About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Wednesday, December 14, 2011

Not So Wordless Wednesday : L O V E

Assalamualaikum!

Hari ni saya buat "not so wordless Wednesday" version pulak, sebab nak cakap-cakap sikit... hehe.. hope you guys don't mind ^_^

Sebenarnya, the reason why i chose to have the "not so wordless Wednesday" today was because I missed posting new entries in here.  I've been preoccupied / busy (did I use this correctly? Sorry, I'm trying to brush up my English, please understand and feel free to correct me when I'm wrong (= ) with soooo many things since mid November.

As you all know (maybe some didn't know), my dad has been hospitalized last month (mid November) because of heart attack.  Alhamdulillah, after 13 days spent in the hospital, he was allowed to go home and had been given multiple dates for appointments (treatment).

And, here I am today, finally able to post something up here... hehe :D

Here's a little description of the picture I'm about to upload below.  This is something that ME bought for me when we went to Cameron Highlands last January (2011) with my whole beloved family.  I just can't take my eyes off this globe when I first saw it.  And, all this while, it has been 'living' in my closet.. hehe.. Okay, I know, I know.

It's not that I didn't appreciate this, but it's just that I have a very small desk at my office to put this globe on.  But, today, FINALLY, I managed to rearrange things on my desk and put this globe right in front of my face. Okay, not really in front of my face, but.. yeah, you know... It's right beside my PC's monitor, so I can always stare/look at this globe, okay?

So, enough with all these words. I know, it makes your eyes bleed. :p

And now, I present to you... THE GLOBE. =)

The Globe

I took this picture this morning and uploaded it to instagram instantly :p jealous? :p
I don't know if you can see this clearly, but inside the globe, the standing bear, holding a bouquet of flowers, kissing the other bear. It's just too sweet for me ♥ =)

Ooh.. and yes, I turned on the light, it actually blinks.. yay!! ^_^

Jealous enough? Okay you can go and buy yourself one. LOL joking =)

Okay then, I know I've spoilt the "wordless Wednesday" mood, but who cares? This is my "not so wordless Wednesday".. haha.. Again, sorry, just kidding. =)

Till then, take care!




Thanx for reading this entry! ^_^



Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday : Priceless

Assalamualaikum!


 *Happiness in children faces = priceless*




Thanx for reading this entry! ^_^


Tuesday, November 22, 2011

Cuci Otak : Frog Leap Game

Assalamualaikum!

Korang pernah main game ni?  Dulu2 saya suka sangat main game nih, refreshing oooo.. Kekekeke

Bila gi kursus awal taun ritu, penceramah tu suruh main game ni pulak, tapi pakai orang untuk gantikan katak tu.. Tu yang teringat balik kat game ni.. Satu kelebihan buat saya sebab dah tau cara2nya hehe..

So pada yang belum pernah mencuba or da pernah cuba tapi dah lama tak main, sila2 la yek..

Syarat2 permainan :

  1. Korang mesti pastikan kedua-dua team katak akan berada pada bahagian yang bertentangan di akhir game.
  2. Ada lagi ke syarat2nye? takde kot.. hehe selamat mencuba!!!


More Games at arcadecabin.com | Play this game!



Thanx for reading this entry! ^_^




Part 2 : Ayah

Assalamualaikum!

Pertama sekali nak say sorry, sebab lepas Part 1 hari tu, saya terus senyap kan... Actually saya demam panas hari tu, 40.2 suhu saya... Memang tak bangun langsung la masa demam tu..

2 minggu jugak saya demam, demam saya on-off... Pagi demam, tengahari elok... Petang demam balik, malam elok... Camtu la selama 2 minggu ooo... seksa...

So berbalik pasal kisah ayah saya... Saat entri ini ditulis, hari ni masuk hari ke 10 ayah duduk dalam wad... Last saya lawat ayah, hari Sabtu & Ahad baru ni..  2-3 hari sebelum tu, doc ada suruh pakaikan tiub (masuk melalui hidung, terus ke dalam perut) kat ayah, sebab ayah tak boleh menelan makanan/minuman.. If minum pun, ayah akan tersedak2 and doc takut banyak air masuk ke dalam peparu..

Ayah bisik kat abang saya (masa tu abang saya yang jaga ayah), "Kalau kau sayang kat ayah, jangan kasi doktor pasang tiub kat ayah".. Menangis kami adik beradik dengar... Hurm... ayah...

Lepas bincang2 dengan mak, kami sepakat nak dengar cakap ayah. Memang kalau diikutkan, tiub tu penting demi keselamatan ayah.. Tapi ayah dah ada pengalaman pakai tiub tu masa strok dulu.. So ayah kata sakit, sebab tu dia berkeras takmau pakai tiub lagi dah.. Jadi kami sepakat terima kata2 ayah sebab apa, supaya hati ayah tenang, family dia dengar kata2 dia.. And in case apa2 jadi pun, kami tau kami dah puaskan hati ayah..

Tapi, menjelang tengahari, doc pakar datang check and kata "No no no! Pakcik mesti pakai jugak tiub tu, kami tak mau lagi banyak air masuk dalam peparu pakcik."  Akhirnya, ayah saya akur dengan kehendak doc pakar. So tiub pun dipasang (tak tau la ayah rela hati sepenuhnya or separuh hati)...

