Assalamualaikum!
Entry ini ditulis khas untuk update tentang my dad.. Mudah2an di kemudian hari kalau2 saya masuk sini lagi, boleh baca2...
Seperti entry saya sebelum ini, iaitu entry anniversary saya yang jatuh pada 13 November baru ni, pada tarikh tersebut gak la ayah admitted to ward kat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Seminggu dua ni memang mak kata ayah ada mengadu susah nak bernafas tiap kali batuk (FYI, ayah dah batuk selama berbulan2)... And hari Sabtu 12 November baru ni lak, cousin saya kahwin kat kampung... So memang ayah banyak la jugak berjalan ke sana ke mari pada hari kejadian..
So pada pagi Ahad 13 November tu, ayah minta hantar ke klinik. Ayah saya ni selalunya memang susah nak ke klinik, tapi bila ayah sendiri dah mintak dihantar ke sana, tu tandanya memang ayah dah tak tahan sangat la tu..
So Kak Mas dengan hubby dia and mak pun bawak la ayah gi Klinik Kassim dekat2 dengan Taman Kobena tu.. Doc kat situ check punya check, then dia kata kena refer ke hospital jugak, dia buat surat untuk dibawak ke hospital..
Pergi hospital, my sis terus bawak ke Emergency la, tunjuk surat and then doc pun check la.. Then doc decide ayah kene ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut... Kami yang di rumah ni pun risau la...Masa tu baru lepas masak untuk lunch, so kami pun mandi2 and lunch, then terus gerak ke hospital untuk gantikan my sis and my mum, dorang nak balik makan pulak..
So masa teman ayah kat wad, doc ada la datang check.. Then doc terangkan la kat ayah, saya pun tumpang dengar... Doc kata jantung ayah ada certain spot yang tersumbat, that's why jantung ayah jadi lemah... So doc suruh rest in bed, dan tak kasi berjalan walaupun ke toilet. Sebab ada kes patient collapse kat toilet kata doc tu..Dr. Jananee nama doc tu, and ada doc trainee kot, Dr. Thinesh.
So sambil2 tu kitorang adik beradik pun berbincang la siapa yang akan jaga ayah etc, and decided untuk malam tu, mak akan teman ayah since abang kena balik ke Jelebu, dia akan try minta budi bicara dari Tuan dia la, saya and Kak Mas pulak kena balik ke KL..
So setakat tadi, saya sms mak, tanya perkembangan ayah. Mak kata, air liur ayah meleleh2 and cakap pun mcm kurang jelas. Sebelum ni ayah saya pernah kena strok, mase tu mmg air liur meleleh2 and percakapan jadi kurang jelas.. Ni yang buat risau ni..
So marilah kita sama2 berdoa, mudah2an ayah saya kembali sihat seperti sediakala...
Saya sedih sebab ape, cuti saya dah tak ada, tapi hati saya kuat nak balik sana.. macam mana? T_T
Apa pun insyaallah saya akan terus update di sini.. insyaAllah..
Sekian dulu, nak muhasabah diri.
Thanx for reading this entry! ^_^
sabar ya awak :")
ReplyDeletesara..hrp bersabar la ye..smoga ayah sara cpt sembuh..
ReplyDelete@HazyIsle
ReplyDeletethanks wanie.. :)
sedih nya. kalo masuk bab mak ayah ni..
ReplyDelete