Assalamualaikum!
Hai, apa khabar semua? Kali ni nak cerita pasal appointment dengan klinik pakar O&G kat Hospital Serdang hari tu. Asalnya nak cerita sekaligus semua yang berlaku since last entry, tapi rasa mcm panjang sangat plak. So kali ni cerita pasal ni dulu yek..
Sedar tak sedar dah sebulan since last update kan? Well, too many things happened dalam sebulan ni, that's why laaaa saya tak sempat nak update even thru phone or ipad.. *sighs*
Jadinya, pada 22 Ogos ritu saya pun pegi la Klinik Pakar O&G Hospital Serdang, appointment jam 10.00am, so lebih kurang kul 9.00am saya ngn ME pun pergi la lepas breakfast, sebab takut susah dapat parking. Memang susah dapat parking pun okay, kitorang pusing 2-3kali jugak, last2 parking kt kawasan yang bertanah merah tu, and nasib baikkkk sangat2 dapat parking dekat ngn tangga, menapak la sikit utk naik ke atas and menghala ke klinik O&G tu..
So dekat2 kul 10.00am kitorang pun masuk la ke klinik O&G tu utk register nama masuk sistem, then baru ke kaunter utama klinik pakar kat luar klinik O&G tu utk register situ and pembayaran (jika ada).
Dapat nombor giliran, ada 100 orang punye giliran sebelum saya okay.. nasib baik la ada several counters dibukak, so kitorang tunggu lebih kurang sejam gak la sebelum sampai giliran... untuk kali pertama, percuma, and maybe utk kali2 seterusnya saya percuma jugak sebab kakitangan kerajaan.
Setel register and dapat buku appointment dari kaunter luar tu, baru la boleh masuk ke klinik O&G and bagi buku pink and buku appointment and dibagi nombor lain untuk tunggu giliran. Sementara tunggu giliran tu, saya disuruh untuk bagi sample urine, and malang tak berbau, dah la beratur ramai2 dlm toilet, pastu urine kotor plak.. *sighs*
Pastu duduk and tunggu nombor dipanggil untuk ke kaunter 13 (kaunter timbang berat badan & check blood pressure). Lame jugak laaa tunggu nombor dipanggil, dah dipanggil, timbang and check BP and bitau nurse kt situ result urine test tadi utk direkodkan ke dalam buku.
Pastu tunggu lagi untuk dipanggil ke bilik doktor plak. Yang ni paling la azab menunggu, giliran saya sampai masa tu dah pukul 1.00pm okay. Bayangkan la kepenatan duduk lelame and tak makan T_T.. tabahkan la hati kan..
Jumpa doktor, doktor Ain namanya. Doktor belek2 buku pink saya and review result BSP saya yang sebelum2 ni (dah 3 kali buat sebelum2 ni). So doktor concern sket sbb reading saya tinggi sket time fasting, iaitu bacaan jam 8.00 pagi. Sepatutnya bacaan kene kurang daripada 5.1. Tapi bacaan saya utk ketiga2 BSP tu 7.0, 6.7 and 6.7 lagi. So doktor decide saya kena cucuk insulin utk kawal gula dalam darah saya. Pastu doktor kata nak scan baby, so pegi bilik yang ada equipment utk scan baby pulak.
Masa tengah2 scan tu, doktor cakap, "Awak ni berkemungkinan besar, eh tak, memang kena masuk wad ni, utk start insulin. Agak2 bila awak boleh masuk wad?"
Saya pun terpinga2 and tak cakap apa2 sebab banyak benda yang saya duk pikir macam, sabtu ada appointment 4D scan dengan Jezzlyn kat Ampang, pastu ada kenduri tahlil untuk arwah ayah mertua saya (arwah meninggal dunia Sabtu 17 Ogos 2013, that's why saya busy dengan tahlil 3 malam berturut2 and lain2 hal smp tak sempat nak update ape2), and ahad plak ada kenduri kawen my husband's best friend kat Senawang.
Settle scan, pegi bilik doktor semula then doktor cakap, "Awak boleh masuk wad hari Ahad tak?"