Keesokannya, saya sms mak, sebab mak dah start jaga ayah balik, abang dah kena masuk kerja.  Mak kata, tiub ayah asik tercabut tiap kali ayah batuk or nak lap hingus. Dah 4-5 kali tiub tu dipasang balik, ayah kata sakit.

Sudahnya, dorang cabut terus tiub tu and suruh mak bagi ayah minum susu sikit2 and suruh ayah telan perlahan2 supaya tak tersedak.  Tapi tiap kali bagi pun, ayah tetap tersedak. Hurm..

Hari ni saya belum sempat sms mak lagi, nak bagi mak berehat dulu.. Sian mak, mak pun dah tak berapa kuat, tapi kena bermalam di hospital berhari2.. Alahai sedihnya hati saya...

Marilah kita terus berdoa untuk kesihatan ayah dan mak saya ya... Terima kasih..

Pesanan buat semua, sementara ayah and ibu masing-masing masih sihat, tunaikanlah apa pun keinginan mereka, especially bab makan or berjalan2.. Selagi dorang masih mampu makan, masih mampu berjalan, penuhilah hasrat mereka..

Alhamdulillah, bab berjalan2 insyaallah saya dah penuhkan hasrat orang tua saya, cuma bab makan tu saya tak tau la kalau2 ada lagi yang belum dapat ditunaikan..

Sekian dulu, saya tak boleh nak pikir dah.. Kalau ada yang baca entri ini, harap baca dan simpan dalam hati sebagai ingatan sebagai seorang anak... :)


p/s : oh ya, tak lupa jugak di sini saya nak ucapkan tahniah kepada pihak Hospital Tuanku Jaafar kerana cafe anda di klinik pakar, menunya bertambah baik dan lebih meriah dari dulu..

 

Thanx for reading this entry! ^_^


Monday, November 14, 2011

Part 1 : Ayah

Assalamualaikum!

Entry ini ditulis khas untuk update tentang my dad.. Mudah2an di kemudian hari kalau2 saya masuk sini lagi, boleh baca2...

Seperti entry saya sebelum ini, iaitu entry anniversary saya yang jatuh pada 13 November baru ni, pada tarikh tersebut gak la ayah admitted to ward kat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Seminggu dua ni memang mak kata ayah ada mengadu susah nak bernafas tiap kali batuk (FYI, ayah dah batuk selama berbulan2)... And hari Sabtu 12 November baru ni lak, cousin saya kahwin kat kampung... So memang ayah banyak la jugak berjalan ke sana ke mari pada hari kejadian..

So pada pagi Ahad 13 November tu, ayah minta hantar ke klinik.  Ayah saya ni selalunya memang susah nak ke klinik, tapi bila ayah sendiri dah mintak dihantar ke sana, tu tandanya memang ayah dah tak tahan sangat la tu..

So Kak Mas dengan hubby dia and mak pun bawak la ayah gi Klinik Kassim dekat2 dengan Taman Kobena tu.. Doc kat situ check punya check, then dia kata kena refer ke hospital jugak, dia buat surat untuk dibawak ke hospital..

Pergi hospital, my sis terus bawak ke Emergency la, tunjuk surat and then doc pun check la.. Then doc decide ayah kene ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut... Kami yang di rumah ni pun risau la...Masa tu baru lepas masak untuk lunch, so kami pun mandi2 and lunch, then terus gerak ke hospital untuk gantikan my sis and my mum, dorang nak balik makan pulak..

So masa teman ayah kat wad, doc ada la datang check.. Then doc terangkan la kat ayah, saya pun tumpang dengar... Doc kata jantung ayah ada certain spot yang tersumbat, that's why jantung ayah jadi lemah... So doc suruh rest in bed, dan tak kasi berjalan walaupun ke toilet. Sebab ada kes patient collapse kat toilet kata doc tu..Dr. Jananee nama doc tu, and ada doc trainee kot, Dr. Thinesh.

So sambil2 tu kitorang adik beradik pun berbincang la siapa yang akan jaga ayah etc, and decided untuk malam tu, mak akan teman ayah since abang kena balik ke Jelebu, dia akan try minta budi bicara dari Tuan dia la, saya and Kak Mas pulak kena balik ke KL..

So setakat tadi, saya sms mak, tanya perkembangan ayah. Mak kata, air liur ayah meleleh2 and cakap pun mcm kurang jelas.  Sebelum ni ayah saya pernah kena strok, mase tu mmg air liur meleleh2 and percakapan jadi kurang jelas.. Ni yang buat risau ni..

So marilah kita sama2 berdoa, mudah2an ayah saya kembali sihat seperti sediakala...

Saya sedih sebab ape, cuti saya dah tak ada, tapi hati saya kuat nak balik sana.. macam mana? T_T

Apa pun insyaallah saya akan terus update di sini.. insyaAllah..

Sekian dulu, nak muhasabah diri.





