About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Wednesday, January 5, 2011

RESEPI : Peppery Butter Squid

Salam ols... selamat tahun baru...

entry kali ni nk up resepi lak atas idea seorang rakan (eda)... resepi ni diambil dari MyResepi...

nampak sedap, tp sayer tak penah try lagi ler...eda dah try, sedap katenye..uhuk..bile la sayer nk terai ni yek? pe pun bg yg nk mencuba, bole
la cuba yek...



Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Bahan A:-
  • 500 g sotong sederhana besar
  • 1/4 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah

  • Bahan B:-
  • 3 camca besar tepung gandum
  • 3 camca besar tepung beras
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah

  • Bahan2 lain:-
  • 2 camca besar mentega (gunakan butter yg bermutu) –gold churn @ SCS
  • 1 camca teh minyak masak
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 batang leek, dihiris halus
  • 1 camca teh gula
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk kasar
  • Hirisan daun bawang dan belahan limau kasturi utk hiasan
  • 1 biji telur gred B, atau gunakan 1/3 bahagian telur gred A.

Cara-cara
  1. Bersihkan sotong, asingkan kepala dan badan. Buang mulut sotong dan mata. Potong badan sotong besar2. Cuci kedua2nya dan toskan. Kemudian gaul kan dgn bahan A dan perap 10 minit.
  2. Gaul semua bahan B dalam satu bekas hingga sebati. Ketepikan. Pecah kan telur dan pukul sedikit dgn garfu, tuang ke dalam sotong dan gaul hingga rata. Kemudian salut setiap bahagian potongan sotong tadi dgn bancuhan bahan B. Ketepikan.
  1. Panaskan minyak dalam kuali utk goreng terendam (lebih kurang 1 liter). Bila minyak panas, goreng sotong tadi sedikit demi sedikit (500 g sotong buat 4 kali goreng) hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  1. Keluarkan minyak dalam kuali. Masukkan mentega dan 1 camca teh minyak. Bila mentega cair, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan hirisan leek, gula, garam dan lada hitam yg ditumbuk kasar. Gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul hingga mesra. Biar 1 - 2 minit dan boleh diangkat. Hias dgn hirisan daun bawang dan limau kasturi sebelum dihidang
ha...gitu... selamat mencuba ye~!! ♥

3 comments:

  1. resepi aper tu.... bagi laa gambar... aper rupa dier... menarik ker..

    ReplyDelete
  2. gambo tadek sbb aku lum cube...kalu nk tengok gambo, klik link MyResepi yg aku tag kt atas tu.. :D

    ReplyDelete
  3. cikos : aku dah edit tu...ade gambau lagik.. :D

    ReplyDelete

Viva Bergolek²

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...