Hai, apa khabar semua? Dah jarang2 saya dapat nak update pape kt blog lately.. Masih lagi menyesuaikan diri menjadi seorang ibu kepada seorang baby boy yang sangat aktif hehe..
So kali ni saya nak share and cite pengalaman saya buat ujian saringan Pap Smear. Sebenarnye semalam (Rabu 21 Mei 2014) ada Seminar Kesihatan buat kat Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid kat opis saya ni.. Sambil2 dengo ceramah, ade gak dorang buat pemeriksaan kesihatan, ujian saringan pap smear, mamogram, derma darah and check gigi...
Memule opismet saya, Kak CT pegi register utk buat pap smear. To be honest, saya memang takut sangat2 nak buat pap smear, macam sakit je.. Sbb tu saya tak pernah buat pap smear sebelum ni walaupun dah 3 tahun kawen.. hehe.. Dah la masukkan alat kat bawah, pastu korek2 nak amik sampel.. Denga je dah meremang bulu tengkuk saya huhu.. Maybe saya masih fobia bersalin induce ritu hahaha
Saya saje2 la jengah Kak CT ngh isi borang, pastu nurse terus hulur borang kat saya gak, mintak IC saya bagai, dia suruh buat gak.. Saya cakap la, "errr.. taknak la, sakit.."
Nurse tu jawab, "eh, tak sakit la, puan try la, memang tak sakit." Sambil2 tu aku kuarkan jugak IC, yela pap smear ni sebenarnye penting jugak utk kesan samada kita ada kanser serviks ke idok kan.. dah namenye pempuan, penting ooooo
Masa nurse sibuk isi particulars saya kt form tu, saya dah seram sejuk sampai rase nak terkucil pun ado.. Nurse tu cakap, "takpe, kat bilik pemeriksaan tu ada toilet, nnt puan pegi la masuk toilet dulu"
hahaha parah btol saya ni... seram siot... nurse tu siap hantar saya pegi kat bilik pemeriksaan tu and pass form sy kt nurse yang akan jalankan ujian pap smear ni.. eh lupe nak kabo, dorang check payudara skali utk ajar kita cane nak check seniri nnt.. yela, kanser payudara pun bukan leh buat main2, kene tau cane nak cek sendiri and kesan lebih awal.. :)
So lepas gi toilet, sy pun menyerah diri kat nurse utk diperiksa.. Biasa la nurse suruh longgarkan cangkuk bra and suruh tanggalkan ape yg patut utk pap smear. Memule ajar cane nak buat pemeriksaan sendiri payudara.
Lepas tu, nurse suruh angkat kaki mcm nak bersalin and ready utk pap smear. Nurse pesan suruh relax je supaya muscle2 kat bawah tu relax jugak. Tarik napas dalam2 and tahan n lepas pelan2 mcm cek bukaan mase nak bersalin tu nurse cakap haha..
Alhamdulillah la, tak sakit pun mase nurse tu masukkan spekulum and masa nurse amik sample. Tau2 dah setel hehe.. Terima kasih la nurse utk pengalaman yg tak menyeramkan ni.. Baru la berani sket nak buat pap smear lagi next year. FYI, utk permulaan, pap smear ni kene buat every year utk 2 taun, if xde prob lepas tu akan selang setaun-dua camtu kot, lupe suda, bole? :p
Camni la caranya dorang amik sampel..
Ha, ni la spekulum a.k.a. muncung itik. ahaks~
So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...
Apakah itu ujian Pap Smear?
- merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
- Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
- Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
- Tidak menyakitkan.
- Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
- Tanggalkan seluar dalam.
- Berbaring di atas katil.
- Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
- Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
- Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
- Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
- Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
- Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
- Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
- Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
- Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
- Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
- Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
- Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
- Di semua klinik dan hospital kerajaan
- Di klinik/hospital swasta
- Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
- Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
- Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
- Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
- Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
- Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
- Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
- Rawatan susulan
- Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
- Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
- Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
- Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
- Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
- Kurang menyakitkan.
- Sesetengah orang merasa tidak selesa.
- Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
- Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
- Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
So, nasihat saya pada sesape yang berkenaan yang belum buat pap smear, sila la buat. In sha Allah tak sakit. Just relax ur muscle and urself, take a deep breath, setel! hehe