About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Wednesday, August 8, 2012

Saya dah ada Formspring!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Ha..tengok tajuk... Formspring? Apekah? Actually saya pun tak la tau sangat pasal formspring ni, dulu2 ramai je invite suh join formspring tapi tak berminat..

Napa tiba2 leh create account formspring? Ntah.. saje kot? (macam la ada orang nak tanya sangat kat ko..) T_T

Kot2 la kan.. kot2 ye.. Kot2 la ada orang nk tanya apa2 ke... nak mintak pendapat ke, nak tanya.. pendek kata APA2 aje.. sila2 la tanya... kotak pertanyaan ada je kat sidebar sebelah kanan ni yer.. :)

Ape pun, saya ni memang seorang yang suka explore menda2 lain daripada yang saya dah biasa buat.. and maybe saya suka menda2 social networking ni kot? facebook, twitter, instagram, dengan tah ape2 lagi tah yg saya dah join sampai tak ingat *facepalm*





ha...tu ler profile saya kat formspring tu.. saya baru je follow 19 orang kot.. untuk permulaan.. :)

ape pun good luck to me and pada siapa2 yang berhajat nak bukak account formspring juge..

Wassalam ^_^




 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Tuesday, August 7, 2012

Artikel : Alang2 Pakai Shawl Biar Tutup Dada

Assalamualaikum!

Ha.. sekali lagi saya nk share artikel.. hari ni hari menge'share' sedunia untuk saya kot.. eheks :p

Artikel asal saya ambil dari SINI...

Saya tau ada yang tak rajin nk klik kan, so saya kopipes lagi..tuan punya artikel pun memang galakkan kita share.. :)

Sebelum tu, ini pandangan seposen saya.. saya memang setuju sangat2 dengan artikel ni.. betul, ramai yang pakai shawl berfesyen2 sekarang, and kebanyakannya tak cukup labuh sehingga menutupi dada.. tapi, ada satu lagi saya kurang pasti, dada dah tutup, tapi bahagian belakang pulak tak ditutup? (shawl labuh di bahagian hadapan, tetapi shawl tak menutupi bahagian belakang badan) ada sapa2 tau, macam mana tu? sy sendiri kurang pasti, sebab tu perlukan pandangan dari kawan2 yang tau.. :) saya sendiri kurang perfect, jadi marilah kita sama2 memperbaiki cara pemakaian tudung/shawl kita ye kawan2.. :)

so, mari layan cerita di bawah :)

**segala gambar dan ayat2 di bawah diambil bulat2 dari blog tersebut. TQ.




 [CERITA] ALANG2 PAKAI SHAWL BIAR TUTUP DADA





Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis..

Cik Anggun: Cantiknya kau cantik, ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana..?

Cik Cantik: Oo.. aku nak pi Times Square, nak beli beg murah.

Cik Anggun: Cantiklah shawl ko tu., macamana ko lilit,.?

Cik Cantik: oo.. aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana Tajima tu buat. cantik. ada gak aku blajar dr belog sikit2..




Cik Anggun: oo..cantik. aku pun suka tengok. tapi ada terkurang la tek..

Cik Cantik:Apa yg kurang Gun? Ok what.. yg penting aku pakai tudung apa.. x salah lilit2 kan..? Islam pun x halang muslimah nye pakai yg disukai.

Cik Anggun: Tudung ko cantik, tapi x salah kan kalo ko labuhkan ke dada sikit.

Cik Cantik: Aku nk wat cmne. tudung ni pendek sangat nak lilit. boleh belit skali dua je. hujungnya x sampai ke dada.Aku nak wat macamana.

Cik Anggun: Lainkali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek, lagi labuh lagi selesa ko nak lilit.

Cik Cantik: tapi aku pakai baju longgar, x nampak pun..

Cik Anggun: Tapi tek, mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yg intai2 kau.Mata lelaki ni 'tajam'.bukankah lebih selesa kau bergerak selincah manapun tapi dengan tudung yg menutup dada kau dengan sempurna kau boleh bergerak bebas tanpa risau?