"Ahad petang ke pagi doktor?" tanya saya.
"Seelok2nya dalam pukul 10.00 pagi camtu, kalau datang tengahari atau petang, takut katil penuh." kata doktor Ain.
"Erm..boleh la doktor.." balas saya. Dah macam dialog dalam cerpen/novel plak huhu.
So, doktor pun siapkan slip untuk admit ke wad and suruh saya pegi makmal kat sebelah untuk ambik darah and urine sample utk persediaan masuk wad, senang ahad nanti tak yah amik dah katanya.
So saya pun pegi makmal, and takde orang pulak kan, yela dah lunch break. So saya pun letak buku appointment dalam kotak yang disediakan and duduk kat kerusi kat situ. Then teringat ME menunggu kat luar and belum tau berita apa2. Nak sms, handbag and hp ada kat ME. So saya pun keluar la and panggil ME untuk masuk since ada banyak kerusi kat dalam tu rupenye. So lepas ME dah masuk, saya pun cakap la yang saya kene masuk wad ari ahad, ME pun terkejut la. Yela, lepas satu, satu hal kan.. tapi kitorang redha la, demi keselamatan baby and saya jugak kan.
So kitorang pun tunggu la utk amik darah and urine, lepas setel semua dah boleh balik. Mengalir gak la air mata saya mengenangkan nak kena masuk wad and cucuk insulin. Yela, saya mana penah ada pengalaman bermalam kat wad sebagai pesakit, teman pesakit ada la masa ayah saya warded dulu. Sesungguhnya saya nervous huhu. Tapi redha jela, nak taknak kena masuk jugak2. Oh ye, saya mintak MC siap2 kat doktor, yela dah dekat kul 2 dah, nak masuk opis menda dah lebih 4 jam keluar, kalau ikutkan kena amik cuti rehat (ikut peraturan untuk penjawat awam). Saya tanya doktor, boleh tak bagi 2 hari sebab memang saya tak larat sangat2, sakit kepala on and off sebab tak cukup tidur sejak ayah mertua meninggal sbb sibuk dengan kenduri and berulang Balakong - Batu Caves. Alhamdulillah doktor bagi MC 2 hari. Dapatlah saya rehatkan diri and tenangkan fikiran sket sbg persediaan untuk masuk wad.
Pastu kitorang terus pegi lunch kat medan selera kat Sg Merab tu. ME slalu cakap makan kat uniten, tapi uniten sebelum tu lagi kan. Blasah jela, makan kt situ pun sodap.
Pas makan kitorang terus pegi opis saya, sebab nak isi GL untuk bawak ke hospital ahad ni, maklum le walaupun dah ada eGL bagai, GL tetap dorg mintak in case sistem down ke ape ke (alasan sungguh kan?). So saya isi 3 borang GL, saja buat lebih, leh guna sampai bersalin nanti ahaks. Bos saya takde, pergi inspection kat Klang. Nasib baik ada bos lain yang baik hati utk sign borang GL saya..
Lepas dapat GL, terus ke Sunway sbb ada dinner plan dengan my sis and her hubby and her 2 child kat Flaming Steamboat. Actually dari sebelum puasa lagi nak bersteamboat tapi tak dapat2..so kenangkan nak masuk wad, boleh la membelasah steamboat dulu utk mengubat hati ahaks..
Setel dinner terus balik..
Ha, habis dah cerita pasal appointment ngn pakar O&G.. utk cite masuk wad, tunggu next entry ye, in sha Allah saya cuba update secepat yang boleh, skang ni nak setelkan keje bos, ptg karang kalau bos dah pegi bengkel boleh la saya try karang next entry plak :)
btw terima kasih banyak2 la pada yang sudi baca sampai habis, kalau korang pun ada pengalaman camni boleh la share jugak2 and kalau ada tips2 utk kawal gula ni pun boley la kasik..saya ni selera besau huhu..sedey2.. (peha dah lebam2 hari2 kene cucuk insulin ahaks)
Sekian dulu, wassalam...
Thanx for reading this entry! ^_^
0 viva bergolek²:
Post a Comment
Viva Bergolek²