Penggunaan MasyaAllah & lain-lain.
Bismillah.
Saya merasa terpanggil untuk menulis entri kali ini yang berkisar tentang kebiasaan kita seharian tentang zikir.
Pertamanya,saya ingin mengucapkan syabas & tahniah pada individu-individu tertentu yang berusaha untuk sentiasa mengingati Allah dalam apa jua situasi,tetapi perlu di ingat juga
terdapat cara yang betul dalam mengaplikasikannya.
Dalam aktiviti seharian kita,selalu kita berjumpa dengan pelbagai situasi samada buruk,gembira,sedih dan juga marah.Akan tetapi,di dapati terdapat segelintir dalam masyarakat kita(Melayu Islam) yang mungkin terkeliru dan kurangnya pengetahuan dalam penggunaan zikir tersebut.
Contoh di sini adalah apabila kita berhadapan dengan maksiat,selalu kita dengar orang menyebut "MasyaAllah,SubhanAllah".Tahukah anda maksud keduanya?
MasyaAllah = Allah yang Maha Agung.
SubhanAllah = Allah yang Maha Suci.
SubhanAllah = Allah yang Maha Suci.
Jadi untuk perhatian bersama,adakah wajar untuk kita memuji Tuhan kita tatkala kita melihat maksiat atau perkara yang di benci?
Sudah tentu sekali tidak!
Kita sepatutnya menggunakan MasyaAllah dan SubhanAllah dalam situasi kita melihat keindahan alam,melihat kecantikan sesuatu dan lain-lain perkara yang indah.
Juga dimaklumkan apabila kita berhadapan situasi yang negatif,tidak elok dan jugak perkara maksiat kita seharusnya menyebut Astaghfirullah(mohon keampunan dari Tuhan) ataupun
Innalillah (kepada Allah kita kembali).
Oleh itu,bersama-samalah kita saling mengingati antara kita dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran.
kebiasaannya kite dengar mereka akan menyebut perkataan ini separuh sahaja, iaitu LA ILAH.. ketahuilah, LA ILAH membawa maksud TIADA TUHAN...jadi, harap dapat diperbetulkan.. sebutlah sepenuhnya...LA ILAHA ILLALLAH yang membawa maksud Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah...
ha...tu dia...sama²lah kite share info...supaya takde rakan² kite yg tersalah penggunaan perkataan² di atas..
0 viva bergolek²:
Post a Comment
Viva Bergolek²