Cik Cantik: Kau ni jangan buruk sangka Gun, bukan semua lelaki tu jahat.

Cik Anggun: Mmg bukan semua lelaki jahat Tek, tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat. apalagi lelaki. nafsu doang cuma satu.

Cik Cantik:Aku tak kuno Gun, semua orang pakai tudung macam ni. aku cuma ikut fesyen je.





Cik Anggun: tek, Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh. memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh. Itu sunnah. Tetapi Tek, islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek, Cukup syarat menutupi dada dan aurat, bnda tu sebenarnya x susah,

Cik Cantik: Kau senanglah cakap Gun, ko alim, ko dah biasa pakai tudung labuh.Ko cakap mmg senang lah..

Cik Anggun:Tek, mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle ustazah, ustazah pilihan, peserta solehah dan sewaktu dengannya, hukum Allah tu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek, Aku pun belum sempurna, ada juga kekurangan yang perlu aku 'tudung labuhkan' tapi sememangnya manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan selagi dia bernyawa.Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di dunia ini? Kau boleh Tek, tapi ko kena usaha mulakan dr sekarang.


Cik Cantik: Ye lah Gun, tapi tunggulah aku berubah slow2.. ko jangan lah cakap macam ni. terasa aku taw. hilang mood aku.

Cik Anggun: Tek, aku pun dulu sepertimu, pernah merasa berbaju ketat, bertudung singkat, tapi selagi kita x mula Tek, macamana kita nk mengatur langkah untuk perubahan seterusnya. lama2 kita akan mnjadi tepu dan sebati.Bila semakin lama ia tepu, semakin susah jua ia luntur.

Cik Cantik:Hidayah tu milik Allah Gun, kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan

Cik Anggun:Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11.''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri'' kita mula dulu Tek, baru Allah pimpin kita dan bukakan pintu..

Cik Cantik:Tapi Gun, walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku, aku still jaga solat aku. pemakaian x menggambarkan segala2 nya

Cik Anggun: memang benar katamu Tek, tapi aurat tidak boleh ditutup dengan hanya solat. aurat juga tidak boleh ditutup dengan akhlak yang baik. Tuntutan aurat yg dinuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya dari pandangan syahwat ajnabi.Allah sayang Muslimah tek, sebab tu Dia perintahkan kita menutup aurat,untuk menjaga diri kita juga. Firman Allah bukan suka2..ada sebab kenapa dan mengapa tek..


Cik Cantik:Ye Lah.. aku faham. tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung.

Cik Anggun:Bagus2.. tu aku suka sangat. at least ko dah cuba untuk memenuhi tuntutan. tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan..? Ko try mula lah dr melabuhkan tudung menutupi dada :)



Cik Cantik:InsyaAllah, aku akan cuba k. Thanks tegur aku. aku tahu kau tegur aku sbb kau sayang. kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa bersalah aku pakai macam ni. thanks anggun!

Cik Anggun: Ok cantik.. mulakan dari sekarang. you can do it! semoga dengan permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit.Tutup lah aurat juga didiklah iman mu..Allah akan tolong sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kebaikan.


Cik Cantik:Thanks.. aku sbenarnya nk pi Masjid india ni (tadi kata pi times square =.='') kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl pashmina ko yg labuh tu. aku nak teraii..

Cik anggun: Boleh, tapi ko jangan lupa basuh! (hehehe)

Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat.. :)
 
 
 


 Renungan kita bersama :)

Wassalam ^_^




Thanx for reading this entry! ^_^


 

Artikel : Abang, Romantiklah Sikit!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua di bulan yang mulia ini? Harap2 semua sihat hendaknye ye..