Thanx for reading this entry! ^_^


Sunday, November 13, 2011

Happy 1st Anniversary!!!

Assalamualaikum!

Just a quick update, today is our very first anniversary! Yay!!!

Tanggal 13.11.10, kami diijabkabulkan.. Alhamdulillah, selama setahun ni, macam2 perkara baru yang dipelajari dan pelbagai dugaan ditempuhi bersama...

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana mempertemukan saya dengan si dia.. Semoga ikatan ini kekal ke akhir hayat.. Amin..

Notakaki: sempat update sket, mata takleh lelap. Now dah 2.14 am.. T_T

Thanks for reading this entry!!!

Friday, November 4, 2011

Korean Variety Show : Heroes

Assalamualaikum!

Ha..ape khabar semua? Wah.. Dah lama betul saya tak update blog ni... Kesian dia, dah berhabuk pun ^_^

Sooooo sorry, tersangatlah busy dengan kerja and other personal matters...

So, berbalik pada tajuk kita, kali ni saya nak share Korean Variety Show yang awesome ni pulak... Korang dah pernah tengok belum? Kalau belum, sila la tengok... Saya gerenti, korang takkan menyesal punya la..



Sangat2 best, sangat2 menghiburkan dan sangat2 kelakar sampai korang leh gelak terbahak2.. Tapi make sure korang tengok dari episod 1 tau.. kalau tak nanti, tak tau pulak keseluruhan cerita... ^_^

Heroes ni terdiri daripada 12 orang selebriti wanita iaitu penyanyi, pelakon dan comedian.. Mereka ialah So Inyoung, Yoo In Na (from High Kick Through the Roof), Shin Bong Sun, IU, Nicole (Kara), Gahee (After School), Narsha (Brown Eyed Girls), Noh Sayeon, Jiyeon (T-Ara), Lee Jin (former FinKL), GaEun, SooAh.

Selalu korang tengok diorang perform/berlakon, korang akan nampak yang ayu, yang jelita etc.. Tapi kali ni, diorang akan tunjukkan perangai sebenar diorang.. Sebab tu la saya kata show ni awesome! Hehe..

Setiap episod/minggu, diorang akan ada tugasan berbeza... Ada masa kena jadi budak sekolah, wartawan, pekerja pejabat dan posmen.. Di dalam setiap episod jugak ada mini games, game yang dorang main memang sangat kelakar la.. (gelak)

Okey la, saya pun taknak cerita meleret2, apa kata korang tengok je la ye...


Ha... apa lagi, klik la laju2 link kat atas tu ye! Selamat menonton dan selamat bergumbira!

Nota kaki : Sorry la ye, kalau lately ni saya asyik share pasal KOREAN series @ variety show ajek.. Hehe.. Nak buat camne, I'm TOTALLY addicted to Kdramas & variety shows diorang!


(Dah tengok? Meh komen pasal cerita ni kat bawah :D )



Thanx for reading this entry! ^_^

Tuesday, October 11, 2011

Cuti Umum 2012 & Takwim Penggal Persekolahan 2012

Assalamualaikum!

ha..kali ni sy nak share Cuti Umum 2012 & Takwim Penggal Persekolahan bagi sesi 2012 plak.. asyik citer korea je kan..

korang dah boleh start merancang cuti2 malaysia korang utk taun 2012 dah..



boleh download kat bawah ni ye...




tu je la kot untuk kali ni, nak cakap banyak pun takdak idea... ^_^ feel free to share with friends & family ya! ♥




Thanx for reading this entry! ^_^


Friday, September 30, 2011

Korean Series : Secret Garden

Assalamualaikum!

ha..ape khabar korang?

wah...lately I've been sharing about Korean Series aje kan...hehe..ape nak buat, penglibatan sy secara aktif di DarkSmurfSub telah menambahkan rasa gila sy terhadap kdramas.. :D (bukan ape, dorang keep recommending great dramas that I SHOULD and MUST watch) :D

Cerita yg sy nak share kali ni, Secret Garden.. sinopsis ni sy amik kat SINI...



The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses.

Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.

 ha...tengok sinopsis macam best kan? bukan MACAM dah...MEMANG BEST la weh!

wat masa ni sy baru tengok smp episod 10, akan disambung..best gilerh..citer ni ditayangkan kat tv sekitar tahun lepas rasanya, tahun 2010..sy je yg lambat nak tengok kekekeke (malu)..

so, mcm biase, kalau korang nak download, boleh la klik link kat bawah ni ye...


link untuk subtitle pun ade kat situ skali ye...akhir sekali, selamat menonton yek! highly recommended!!! ♥




Thanx for reading this entry! ^_^


Thursday, September 22, 2011

Korean Series : Protect The Boss

Assalamualaikum!



Ha... saje je sy tempek gambar dulu kat atas kasi korang layan dulu hehe...

Sy ni memang addicted la dengan kdrama ni.. banyak dah sy tengok, tapi tak sempat nak share ngan korang dah...terlalu banyak dah hehe..

ape pun ni yang latest sy tengok dan sedang tengok... sbb yang dah keluar & tengok, episod 1-14.. episod 15 baru keluar tatkala entry ini ditulis..

episod 16-18 belum keluar lagi, so sabar2 ya...

