About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Thursday, September 22, 2011

PETUA : Belimbing Buluh Untuk Darah Tinggi

Assalamualaikum!

 Apa khabar semua? harap korang semua sihat la hendaknya ye..

Sy baru naik kerja lepas MC selama 2 hari... tekanan darah naik la pulak... oh ya, FYI, sy ada masalah high blood pressure sket...

terkejut? Yela, sy baru 26 tahun, tp dah ada high blood pressure?

Memang tak mustahil kot.. Dengan faktor keturunan lagi... Mak dan ayah sy dua-dua ada high blood pressure, so risiko tu tetap ada pd sy... kakak sy pun ada..

Kenapa kitorang dapat high blood pressure ni muda-muda? Well... Maybe, maybe la kan.. Faktor pemakanan, faktor berat badan jugak (tu la, sape suruh tak jaga berat badan) hadoi..

And not to forget, stress juga boleh menyumbang ke arah itu ya... Ya, sy akui sy memang selalu stress.. Kalau tak salah sy, sy dpt kesan sy ada high blood pressure ni start tahun lepas, iaitu tahun 2010...

Puncanya, sy slalu sakit kepala yang amat...bukan migrain kata doktor.. Bila di check, rupanya ada high blood pressure...

2 hari sy MC (semalam dan kelmarin), dua-dua hari sy gi klinik utk check BP (blood pressure a.k.a. tekanan darah).. 1st day 141/101 (tinggi oh..hypertension)... 2nd day 128/99 (pun masih di kategori tinggi).. T_T

Itu sedikit sebanyak la intronye ye.. sebab matlamat asal sebenarnye nak share la petua yang sy google dan kopipes dari SINI...


BELIMBING BULUH : UNTUK DARAH TINGGI & DEMAM PANAS

Belimbing buluh (belimbing asam) ni kalau dimasak lemak udang memang sedap. Selain sedap, ia turut berkhasiat

Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?

BelimbingBuluh atau BelimbingAsam
BelimbingBuluh @ BelimbingAsam - Wikipedia


1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.

2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.

3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.

4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.


Oohhhh... sebelum terlupa, daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;


1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.

2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.

4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.

6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.


Buat sementara waktu ni, begitulah antara khasiat belimbing buluh yang dapat saya kongsikan dengan anda. Iaitu sebagai ubat darah tinggi juga ubat demam panas. Harap ianya dapat dipanjang-panjangkan ya.


Selamat Mencuba!
 

so, setelah membaca petua di atas, rasanya boleh la kot sy or sapa-sapa kat luar sana yang ada masalah yang sama mcm sy, untuk try.. mudah-mudahan berkesan ye..

ade ke sape-sape kat luar sane yang ada prob mcm sy ni? :)

sekian, wassalam..


Thanx for reading this entry! ^_^


2 comments:

Viva Bergolek²

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...