Kali ni, saya nak sharekan satu artikel untuk suami isteri, yang saya petik dari SINI....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ABANG, ROMANTIKLAH SIKIT!
SUATU ketika saya menerima satu panggilan...
“ASSALAMUALAIKUM, ustaz...” Suara di corong telefon kedengaran tergesa-gesa dan bernada sebak. Sebaik saya menjawab salamnya, pantas soalan diajukan. Jelas ada getar di sebalik luahan itu.
“Ustaz, saya nak tanya pendapat ustaz, kenapa lelaki ego sangat? Kenapa lelaki tak ada perasaan? Kenapa lelaki panas baran? Kenapa lelaki suka sakitkan hati kita? Kenapa lelaki tak kisahkan masalah kita, anak-anak dan keluarga? Kenapa bla bla bla... Kenapa? Kenapa?”
Selepas agak tenang serangan soalan bertubi-tubi tersebut, lalu saya berkata. “Puan, boleh saya tau apa sebenarnya yang terjadi?”
Lalu wanita tersebut menceritakan dengan lebih lanjut.
“Sejak berkahwin, suami saya asyik sakitkan hati saya aje, ustaz. Kalau dulu sebelum kahwin, pantang saya suarakan nak keluar ke mana-mana, laju saja dia nak temankan. Malah dia pernah cakap, kalau boleh dia nak saya selalu temankan dia dan dia akan temankan saya ke mana-mana sekalipun."
“Tapi sejak lepas kahwin, ada saja alasan bila saya ajak ke mana-mana. Kalaupun ikut, dia sekadar hantar ke mana saya nak pergi dan dia akan datang jemput saya balik bila saya telefon minta diambilkan. Sampaikan saya nak jenguk ibu bapa di kampung pun, dia kata sibuk. Bila saya tanya banyak kali atau tegur jawapannya, dia akan melenting dan marah-marah. Akhirnya, dia keluar rumah tinggalkan saya dengan anak-anak selepas puas saya diherdiknya. 
Gambar hiasan
 “Ustaz, kenapa saya ditakdirkan dapat suami yang macam ni? Sampai bila saya kena bersabar dengan perangainya? Tak boleh ke kalau dia lebih berlembut dengan isteri dan anak-anak? Saya rasa dah tak sanggup kalau berterusan macam ni. Kalau betul dia dah tak sayangkan saya, boleh tak saya nak mintak dia lepaskan saya?”
Saya cuba redakan suasana...
“Puan, begini... memang benar semua isteri inginkan suami romantik, lemah lembut, memahami, memaafkan dan penyayang. Apabila suami kasar, tentulah kita sedih. Cuma untuk pujuk hati kita, cuba kita faham ya... semua isteri sememangnya impikan suami seperti yang puan inginkan tapi pada masa sama, semua lelaki mungkin lebih kurang serupa saja dengan suami puan."
Sebagai isteri, diri kita adalah kunci untuk mengawal ego suami. Kita mampu melembutkan hati suami dengan tindakan kita. Puan teruslah hormati suami, insya-ALLAH penyakit barannya akan berkurangan."
“Sebenarnya takkan terjadi kita ego sorang-sorang, nampak kita macam orang bodoh, tapi kalau ada yang lawan, kita perlu pertahankan ego kita. Ini bukan bermakna suami tak sayangkan kita, tapi itulah cara mereka sayangkan kita."
“Begitulah juga kita, bila kita kerap bertanya di mana suami kita berada, maknanya kita ambil berat dan sayangkannya. Tapi kebanyakan suami akan rimas apabila isteri asyik bertanya itu dan ini. Cuba puan hormat dan taat kata-katanya, waktu kedua-dua sedang gembira, ajaklah dia temankan puan ke mana pun, insya-ALLAH...”
Selepas lama dijelaskan dan keadaan semakin reda apabila dia lebih memahami, soalan terakhir-nya yang ditanya...
“Sampai bila ya ustaz... saya kena hormat dan ikut apa saja cakap dia semata-mata untuk bagi dia sayangkan saya?”
Jawabnya... SAMPAI BILA-BILA!
Ya... itu adalah di antara banyak pertanyaan yang selalu saya terima. Sebenarnya, ini adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga. Malah, kalau difikirkan... sejak kita berkawan, bercinta atau bertunang, pasti akan ada nada sakit hati terhadap tindakan pasangan kita yang kurang difahami.