So, untuk diceritakan sikit pasal citer ni, mengisahkan tentang No Eun Seol yang akhirnya dapat kerja sebagai setiausaha di sebuah company besar, di mana boss dia ialah si Cha Ji Heon, anak bongsu pemilik company tersebut.

No Eun Seol ni unik, dia brutal, lasak, dalam masa yang sama cute, pertemuan pertama Eun Seol dengan Ji Heon ni pun secara kebetulan, dalam sebuah insiden di sebuah night  club.

Sy tanak cite banyak2, nanti tak syok plak korang nak tengok... so ape kate korang donlot aje la ye? Memang best, tak tipu... ada lawak, ada sedih, ada romantik, mcm2 ado.. so sila la donlot di bawah ni ye..


untuk subtitle pulak, sy memang recommend sangat2 korang download kat DarkSmurfSub tu.. subtitle dorang memang terbaik ah...thumbs up!

Memang kadang2 korang kene tunggu sikit lepas satu2 episod tu keluar, sebab translator2 dorang berusaha keras untuk translate subtitle Chinese kepada English untuk korang, and translation dorang the best la setakat ni..sebab sesetengah translation mcm arem sket kan..

So, sila la donlot & layan citer nih oke?

Wassalam! ^___^



Thanx for reading this entry! ^_^


PETUA : Belimbing Buluh Untuk Darah Tinggi

Assalamualaikum!

 Apa khabar semua? harap korang semua sihat la hendaknya ye..

Sy baru naik kerja lepas MC selama 2 hari... tekanan darah naik la pulak... oh ya, FYI, sy ada masalah high blood pressure sket...

terkejut? Yela, sy baru 26 tahun, tp dah ada high blood pressure?

Memang tak mustahil kot.. Dengan faktor keturunan lagi... Mak dan ayah sy dua-dua ada high blood pressure, so risiko tu tetap ada pd sy... kakak sy pun ada..

Kenapa kitorang dapat high blood pressure ni muda-muda? Well... Maybe, maybe la kan.. Faktor pemakanan, faktor berat badan jugak (tu la, sape suruh tak jaga berat badan) hadoi..

And not to forget, stress juga boleh menyumbang ke arah itu ya... Ya, sy akui sy memang selalu stress.. Kalau tak salah sy, sy dpt kesan sy ada high blood pressure ni start tahun lepas, iaitu tahun 2010...

Puncanya, sy slalu sakit kepala yang amat...bukan migrain kata doktor.. Bila di check, rupanya ada high blood pressure...

2 hari sy MC (semalam dan kelmarin), dua-dua hari sy gi klinik utk check BP (blood pressure a.k.a. tekanan darah).. 1st day 141/101 (tinggi oh..hypertension)... 2nd day 128/99 (pun masih di kategori tinggi).. T_T

Itu sedikit sebanyak la intronye ye.. sebab matlamat asal sebenarnye nak share la petua yang sy google dan kopipes dari SINI...


BELIMBING BULUH : UNTUK DARAH TINGGI & DEMAM PANAS

Belimbing buluh (belimbing asam) ni kalau dimasak lemak udang memang sedap. Selain sedap, ia turut berkhasiat

Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?

BelimbingBuluh atau BelimbingAsam
BelimbingBuluh @ BelimbingAsam - Wikipedia


1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.

2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.

3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.

4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.


Oohhhh... sebelum terlupa, daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;


1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.

2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.

4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.

6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.


Buat sementara waktu ni, begitulah antara khasiat belimbing buluh yang dapat saya kongsikan dengan anda. Iaitu sebagai ubat darah tinggi juga ubat demam panas. Harap ianya dapat dipanjang-panjangkan ya.


Selamat Mencuba!
 

so, setelah membaca petua di atas, rasanya boleh la kot sy or sapa-sapa kat luar sana yang ada masalah yang sama mcm sy, untuk try.. mudah-mudahan berkesan ye..

ade ke sape-sape kat luar sane yang ada prob mcm sy ni? :)

sekian, wassalam..


Thanx for reading this entry! ^_^


Monday, September 19, 2011

Fever Oh Fever

Assalamualaikum!

apa khabar u ols ? Tetibe lak tanya khabar kan.. Saje, taleh? ^_^

Sebenarnya, tanya2 khabar ni sebab.... sy rasa sy bakal D E M A M... demam @ fever bak kata omputeh..

Sy feeling nak test terai cakap omputeh, boleh? Orang kata, don't afraid to make mistakes, because we learned from mistakes...

So kalau nak tunggu English tu perfect, alamat sampai bila2 la sy tak berani cakap omputeh kan kan?

Tapi sy ni tak la hebat nak speaking berabuk the whole entry, so maybe sy try selit2 sikit2 la bagi mengasah skill Bahasa Inggeris sy ni..

So, nampaknye dah terkeluceh jauh dari tajuk..

Sebab sy feeling demam, so nak menaip pun tak larat... sy tempek ni je la ye bagi membayangkan keadaan sy sekarang..

ha..mcm tu la sy kot..cuma tak baring atas katil (sebab masih di office) dan takde termometer kat molot..sob sob..sesungguhnya saya ingin pulang!! seksanya menunggu jam 5...

