About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Wednesday, January 5, 2011

Jokes : Kisah Suami Isteri

Salam ols... kali ni nk share jokes yg sayer dapat dari website LawakJenaka.com... mari kita layaannnn~

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina diatas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu.

kesian jugak org yg tak penah jmp cermin ni yek... kekekeke~

0 viva bergolek²:

Post a Comment

Viva Bergolek²

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...