Bagi isteri, tindakan suami selalunya kasar, tidak mengambil kira perasaan dan hati isteri, tidak memahami, kejam, kedekut ataupun cepat naik angin. Sebaliknya pula, lelaki kecewa dengan sikap isteri yang dirasakan tidak menghormatinya.
Bagi suami dalam kes ini, mungkin semua tindakan yang dibuatnya itu ada asas dan sebab-sebab tertentu, malah barangkali disebabkan terlalu menyayangi isterinya. Misalnya, tidak bercuti ke mana-mana barangkali untuk penjimatan kewangan dan urusan perbelanjaan keluarga yang lebih penting.
Teguran tegas sehingga terpaksa meninggikan suara barangkali bertujuan untuk menyedarkan si isteri supaya jangan melampau. Malah, ramai suami mengambil tindakan meninggalkan isteri bersendirian di rumah jika berlaku perselisihan semata-mata untuk menyejukkan keadaan dan tidak mahu membiarkan pertelingkahan menjadi lebih komplikated.
Memahami fitrah wanita akan menyebabkan suami berusaha membentuk diri sebagai suami yang penyayang, lemah lembut dan romantik menurut kaca mata isteri. Ramai suami mengatakan sudah mencuba sebaiknya bersikap lemah lembut, tetapi pemahaman lemah lembut pada isteri adalah lebih mendalam.
Sekadar gambar hiasan
Sebagai suami, perlu kita ingatkan diri betapa fitrah wanita itu mendambakan keprihatinan dan belaian kasih sayang. Mungkin bagi kita memenatkan, tetapi itulah namanya pengorbanan yang berkesan. Namun, adakah pengorbanan itu akan dihargai oleh si isteri?
Pada mata kasar, seolah-olahnya bagaikan tidak nampak dihargai pun. Ini kerana bagi isteri, itu bukanlah pengorbanan besar pun... hanyalah keperluan dan tanggungjawab biasa seorang suami mesti laksanakan. Tetapi sebenarnya, jika ditanya kepada isteri yang selalu dikasari, dimarahi ataupun ditinggalkan suami, sikap suami yang prihatin, bertimbang rasa dan romantik amatlah didambakan.
Sebagai contoh, apabila isteri merajuk, apa yang diinginkan hanyalah minta dipujuk. Bagi suami, rajuk isteri adalah seolah-olah tunjuk perasaan atau tanda pemberontakan pada sesuatu keputusan ataupun sikap suami. Tapi bagi si isteri pula, rajukannya adalah untuk menyatakan yang dia sedang terasa dan inginkan belaian kasih sayang daripada suami yang disayangi dengan menggunakan bahasa emosi.
Namun yang sering terjadi, barangkali tidak menepati dengan maksud yang ingin disampaikan oleh isteri. Pujukan yang diharapkan, sebaliknya tengkingan yang diterima. Ini kerana suami biasanya akan terasa hati dengan sikap isteri yang menunjukkan rasa memberontak. Kesannya, timbullah rasa marah suami sehingga terpaksa meninggikan suara.
Kalaulah suami sedar, untuk memulihkan semula sikap antagonis atau melawan yang ditunjukkan isteri tadi sebenarnya hanyalah dengan belaian dan pujukan bagi menggambarkan betapa sayangnya kepada si isteri. Tiada tenaga terbuang, tiada suara disia-siakan dan tiada belanja yang perlu dikeluarkan. Sekadar memohon maaf kerana menyebabkan insan tersayang tersentuh hati, segala-galanya akan selesai dan semua pihak tidak menanggung apa-apa kerugian. Senang bukan?
Bagi kaum isteri dan wanita secara umumnya, harta benda bukanlah segala-galanya. Bagi mereka, lelaki sering tersilap faham mengatakan mereka meterialistik. Tapi bagi kaum lelaki pula, mereka beranggapan bahawa sudah fitrah kaum wanita sukakan harta. Ya benar, harta benda bukanlah segala-galanya tetapi untuk menunjukkan tanda kasih sayang kita perlukan juga harta material. Ini bermakna harta yang diberikan sebenarnya lebih bermakna apabila disertai dengan emosi dan kasih sayang.
