About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Wednesday, August 18, 2010

Avatar : The Last Airbender

Salam ols~

Erm...lame gak tak update yek...

So baru² ni gi la tengok citer Avatar : The Last Airbender kt JJ Balakong...seperti biase, gi tengok sorang² daa... (hati mau kering meh) ♥

So ni sinopsisnye lebih kurang..

Bermula di South Pole, tempat diamnya puak South Pole Waterbender, Katara & Soka (dorg ni adik beradik) telah terjumpa dengan Avatar (Aang) yang telah menghilangkan diri beribu tahun lampau. 


Avatar ni tugas dia ialah mengekalkan keseimbangan antara dunia manusia dan dunia roh, kerana hanya Avatar yg mampu dan merupakan penghubung antara alam roh dan alam manusia...

Tapi beribu tahun lampau, ketika Aang diberitahu oleh sifu dia yg dia ni the next Avatar, dia terkujat dan terus melarikan diri ngn Appa (binatang telinga besar, badan besar, mampu terbang). 


And menurut Aang, mase tu ribut and dia cuba selamatkan diri dia dengan membuat sebuah sfera (dia duk dlm sfera tu selama seribu taun okes).

Kemunculan semula Aang telah dinampak dek Prince Zuko dari Fire Country. Dia ni dah dibuang dek bapak dia, and dia nekad nk tangkap Avatar tu baru leh kembali ke Fire Country. 


So Prince Zuko and pakcik dia, (Jeneral ape, lupe lak name dia!) pon pegi ke arah mane dtgnye cahaya yg menunjukkan kehadiran Avatar.

Si Aang ni pulak dibawak oleh Katara dan Soka ke perkampungan dorg. Menurut Katara, dia lah satu² waterbender yang tinggal dlm puak tu selepas mak dia kene bunuh dulu.
 

Dipendekkan cite, Prince Zuko pon smp kt perkampungan tu ngn kapal besi dia. Dia geledah setiap igloo (puak ni duk lam igloo ha) yg ada, and last² jumpa si Aang. 

Si Aang pun ditangkap dan dibawak naik ke kapal. Masa kt atas kapal, Prince Zuko dan pakcik dia nk confirmkan yg Aang tu Avatar, so dorg kasi test and Aang lulus test tu dan mengconfirmkan yg dia tu Avatar. 

So dorang nk jadikan Aang ni tawanan, and Aang pun berusaha le melarikan diri.

Si Katara dan Soka lak dalam perjalanan menyelamatkan Aang, dorang naik si Appa. Dari jauh Aang dah nmpk Appa kt langit, so dia pun sebagai Airbender menggunakan skill dia utk terbang ke arah Appa. Wooshh..selamat...

So dipendekkan cerita, kendiannye Aang ni pun meneruskan misi nak belajar master elemen² lain sbb dia tau airbending aje. Seorang Avatar kene tau kesemua elemen. Si Katara dan Soka pun ikut same, utk menjaga si Aang.

Dipendekkan lagi citer, smp ke kemuncak, dorg ke kawasan puak North Pole Waterbender untuk si Aang ni master waterbending. Si Katara pun same sbb waterbending dia masih lemah. 


So tak lame lepas dorg ada kt situ, dtg tentera² Fire Country nk serang kota tu. Berlakulah sesi lawan melawan antara waterbenders kota tu ngn tentera² Fire. 

Sudahnya, Aang gunakan kemahiran baru dia (dia dah master waterbending time ni) utk buat laut tu naik setinggi tembok kota tu and menakutkan semua tentera Fire tu. Tentera² tu pun blah menyelamatkan diri, maka menang la waterbenders. 

Penduduk² kota tu semua nampak ape yg Aang buat dan semua sujud pada Aang dan meminta dia menjadi Avatar mereka. (mengikut adat, manusia akan sujud pd Avatar utk meminta Avatar menjadi Avatar mereka, dan Avatar perlu menerimanya).

Maka Aang pun merasakan dirinya telah bersedia menjadi Avatar dan menerima permintaan mereka.

Sekian, tamat cerita.

fuhh.. puas gak la tengok..cuma tu baru Book 1 : Water. Nanti akan ada sekuel² cite ni sbb ada lagi 3 book lak... ade Air (Udara) / Earth (Bumi/Tanah) & Fire (Api) lagi nnt...tak sabar nk tunggu..sbb aku mmg minat cite nih dari kartun dulu... so overall aku kasi 4 bintang (daripada 5) untuk mubie nih...

Tangan dah lenguh, jemari dah penat menaip... sambung di lain rancangan ya... sekian.. ♥

0 viva bergolek²:

Post a Comment

Viva Bergolek²

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...