamis after work last week, balik rumah tengok still takde air, so we went to sleep at my MIL's house for a night.  Early Saturday morning dah gerak balik Balakong, need to amik baju2 kotor, bawak balik Rantau, cuci kat Rantau yo! Memang hidup nomad betol kitorang kali ni huhuhu

Ahad, balik Balakong gosok baju keje jap, and terus balik Batu Caves (MIL's house).  So malam ni akan masuk malam ke-3 stay kat MIL's house.  Bila laaaa air nak ada ni? T_T

Kisahnya, kata ada tumpahan ammonia kat Sungai Langat, so SYABAS need to close 2 loji dorang, which is loji Bukit Tampoi (if I'm not mistaken) and loji Cheras Batu 11.  Bersabo je la kami nunggu ayor ade.  Nukman pun terpaksa la 'dicutikan' dari taska.  Baru je start hantar, dah cuti. Taska pun takde ayer yo! Taska sebelah rumah saya je huhu



So, hopefully dalam sehari dua ni ada la good news pasal air ni.  Segan deh duk umah MIL lame2 hehe..

Ok la, tu je kot.. Till then, wassalam!







 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Wednesday, February 5, 2014

My first day at work

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? So today is my first day at work.  I was supposed to start working on 4th February, but coincidentally, it's Nukman's 3 months old vaccination date & check up.  So I decided to apply for a cuti la, takkan nak half day on my 1st day at work kan.. ahaks~

So, semalam bawak Nukman gi cucuk, both me and ME prayed hard that Nukman won't mengamuk or melalak as he always did haha.. Sangat2 takut oke kitorang.. Payah nak pujuk yo anak bujang den sorang ni..

Alhamdulillah, Nukman merengek sket, pastu pujuk2 diam balik last2 tertido lepas dah timbang berat n ukur panjang.. Mase jumpe nurse pun Nukman still tido, saaaaampai la tiba masa nak cucuk, Nukman woke up coz saya dah pegang kuat2 peha and tangan dia, terus dia menangis marah kene kejut.  And he cried lagi kuat time jarum masuk haha..

But as soon as I get up from the chair, he stopped crying and sambung tido LOL..

Kesimpulannya, Nukman menangis sebab tidonye diganggu, bukan sebab kene cucuk hahaha..alahai Nukman~

So, syabas my son, tak meraung gila2 masa cucuk dari umo sebulan smp la cucuk 3 bulan ni.. keep it up son!

Masuk balik cite saya masuk keje arini.. So this morning mcm biasa la sy keluar awai, mak saya hantar smp ke pagor, mak cakap, "ingat lagi tak jalan nak gi opis ni?" haha apo la omak ni, ofkos la hengat :p

Sampai2 je kat opis, rase mcm eh, betul ke ni bilik aku... eh, ape nak kene buat dengan surat ni ek..

Ke-blur-an ni berterusan smp la tengahari.. lepas da lunch baru la ke-blur-an tu beransur2 hilang ahaks~

So, I can't wait to go home at 4.30pm today, I missssssss Nukman badly tau!

Ok la, tak baik tulis panjang2 time opis haha


Till then, wassalam :)





 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Sunday, January 12, 2014

Cuti dah nak habis~

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Wah, tajuk saya macam ape je haha.. Nak update blog, tapi tak tau nak taruk tajuk ape.. Eheks~

Pejam celik pejam celik, tinggal kurang sebulan dah nak abis cuti, means dah nak kene naik keje. Alahai malasnyer la rase.. Rase nak tambah cuti pun ado huhu

Tapi, apekan daya.. Limit yang kerajaan benarkan hanyalah 90 hari huhu.. Kalau la dapat cuti bersalin sampai 6 bulan ke, kan heaven hehe.. Macam sesetengah negara, ada je bagi 6 bulan, ade yg sampai 2 taun tau.. Betol2 menyokong bonding ibu-anak tuh.. Jgn tanya saya negara mana, sila gugel hehe (jgn marah haaa)

So, tu jela kali ni, Nukman dah bangun lak..

Wassalam.


Thanks for reading this entry!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...