Kebahagiaan bagi seorang isteri adalah apabila suami memahami citarasa, perasaan malah apa sahaja yang terdetik dalam hati. Alangkah indah jika suami mengerti apa yang tersirat dalam gerak-geri si isteri tanpa perlu diberitahu, apatah lagi diulang berkali-kali. Jika suami mengerti secara mendalam apa jua perasaan yang terbuku di dalam hati seorang isteri, itulah antara nikmat kebahagiaan dalam ikatan suami isteri.
Seorang isteri yang sedang bersedih akan menunjukkan gaya emosi memberontak untuk memberitahu kesan luka hatinya, lalu disedari oleh suami lantas memujuknya dengan lemah lembut. Apabila terluka, merajuk, gayanya melawan... tapi dalam masa sama mengharapkan agar suaminya tidak terluka dengan rajuknya itu. Inilah erti romantik bagi wanita. Suami pula janganlah terluka dengan tindakan ala memberontak tadi kerana jika tidak, silap faham tersebut tidak akan berkesudahan dan kekal berterusan.
Inilah yang disebut dalam riwayat sejarah tentang Sayidina Ali dan Siti Fatimah. Dikatakan Siti Fatimah tidak perlu memberikan jawapan tidak bersetuju, sebaliknya semua keputusan mahupun cadangan Sayidina Ali dipersetujui lantaran suaminya itu amat arif memahami maksud persetujuannya. Adakala Siti Fatimah bersetuju tetapi kemudian Sayidina Ali membatalkan keputusannya.
Pernah suatu ketika selepas Sayidina Ali membatalkan satu keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan Siti Fatimah, beliau bertanya... bagaimana perasaan Siti Fatimah dengan keputusan­nya itu? Lalu Siti Fatimah mengatakan bahawa ketika Sayidina Ali membuat keputusan awal, dia berasa gembira dan bahagia. Tetapi selepas suaminya itu mengubah keputusan, Siti Fatimah mengatakan yang dia lagi gembira dan lebih bahagia.
Ingatlah wahai suami! Wanita memiliki tahap emosi yang halus berbanding lelaki. Menjadi Siti Fatimah memungkinkan kita secara tidak langsung menjadikan suami kita mudah berubah seperti Sayidina Ali dan begitulah juga sebaliknya. Suami perlulah berusaha menjadi paling romantik dan bertimbang rasa agar isteri juga mudah berubah menjadi Siti Fatimah yang sentiasa taatkan suami. Seorang isteri akan mudah menuruti segala keputusan suami, malah akan menggantungkan segala harapan dan keputusan hidup di tangan suami yang dipercayai dapat melindunginya dengan penuh kasih sayang.
Sebagai renungan bersama, dititipkan beberapa sifat romantis Sayidina Ali untuk difikirkan dalam kehidupan keluarga kita. Antara sifat Sayidina Ali, sebagai seorang suami yang memenuhi keperluan fitrah kewanitaan Siti Fatimah ialah:
  • Mendengar kata-kata Siti Fatimah dengan emosi
  • Cuba memahami emosi yang tersirat di sebalik kata-kata isteri
  • Bersifat perkasa di medan perang tetapi amat lemah lembut sikap dan tutur kata di rumah
  • Hikmah dengan ilmu sehingga digelar pintu gedung ilmu oleh Rasulullah s.a.w
  • Memberi ruang terbuka dalam hubungan antara Siti Fatimah dan bapanya, Rasulullah s.a.w
Sekadar gambar hiasan
 Wahai suami, setiap isteri sememangnya men­dambakan lelaki yang romantik. Berusahalah untuk berbicara dengan lembut dan nasihatlah dengan sebaiknya. Buatlah keputusan rumah tangga sebijaknya dan jagalah akhlak seorang suami terhadap isteri sepanjang masa, apatah lagi ketika berhadapan dengan sebarang konflik rumah tangga. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ha... bermanfaat sungguh artikel ini.. gigih saya baca pagi2 tadi lepas sahur hehe... semoga bermanfaat untuk semua.. ^_^

Wassalam...



 Thanx for reading this entry! ^_^



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...