Ape pun, korang semua doa2kan la semoga sy tak demam ye? atau kalau sy demam pun, idak la teruk sgt... ameen...

terima kasih in advance for your doa..

akhir kata, sy pun dah tak larat nk  menaip, mari pulang ke rumah untuk pingsan...

wassalam!



Thanx for reading this entry! ^_^


Thursday, September 15, 2011

iPad 2.. Apa Pun Boleh!

Assalamualaikum!

Just nak share these pixas yang sy rase best utk di share..

Ni la jadinya bila budak2 pun dah pandai guna iPad.. Semua pun boleh! Huhu

Actually there's this application yang let kids draw on the iPad using their 10 fingers..

So tau2 aje la bila kids dah excited dengan menda2 camni, gini la rupenye.. Enjoyzzz... ^_^

Oh ya, sy tepekkan jugak hasil kerja kaki Kiasatina.. Ohsem oohhh ^_^


Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday : Sweetest Memory

Assalamualaikum!

 *one of our sweetest memory ever*


Thanx for reading this entry!^_^


Thursday, August 25, 2011

Hero K-Drama Pilihan : Jung Yong Hwa

Assalamualaikum!

sedar tak sedar, dah tinggal berapa hari je lagi kita dapat berpuasa kan... pastu dah nak raya...

alhamdulillah, Allah SWT berikan saya kelebihan di bulan ini, setakat ini saya dapat berpuasa penuh, alhamdulillah.. mudah2an tercapai hajat saya untuk berpuasa penuh di tahun ini? ^_^

oh ye...sy ni suke lari tajuk kan... so merujuk pd tajuk... Jung Yong Hwa? sape dia tu? tak kenal?

kalau korang ni addicted dengan k-drama (korean drama), at least pernah terdengar @ minat kot dengan dia ni..

kebanyakan orang suka Lee Min Ho, hero Boys Over Flowers.. mmg hensem, tapi sejak saya tengok Jung Yong Hwa ni, terus melekattt..

bermulanya sy minat dengan dia ni, masa sy tengok citer You're Beautiful... dalam citer tu dia bukan la hero utama, tp watak penting gak la..agak kuciwa sbb dia tak dpt bercinta dgn si heroin...

tapi kekecewaan tu terubat bila tengok citer yg baru je habis ditayangkan, Heartstrings..

sy malas nak citer panjang lebar pasal citer dua2 tu, korang klik je la yek kt tajuk cite tu utk sinopsis hehe..

sbb ape? bkn saje2 sy malas tau... tapi motif saya ialah..

nak tempek wajah ensem Jung Yong Hwa nih!

sila tengok.. :) (oh ya dia dah jadi widget kt blog sy jugak! i like!) ^_^

oh ya..beliau ialah no. 2 dari kiri.. sebelah heroin.. heroin pun sy suke.. Park Shin Hye.. :)
ini ialah gambar dari You're Beautiful...

 ha...ni pulak mase beliau dalam citer Heartstrings (You've Fallen For Me).. ensem kan?

ha...ensem kan mamat ni? siyes dalam dua2 citer ni dia jadi seorang yg sangat caring n romantis... i sukaaa...

korang suka? sila lah download cerita ini kat bawah ni..



oh ya, sy lupa nk ckp kan? OST dia pun best! Jung Yong Hwa nyanyi punya pun ada...Park Shin Hye pun ada nyanyi...series best...

kalau korang rajin lagi, sila la download pulak citer You're Beautiful tu...leh search pd blog yg sama korang download Heartstrings kat atas tadi.. :)

selamat menatap wajah ensem ini di blog sy ye.. kalau suka beliau, sila la lawat hari2, leh tengok beliau di blog saya! hehe

ok la...nak stenbai utk berbuka suda.. :)

selamat hari raya semua! maaf zahir dan batin!



Thanx for reading this entry! ^_^


Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Cerita Bulan Puasa

Assalamualaikum!

Ha...Salam Ramadhan Al-Mubarak everyone! dah lama saya tak post entry kat sini kan... bz giler... siyes tak tipu ohhh... sampai demam2 saya ha... kekekeke

so merujuk kepada tajuk, bila bulan puasa je, memang sah2 la saya akan berjalan2 ke bazaar ramadhan (dulu org panggil pasar ramadhan, so saya pendekkan, jadi la PaRam oke)..

memang dari bujang lagi, tu salah satu aktiviti peberet saya bila tiba bulan puasa... yela, nak masak pun, tak rajin (kekekekee ampunnn).. plus penat ooo redah jem..

so bile gi param untuk tapau juadah berbuka, secara tak langsung tapau skali la lauk utk sahur..

ye, bulan puasa ni merupakan kali pertama saya berpuasa sebagai seorang isteri di samping suami tersayang...so tanggungjawab pun bertambah...

dulu2, time bujang, saya sahur ala kadar je.. kadang minum milo panas je, kadang kalu rajin makan la roti cicah sambal bilis buatan mak..

