ha...lama pulak saya tak update blog saya ni ye? kali ni saya nak post pasal meeting APDISK yang saya attend hari tu, dibuat kat Bilik Taip (kenangan sehh), Politeknik Port Dickson..
Apa itu APDISK? u ols boleh refer kat SINI...
saya sebut jugak la ye sikit pasal APDISK ni..nama panjangnya, Pertubuhan Alumni Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) Politeknik Port Dickson (PPD)..
maknanya, ini adalah alumni untuk course saya masa saya belajar kat Politeknik Port Dickson dulu..
so, dipendekkan cerita, pada hari Sabtu 2 April 2011 yang lalu, APDISK telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka, untuk melantik AJK² untuk menggerakkan APDISK ni..
alhamdulillah, walaupun tak ramai sangat yang hadir, maklum la masing-masing ada komitmen, rasanya lebih kurang belas-belas orang gak la yang hadir ke mesyuarat pada hari tu... alhamdulillah...
yang bestnya, mesyuarat tu turut dihadiri oleh 2 orang pensyarah DSK, iaitu En. Ashri dan Pn. Yati...
and alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar...diharap AJK-AJK yang telah dilantik dapat menjalankan tugas serta memajukan lagi APDISK ni...
so macam biasa, kita layan gambar yek..
ini ialah En. Ashri...
ini pulak Pn. Yati...
ni pulak barisan hadirin yang ada...ada yang dah balik time ni...
lagi gambo kami...
so itu aje la kot gambar-gambar yang boleh diupload...lain-lain gambar boleh tengok kat facebook saya...sori tak boleh nak linkkan, sebab facebook block kat ofis, tak boleh nak ambil link nyer... :)
sekian dulu, wassalam...
*eh, nak tambah..tadi saya hantar borang cuti kat bos, cadangnya nak cuti esok (Jumaat) sebab nak pergi klinik...risau jugak bos tak approve kan, maklumla 2-3 minggu ni saya banyak EL + MC.. alhamdulillah dia kata OK..harap-harap dia sign la kan?
wassalam... ^_^ ♥
0 viva bergolek²:
Post a Comment
Viva Bergolek²