About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Monday, September 30, 2013

TIPS : Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Assalamualaikum!

Hai, apa khabar semua? Alhamdulillah sekarang saya dah masuk 32/33 weeks dah.. Kenapa 32/33? Sebab saya kira pakai dua2 kiraan dari scan dengan klinik private and kiraan dengan klinik gomen..hehe..

So hari ni pagi2 lagi dah blogwalking and terjumpa la pasal ni... So saya terasa nak share dengan semua, untuk pengetahuan saya sendiri and untuk bakal2 mommies kat luar sana jugak.. Enjoice!

(Saya baca dari SINI... banyak giler tips untuk ibu2 hamil dan yang dah melahirkan jugak.. boleh cekidaut blog beliau ^_^ )




Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Terdapat 2 teknik kurangkan sakit ketika bersalin iaitu tanpa bantuan ubat & mengunakan ubat..
Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh anda gunakan.

TANPA BANTUAN UBAT

1 ) Berkedudukan Tegak

Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.

2) Duduk Ke Hadapan

Duduk berhadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.

3) Melutut Ke Hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan seselesa mungkin.

4) Posisi Merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namum, jangan lengkungkan badan anda.

5) Meniup

Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut huf...huf...huf... seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.



Ha... bagus kan tips2 nih? in sha Allah akan diamalkan bila sampai masa nanti.. Semoga semuanya dipermudahkan, amiin.. (",)

Till then, wassalam.. :)


 Thanx for reading this entry! ^_^



 

0 viva bergolek²:

Post a Comment

Viva Bergolek²

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...