tapi bila dah kawen ni, kene la masak nasi panas lauk segala kan...kene la jaga perut suami, betoi? ^_^

tengok...saya ni suka meloncat2 cerita, apa je yg terlintas kat pala otak, itu la yang saya taip.. hope u ols boley keep up keh! ^_^

cerita balik pasal param (dah tergantung kt atas tadi).. param peberet saya ofkos la param stadium cheras (saya panggil param permaisuri, sbb dekat tasik permaisuri kan).. sbb ape saya suka? sebab baaaaaanyaaakkkkkkkkkkk sangat2 juadah yg dijual...pelbagai lak tu..

yg paling penting, ada jual fruit punch kegemaran saya...nyum3..

tapi sejak dah duk kat balakong ni, saya gi param impian ehsan je la...oke jugak walaupun tak semeriah param permaisuri... ^_^

tu je kot nak cerita...saya tanak tempek gambaq makanan sedap2... tak tahan nanti...saya tempek gambaq param je la ye...

gambar sekadar hiasan

akhir kata, itu saja la entry saya untuk kali ini...mohon ampun dan maaf pada semua kerana dah lama tak update.. (ada ke orang yg tunggu saya update? ades) hehe
sekian dulu, selamat menunaikan ibadah puasa..

wassalam... ^_^ ♥


Thanx for reading this entry! ^_^

Thursday, July 21, 2011

Saya Menang Tiket Ke David Archuleta's 2011 Asia Tour Concert Lah!!!

Assalamualaikum!

ha...dah dekat seminggu kot rasanya sy tak bukak2 blog nih... sy travel ke Kedah last week, 15-18 Julai...19 Julai sy cuti, nk rehat kat rumah, 20 Julai lak MC sbb BP (blood pressure) naik...ish3..

so pagi ni mai kerja, spt biasa la check email opis, check yahoomail...buat cleanup sket bagai.. tup2 terperasan email dari kak jemah viruspadu yg femes tuh..

hari tu sy ada join GA dia pasal tiket konsert David Archuleta ni la..tak sangka la pulak sy menang!! YAHOOOOoooOOoo.. buat pertama kalinya dalam sejarah hehe..



terkejut jugak bila baca email kak jemah tu, terkejut ada, TAKUT pun ada..

tapi, sy menang SATU tiket je la..erkkk..boleh ke sy pegi ni eh??? hehe nk layan perasaan gumbira dulu..tah bila la nk collect tiket kt opis nuffnang neh..

akhir kata, terima kasih ye kak jemah... ^_^


Thanx for reading this entry! ^_^

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday : Love Is In The Air

Assalamualaikum!

 this picture was taken when me and ME went to Genting Highland..


Thanx for reading this entry! ^_^

Tuesday, July 12, 2011

JOKES : Abang Suami Tak Adil!!!!

Assalamualaikum!

tadi dapat email ni dari seorang rakan, tertarik nak share sama2... sekadar hiburan ringan, namun ada pengajaran di sebaliknya... mari kita baca... ^_^

SUAMI TAK ADIL
 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم




 Seorang lelaki bernama Mazlan (bukan nama sebenar), mempunyai dua orang
 isteri. Isteri pertama bernama Husnul dan isteri kedua bernama Hasanah.

 
 Pasangan bermadu ini tidak tinggal di sebuah rumah; sebaliknya mereka
 tinggal di rumah yang berasingan. Mazlan boleh dikatakan sebagai seorang
 lelaki yang baik.


Cukup dari segi ekonomi, fizikal dan intelektual untuk hidup bermadu. Sejak awal perkenalan dengan Mazlan, Hasanah mengetahui status Mazlan sebagai seorang suami. 

Sejak awal lagi Hasanah sedia dan rela hidup berpoligami. Berbeza pula dengan Husnul. Dia sangat terkejut semasa Mazlan memperkenalkan Hasanah kepadanya. Dia juga hampir-hampir menuntut cerai. Mujurlah Mazlan itu sudah mantap ilmu di dada. Dapatlah dipujuknya Husnul.

 Mazlan dan Hasanah selalu memikirkan cara untuk merapatkan hubungan kedua
 orang isteri Mazlan itu. Pada awal perkahwinan mereka, Mazlan bercadang
 agar dia dan kedua-dua orang isterinya solat bersama, sekali dalam
 seminggu. Dengan cara bergilir-gilir tempat. Seminggu di rumah Husnul,
 seminggu di rumah Hasanah.

 Pada suatu malam minggu yang indah. Itu adalah sesi pertama program 'solat
 bersama' antara Mazlan dengan kedua-dua orang isterinya. Sesi pertama
 dimulakan di rumah Husnul. Mereka akan bersolat berjemaah Maghrib dan
 Isyak. Sementara menunggu waktu isyak, Mazlan ingin menyampaikan kuliah
 agama kepada kedua-dua orang isteri tercinta.

 Sebaik-baik masuk waktu Maghrib petang itu, Mazlan melaungkan azan dengan
 suara yang merdu dan baik sekali. Selesai azan, Mazlan terus melaungkan
 iqamah. Selepas itu dia pun mengimami kedua-dua orang isterinya bersolat
 Maghrib. Mereka bertiga pun bersolat Maghrib bersama-sama secara berjemaah
 sehingga selesai.

