pagi tadi masa dalam kereta, terdengar pasal berita ni dari mulut penyampai Hot FM masa tu, Fafau dan Seelan Paul.. so sampai office, saya terus cari pasal ni kat Utusan Online.. saya kopipes berita ni yer..
Kanak-kanak perempuan parah dirempuh kuda
PULAU PINANG 7 Jun - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun patah bahu kiri selepas dirempuh seekor kuda yang ditunggang seorang lelaki ketika sedang bermain di pantai Batu Feringghi di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 10.45 pagi ketika mangsa, Arina Kirana Azrin sedang bermain pasir bersama kakaknya, Athirah Balqis, 12, di pantai itu sebelum Arina Kirana dirempuh oleh kuda tersebut sehingga melambung.
Bagaimanapun, Athirah tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
Difahamkan, kuda tersebut tidak dikawal oleh penjaganya manakala lelaki yang menunggang haiwan itu bertindak melarikan diri sebaik sahaja insiden berkenaan.
Bapa mangsa, Azrin Abdul Razak, 37, berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri sedang berbual dengan seorang pelancong dari China yang bertanyakan sesuatu manakala kedua-dua anaknya itu berada pada jarak 25 meter di hadapan mereka.
Dia yang datang dari Putrajaya untuk bercuti bersama keluarga memberitahu, dia sempat menoleh ke arah kedua-dua anaknya itu ketika kuda berkenaan meluru laju berhampiran mereka.
"Saya nampak kuda yang ditunggang laju merempuh Arina menyebabkan dia melambung dan terjatuh. Ketika berada dalam pangkuan saya, Arina dalam keadaan separuh sedar.
"Kejadian berlaku terlalu pantas sehingga kami tidak dapat mengenal pasti lelaki yang menunggang kuda berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Azrin yang kesal dengan kejadian itu berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkenaan termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana tidak berbuat apa-apa walaupun dua anggotanya berada di tempat kejadian ketika insiden itu.
Katanya, MPPP sepatutnya mengambil berat terhadap setiap kejadian yang berlaku melibatkan pengunjung di kawasan tumpuan umum selain mengambil tindakan segera ke atas pengusaha sektor pelancongan terbabit.
"Mereka tidak buat apa-apa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya tidak akan maafkan mereka dan akan ambil tindakan undang-undang," tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow berkata, pihak MPPP sudah diarahkan supaya membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan lanjut dibuat berhubung kejadian itu.
Kesian gila...patah bahu kiri weh...ades...sakit tuh... tapi, lelaki yang menunggang kuda berkenaan berjaya melarikan diri pulak... haih tak tenteram la lelaki tu nanti bila terbayang2 insiden ni kan..
apa pun, jadikan la sebagai pengajaran... sekarang ni kat mana2 tempat pun dah tak selamat... so sentiasa pastikan anak2 anda berada tidak jauh dari anda... kalau diorang nak main istana pasir pun, gi la teman sekali, apa salahnya kan...
and patutnya pengusaha2 kat kawasan2 pelancongan ni (macam kuda, jet ski, bot dan sebagainya) patutnya lebih peka dan lebih menitikberatkan faktor2 keselamatan.. kalau dah pantai tu penuh sesak dengan orang, tingkatkan la lagi langkah2 keselamatan..
sekian saja dari balai berita saya.. ketemu lagi di lain rancangan ^_^
wassalam!! ^_^ ♥
Thanx for reading this entry! ^_^
0 viva bergolek²:
Post a Comment
Viva Bergolek²