Assalamualaikum!
tadi dapat email ni dari seorang rakan, tertarik nak share sama2... sekadar hiburan ringan, namun ada pengajaran di sebaliknya... mari kita baca... ^_^
SUAMI TAK ADIL
بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang lelaki bernama Mazlan (bukan nama sebenar), mempunyai dua orang
isteri. Isteri pertama bernama Husnul dan isteri kedua bernama Hasanah.
Pasangan bermadu ini tidak tinggal di sebuah rumah; sebaliknya mereka
tinggal di rumah yang berasingan. Mazlan boleh dikatakan sebagai seorang
lelaki yang baik.
Cukup dari segi ekonomi, fizikal dan intelektual untuk hidup bermadu. Sejak awal perkenalan dengan Mazlan, Hasanah mengetahui status Mazlan sebagai seorang suami.
Sejak awal lagi Hasanah sedia dan rela hidup berpoligami. Berbeza pula dengan Husnul. Dia sangat terkejut semasa Mazlan memperkenalkan Hasanah kepadanya. Dia juga hampir-hampir menuntut cerai. Mujurlah Mazlan itu sudah mantap ilmu di dada. Dapatlah dipujuknya Husnul.
Mazlan dan Hasanah selalu memikirkan cara untuk merapatkan hubungan kedua
orang isteri Mazlan itu. Pada awal perkahwinan mereka, Mazlan bercadang
agar dia dan kedua-dua orang isterinya solat bersama, sekali dalam
seminggu. Dengan cara bergilir-gilir tempat. Seminggu di rumah Husnul,
seminggu di rumah Hasanah.
Pada suatu malam minggu yang indah. Itu adalah sesi pertama program 'solat
bersama' antara Mazlan dengan kedua-dua orang isterinya. Sesi pertama
dimulakan di rumah Husnul. Mereka akan bersolat berjemaah Maghrib dan
Isyak. Sementara menunggu waktu isyak, Mazlan ingin menyampaikan kuliah
agama kepada kedua-dua orang isteri tercinta.
Sebaik-baik masuk waktu Maghrib petang itu, Mazlan melaungkan azan dengan
suara yang merdu dan baik sekali. Selesai azan, Mazlan terus melaungkan
iqamah. Selepas itu dia pun mengimami kedua-dua orang isterinya bersolat
Maghrib. Mereka bertiga pun bersolat Maghrib bersama-sama secara berjemaah
sehingga selesai.
Seperti kebiasaan, selepas solat Mazlan berdoa. Dalam doanya, sampailah
kepada doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Lelaki itupun
mengucapkan doanya yang berbunyi;
"Allahummakhtim alaina bi husnul khatimah wa la tahtim alaina bi su'ul
khatimah.
Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil akhirat ti hasanah.."
Belum habis doa itu dibaca, belakang Mazlan dipukul oleh isteri pertamanya
dengan beg.
"Abang memang tak adil!" Kata isteri pertama yang bernama Husnul, selepas
memukul belakang suaminya.
Si isteri kedua hanya melihat.
"Astaghfirullah, kenapa dengan kamu ni Husnul. Kita sedang berdoa ni.."
"Abang memang selalu melebihkan bini muda abang ni," Kata Husnul sambil
tangannya hampir memukul pula isteri kedua suaminya. Nasib baik sempat
ditahan oleh si suami. Hampir-hampir kedua madu itu berperang.
"Abang doa untuk saya sekali. Abang doa untuk dia dua kali!"
"Eh macam mana pula tu?" Si suami belum faham.
"Ala buat-buat tak faham saja abang tu! Baru tadi abang doa, husnul
khatimah abang baca sekali. Hasanah abang baca dua kali!"
Meloponglah Mazlan dan isteri mudanya, bingung seketika. Hendak marah atau
hendak ketawa ni?
ha..apa komen korang agaknya?? ^_^
Thanx for reading this entry! ^_^
Lucu..haha
ReplyDelete@eida
ReplyDeletekannnn...keskeskes..nak dimarah, madu sendiri..kekekeke