 Seperti kebiasaan, selepas solat Mazlan berdoa. Dalam doanya, sampailah
 kepada doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Lelaki itupun
 mengucapkan doanya yang berbunyi;

 "Allahummakhtim alaina bi husnul khatimah wa la tahtim alaina bi su'ul
 khatimah.
 Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil akhirat ti hasanah.."

 Belum habis doa itu dibaca, belakang Mazlan dipukul oleh isteri pertamanya
 dengan beg.

 "Abang memang tak adil!" Kata isteri pertama yang bernama Husnul, selepas
 memukul belakang suaminya.

 Si isteri kedua hanya melihat.
 "Astaghfirullah, kenapa dengan kamu ni Husnul. Kita sedang berdoa ni.."
 "Abang memang selalu melebihkan bini muda abang ni," Kata Husnul sambil
 tangannya hampir memukul pula isteri kedua suaminya. Nasib baik sempat
 ditahan oleh si suami. Hampir-hampir kedua madu itu berperang.

 "Abang doa untuk saya sekali. Abang doa untuk dia dua kali!"

 "Eh macam mana pula tu?" Si suami belum faham.

 "Ala buat-buat tak faham saja abang tu! Baru tadi abang doa, husnul
 khatimah abang baca sekali. Hasanah abang baca dua kali!"

 Meloponglah Mazlan dan isteri mudanya, bingung seketika. Hendak marah atau
 hendak ketawa ni?



ha..apa komen korang agaknya?? ^_^


Thanx for reading this entry! ^_^

Wednesday, July 6, 2011

Friday, July 1, 2011

Mengantuk ni! Camne ni!

Assalamualaikum!

aduh...jam dah menunjukkan pukul 4.50 petang.. lagi 10 minit nak balik... camne ni..

saya rasa ngantuk sangat2 ni...

 ish kalau kasik bantal kat saya sekarang ni, sure saya jadik cam kucen nih.. T_T

camne nk drive karang ni... adessss..

help help helppppp

ada sapa2 nak tolong drivekan?? plisssssssssssssssssssssss

p/s : korang doakan saya tak ngantuk tau...naya saya kalau terlelap time drive wokkk :(

terima kasih in advance utk doa2 korang!

jom balik!!!


Thanx for reading this entry! ^_^


Better Spoken English : Penat Is Tired, Rice Plus???

Assalamualaikum!

ha...setelah 4 hari berkampung di Hotel Seri Malaysia Melaka, akhirnya hari ini saya kembali!!!!

Saya buat apa kat Melaka? Bagi yang tak tau, saya berkursus kat sana... Kursus "Better Spoken English"... Konon2 nak memantapkan skill speaking English la...

Mula2 saya memang nervous gila la nak pegi kursus ni.. Yela, nama pun kursus omputeh... Sah2 la kena speaking jugak kan? adoih...

Saya ni dah la nervous bila nk speaking... kalu suruh saya menulis English essay pun saya lagi rela daripada nak kena speaking nih..

Tapi saya beranikan diri jugak la..dapat pulak group members yang happening + gila2... Memang penuh gelak tawa je la group kitorang ni..

Korang pernah dengar RICE PLUS?? hahahahahaha

Sebenarnya ada sorang peserta ni nak sebut NASIK CAMPUR, tapi dia translate direct..so jadi la RICE PLUS...kekeke

Memang banyak lagi yang lawak2... Trainer pun memang sempoi + sporting habis.. Mrs. Alby Ibrahim.. terbaek wookkk!!

So..ape lagi nak citer eh...

Semalam la last day kursus kat Melaka...

Hari ni pulak, ada buat Majlis Sambutan Hari Setiausaha JKR/KKR 2011.. lewat sikit kitorang buat, tapi better late than never aite?

al-maklum la, kalau secretary2 sektor swasta, merasa jugak pegi sambutan secretary's week kat hotel2..ada Anuar Zain, Dato' CT etc..

tapi kami secretary gomen ni, tak merasa semua tu.. :) so kami amik inisiatif untuk buat sendiri, raikan diri kami sendiri.. ooo yeah...

terbaek wookk..cuma saya rasa menyesal pulak tak kelek Cik D3100 saya hari ni... kalau tak sure lagi baaanyak pixa... photographer yang diupah lak tak buat kerja...amik gitu2, pastu dah blah gi solat jumaat... dah la amik sikit je pixa...arghh tak puas hati betol la..

ada jugak yang bawak camera, saya  tumpang2 posing la haha.. saya ngah tunggu diorang email pixa or tag saya kat facebook...nanti bila dah ada pixa, baru saya tepek sini ha...

esok lak ada bowling tournament APDISK..ooohhh penatnya... penat balik tang Melaka pun tak terhilang lagi....

 agaknya camni la rupa saya kalau dah pengsan nanti akibat terlalu penat..hehehe

malam ni meeting untuk bowling, kat rumah salah seorang AJK APDISK kat Putrajaya... sila kuatkan diri anda wahai Sarah..

ok la korang, rasanya dah panjang lebar la pulak, boring korang bace nanti kan? kita sambung di lain rancangan ya... penat giler...

