Assalamualaikum!
Hi, apa khabar semua? Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang beragama Islam ye...
So, kali ni just nak share life saya sejak last update ritu ^_^
So, last two weeks, rasanya on Thursday kot, dapat call dari klinik kesihatan (KK) tempat saya selalu check-up, bitau result minum air gula sebelum tu.. and sadly, dorang saspek saya ada kencing manis T_T
Well, memang saya dah expect pun result ni, since family history memang ada high blood pressure and kencing manis, so redha jela kan... Jadinya, KK suruh saya datang next Monday nye untuk BSP (Blood Sugar Profile) 4 kali.. Bagi yang tak tau BSP ni macam mana, ianya adalah check darah (yang cucuk kt hujung jari tu) sebanyak 4 kali dalam sehari..
Means, if BSP adalah pada hari Isnin, so dari jam 10 malam hari Ahad saya dah tak boleh makan apa2 (puasa) sampai la amik darah jam 8.00 pagi Isnin. Lepas amik darah, saya kena breakfast (terpaksa la tak puasa pada hari kejadian) sebelum pukul 9.30 pagi, sebab next amik darah kul 11.30 pagi... Kena berpuasa semula 2 jam sebelum amik darah yang seterusnya.. Begitulah seterusnya untuk amik darah jam 4.30 petang and 9.00 malam.. Sampai ke malam uols.. Sabar je la.. :)
And, result untuk hari tersebut ialah :
8.00 am - 7.0 (tinggi ni, patutnya kalau puasa bacaan kena < 5.1 )
11.30 am - 5.7 (ok, yang ni pass sebab selepas makan, bacaan haruslah < 6.7 )
4.30 pm - 4.7 (yang ni pun pass, tapi saya pelik napa bila dah makan makin kurang? haha)
9.00 pm - 7.0 (stress ok, boleh pulak naik balik bacaan gula? arghhhh)
Ape yang saya makan :
8.30 am - megi goreng 4-5 sudu, air kosong (bulan pose, kedai mamak je bukak, tapi capati pulak takde..stress!dah la mamak tu usha2 je saya ni menapau di bulan pose, hello, ingat suka2 saya tanak pose ke? isk3)
12.30 pm - masak roti telur 3 keping + sosej 2 ketul, cicah sos. air kosong
5.30 pm - mee goreng, silap la makan smp habis pulak, tu pasal naik bacaan kot. patut makan suku je kot T_T
Pengajaran yang saya dapat daripada result BSP saya kali ni, yela, ni pun first time saya BSP so tak tau lagi diet yang betul, maybe next BSP saya boleh agak ape makanan yang sesuai untuk saya makan... :)
So, keesokannya, Selasa 16 Julai 2013 saya kena ke KK untuk check up dan jumpa doktor sekali untuk review result BSP. Saya dimaklumkan oleh nurse, bagi ibu2 mengandung yang saspek kencing manis ni, memang kena datang KK untuk buat BSP 2 minggu sekali, sekali datang tu 2 hari. 1 hari untuk BSP (cek darah aje kat makmal), keesokannya selepas hari BSP kena datang untuk check up and jumpa doktor sekali. Keadaan ini akan berterusan sepanjang tempoh kehamilan sehingga melahirkan.
Ok, bila dengar tu, frust jugak, yela saya baru je 20 weeks, nak kena hadap selama 20 weeks lagi uwaaaaaaaa sedey okay.. tapi takpela, demi baby yang dikandung, ku tempuh jua segala rintangan dan cabaran asalkan semuanya selamat, in sha Allah.
So, this week leh la rest, and saya tak jaga makan pun, sebab bukan selera makan pun, hari2 gi param (pasar ramadhan) untuk tapau makanan untuk berbuka, saya kena tengok satu2 juadah, tengok berkenan di tekak atau tak.. mujur la ME layankan aje..
Saya memang tak bape selera nasik untuk berbuka, so selalunya saya beli mee @ bihun goreng @ sup jela untuk berbuka, janji perut terisik kan.. Kalau ada rasa nak makan nasik pun, saya akan makan nasi lemak @ macam semalam beli nasi dagang.. yang penting bukan nasi putih huhu
Mane tak berat turun masa last check up sampai misi bising..adoi la.. sebab tu la sekarang ni saya bantai makan apa saja yang tekak saya lalu janji berat badan naik, sebab next BSP and check up 31 Julai (BSP) and 1 Ogos (check up and jumpa Pegawai Zat Makanan).. ahaks macam2 la..
And, weekend baru ni balik ke rumah mak saya kat Rantau. So sempat la sembang2 segala, mak saya tanya bila saya cukup 7 bulan segala, sebab kena buat kenduri lenggang perut! Aiyoh... kalau ikutkan, saya cukup 28 weeks pada 2 September 2013, so kena la buat kenduri dalam minggu tu or minggu depannya..Kena la mula menyimpan nampaknya, mak suruh amik katering sebab mak dah tak larat nak memasak untuk kenduri, kesian mak :) baiklah mak, saya simpan duit dari sekarang ye, and hopefully PM kita kasi la bonus kt penjawat awam, setengah bulan pun tak pe seperti yang di war2kan, lepas la nak buat belanja kenduri, ahaks ^_^
Sambil2 tu, terpikir gak kalau time ME takde kat sini (Malaysia) nanti, macam mana la saya nak handle diri saya yang mengandung ni ek? Yela, sekarang ni pun boleh kata hampir semua kerja rumah ME yang buat. Sape nak gosok baju nanti? Sape nak basuh baju nanti? Sape nak sidai baju nanti? Uwaaaa ke dobi la jawabnya..
Ape pun semoga Allah SWT permudahkan segalanya, and andai kata saya kena berulang KL - Rantau - KL pun, mudah2an dipermudahkan la perjalanan saya sampai la bersalin huhu.. Amin..
Oh ye, ayah mertua saya pun dimasukkan ke wad Ahad 2 minggu lepas sebab jatuh masa nak gi bilik air, and perkembangan semasa, alhamdulillah kesihatan semakin ok, cuma tulang pinggul yang patah tu la doc bagi tempoh 2 minggu untuk pulih secara semulajadi, takmo operate2 masuk besi bagai.. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan kepada ayah mertua saya, amin..
Ha, macam2 inti entry saya kali ni, sorry la ye, terasa macam nak share pulak segala yang berlaku 2-3 minggu ni.. Rasanya cukup la sampai di sini kali ni..
Semoga berjumpa kembali di next entry ya! :)
Thanx for reading this entry! ^_^