Sekian dulu, wassalam!


Thanx for reading this entry! ^_^

Thursday, June 30, 2011

List Blog² Peserta Segmen APKPA Yang Saya Terjah!!!

Assalamualaikum!

ini adalah sticky post... entri ini akan melekat di sini sehingga 30 Jun 2011 (Khamis).. so ape lagi..sila la terjah2 mereka2 ini...

ha..kat sini saya senaraikan list blog2 yang join segmen Aku Promosi Kau Promosi Aku, yang dah terjah blog saya dan komen kat SINI...

dalam list ni, boleh dikatakan MAJORITI saya dah terjah semula, komen & follow (senang nak dpt update, mereka semua OHSEM!!)..

namun saya hanyalah insan biasa, ada beberapa lagi yang saya belum sempat terjah, komen & follow..

TAPI... tapi... tapi....

jangan risau, saya PASTI akan terjah juga blog anda bila berkesempatan nanti...

so untuk yang lain2, mana2 yg belum menerjah, sila la terjah mereka2 yang OHSEM ini..

untuk senarai penuh peserta2 yg join segmen APKPA ni, boleh tengok SINI ye...


1. http://wunnydairyforest-wunny.blogspot.com/

2. http://genkcorner.blogspot.com/

3. http://www.fizgraphic.com/

4. http://www.alyaesprezzo.com/

5. http://www.lailyqaisyirah.com/

6. http://sitizarizza.blogspot.com/

7. http://lytulip.blogspot.com/

8. http://cekedismanis.blogspot.com/

9. http://aku-amin.blogspot.com/

10. http://www.rafinamimi.com/

11. http://misscha-cecite.blogspot.com/

12. http://lassierose.blogspot.com/

13. http://ladybirdakaluply.blogspot.com/

14. http://ceritasana-sini.blogspot.com/

15. http://wardahalisya.blogspot.com/

16. http://smalamariinimasadepan.blogspot.com/

17. http://nadznur.blogspot.com/

18. http://lulu-pages.blogspot.com/

19. http://ahmooyymunchett.blogspot.com/

20. http://letmebemeso.blogspot.com/

21. http://www.pwencessyuyue.co.cc/

22. http://kisahkauakudankancil.blogspot.com/

23. http://papamacho.blogspot.com/

24. http://sukmabintara.blogspot.com/

25. http://nusha1706.blogspot.com/

26. http://miss-nadya.blogspot.com/

27. http://teynteyndoll.blogspot.com/

28. http://coretanharapan.blogspot.com/

29. http://islandgurlz88.blogspot.com/

30. http://www.trioseposen.com/

31. http://www.sunahsukasakura.com/

32. http://farahahalife.blogspot.com/

33. http://feruzmunirah.blogspot.com/

34. http://mrbaiz.blogspot.com/

35. http://magentateletubbies.blogspot.com/

36. http://memyselfandnotirene.blogspot.com/

37. http://ezetheblackrose.blogspot.com/

38. http://irrahady.blogspot.com/

39. http://simpl3blog.blogspot.com/

40. http://gurlgemini.blogspot.com/

41. http://cahayakeharumanku.blogspot.com/

42. http://sempoi-zone.blogspot.com/

43. http://eleventx.blogspot.com/

44. http://sailaaf.blogspot.com/

45. http://viniyamey.blogspot.com/

46. http://frommetoyou85.blogspot.com/

47. http://www.areliff.com/

48. http://syuesyada.blogspot.com/

49. http://www.pinkymomma.com/

50. http://cekedismanis.blogspot.com/

51. http://maszmadi.blogspot.com/

52. http://heartylolipop.blogspot.com/

53. http://lzulxocraxme.blogspot.com/

54. http://hadifar-fyda.blogspot.com/

55. http://informations-the.blogspot.com/

56. http://nurulain1011.blogspot.com/

57. http://laman-ayahsu.blogspot.com/

58. http://mienkarim.blogspot.com/

59. http://alfredshin.blogspot.com/

60. http://akueddie.com/

61. http://zippomiller.blogspot.com/

62. http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/

63. http://kay-akam.blogspot.com/

64. http://unguvioletlovelifestory.blogspot.com/

65. http://bibie-mumui.blogspot.com/

66. http://gadislollipops.blogspot.com/

67. http://inibelogfyna.blogspot.com/

68. http://epalpai.blogspot.com/

69. http://sumimie-miau-miau.blogspot.com/

70. http://nanacyunkdye.blogspot.com/

71. http://ryushychomya88.blogspot.com/

72. http://themrizzo.blogspot.com/

73. http://mynamealia.blogspot.com/

74. http://www.nukilanrasahatiku.blogspot.com/



saya mintak maaf la if ada yang terduplicate dlm list kat atas ni yek... mata saya dah naik juling kekekeke... kalau ade yg terduplicate, korang tolong kasitau saya yek?

mekasehhh... selamat berblogwalking!!!

Thanx for reading this entry! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...