About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, September 30, 2013

TIPS : Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Assalamualaikum!

Hai, apa khabar semua? Alhamdulillah sekarang saya dah masuk 32/33 weeks dah.. Kenapa 32/33? Sebab saya kira pakai dua2 kiraan dari scan dengan klinik private and kiraan dengan klinik gomen..hehe..

So hari ni pagi2 lagi dah blogwalking and terjumpa la pasal ni... So saya terasa nak share dengan semua, untuk pengetahuan saya sendiri and untuk bakal2 mommies kat luar sana jugak.. Enjoice!

(Saya baca dari SINI... banyak giler tips untuk ibu2 hamil dan yang dah melahirkan jugak.. boleh cekidaut blog beliau ^_^ )




Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Terdapat 2 teknik kurangkan sakit ketika bersalin iaitu tanpa bantuan ubat & mengunakan ubat..
Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh anda gunakan.

TANPA BANTUAN UBAT

1 ) Berkedudukan Tegak

Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.

2) Duduk Ke Hadapan

Duduk berhadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.

3) Melutut Ke Hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan seselesa mungkin.

4) Posisi Merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namum, jangan lengkungkan badan anda.

5) Meniup

Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut huf...huf...huf... seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.



Ha... bagus kan tips2 nih? in sha Allah akan diamalkan bila sampai masa nanti.. Semoga semuanya dipermudahkan, amiin.. (",)

Till then, wassalam.. :)


 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Wednesday, June 22, 2011

TIPS : Petua Menjaga Hati Isteri

Assalamualaikum!

Pagi ni blogwalking and terbaca satu artikel menarik kat blog Anak2 Negeri Sembilan (AANS)..

Saya kopipes yek...

PETUA MENJAGA HATI ISTERI

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.  Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.


6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

=======================================================================

ha...amacam... apa lagi, sila2 lah share kan dengan kawan2 @ suami... sharing is caring! ♥

sekian dulu, wassalam...



Thanx for reading this entry! ^_^

Monday, February 14, 2011

Be A Good PA...

Assalamualaikum ols~

Ha...tengok tajuk pun dah tau... ni sebagai pand
uan untuk rakan2 PA sy di luar sana..yg bukan PA tp rasa2 ada buat keje mcm PA pon bole gak...

pada yg tak paham keje PA pun elok bace gak.. supaya takde la mengata PA ni mcm takde keje je, duk je depan pc... ha..sila buang tanggapan tu okes?

takmo bebel panjang, sy petik dari blog kawan sy, KAK MAS...

kite layan ha...




This is what I hold and look into everyday to motivate and stimulate my spirits. Kinda guidance to help me go through the hard days of working life.

#Step 1

Prepare yourself. Being a personal assistant is mentally, emotionally and physically draining.

You are a receptionist, a secretary, a maid, a travel agent, a calendar, an organizer, an alarm clock, a waitress and a confidant.

An important part of being a personal assistant is simply being prepared for the challenge.


#Step 2

Organize. Nearly every aspect of personal assistant work has to do with organization and scheduling.

You are like a personal secretary robot. Prepare your boss's calendar daily, weekly, monthly and yearly.

Remind he or she of upcoming events. Stay up on VIP dates, such as birthdays, anniversaries, crucial meetings and travel.

Keep track of personal and business, know when to integrate them and when to separate them.


#Step 3

Ask questions. The more you know, the better your performance will be.

If you are getting a ham sandwich for lunch, find out whether Mr. Smith wants mayo, mustard or both.

Asking specific questions will make your job easier and save time later.

It's hard to maintain any dignity when you are scraping unwanted mustard off of ham.

If you have a boss that hates stupid interruptions, ask another co-worker, the former assistant or the spouse.

In the end, if you can't find your answer, go ahead and ask.

It's probably the only time you will have to ask that specific question and your boss's temper will die down very quickly.


#Step 4

Avoid arguments. Personal assistants spend a ton of time in close quarters with their bosses.

You will not agree with everything and if you're outgoing, you will be tempted to speak your mind.

In the moment, it seems like a good idea, but chances are, you'll open up a whole can of worms.

If at all possible, keep your mouth shut and let the moment pass. Not only will you soon cool off and forget about it, but you'll save yourself a lot of stress.


#Step 5

Speak up if something is not right. Although it's a good idea to avoid arguments, it's a bad idea to remain silent on issues such as pay, personal life, harassment and disrespect.

Bosses are humans, too. If you give them the chance, you will almost always be surprised at their response to problems.


#Step 6

Anticipate. No matter what else you do, anticipating the needs of your boss will score you major points and make the job much, much easier.

For example, you know your boss has a busy day. It's about 11:15 am and you know he eats between 11:30 and 11:45.

Sneak in to his office and mention that it's getting close to lunchtime. Would he like for you to pick something up or order something in?

Another example: Your boss leaves for a trip tomorrow and is flying cross-country. Pick up a couple of books for her to read on the plane.

In both of these instances, your boss will be pleasantly surprised that you thought ahead.

Finally, my dear friends:

#Bosses are successful for a reason. This is a hard thing to remember in the heat of an angry moment.

As a personal assistant, you will find yourself sometimes swearing off your boss at the end of the day.

This is normal. But stop and think about it.

How did your boss become successful enough to need you? By mere chance?

It's possible, but the more likely answer is they are hard-working, stubborn, too smart for their own good and occasionally ruthless.



#Mistakes are crucial. Try to learn from them, because personal assistants don't get as many chances as others.

Initial mistakes are good--they are bound to happen and act as excellent learning opportunities. Try not to repeat the same mistake twice.

ha...amacam? berguna kan? sbg peringatan utk diri sy sendiri jugak... all the best gurlz~!!! ^_^

sekian dulu utk kali ni...sehingga ketemu di lain rancangan..wassalam... ^_^ ♥

Thursday, January 13, 2011

Ketahui Jantina Laptop Anda

Salam ols...haa..tajuk dia kelasss kan...kekeke...ekceli sayer terbace pasal ni pon mase duk membace2 blog awek Khairul Fahmi keeper melesia tuh... sayer kongsikan bersame2 tips ketahui jantina laptop anda kt sini, yg sy kopipes dari blog Elia Jejariruncing...

TIPS KETAHUI JANTINA LAPTOP ANDA


1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... try la!

hahahaha...siyes sayer dah terai, tp kt pc opis lor...balik nnt nk terai kt lappy laks..ahaks~ selamat menerai yek... :D

Wednesday, January 5, 2011

TIPS : Memenangi Hati Suami

Salam ols.. kali ni nk share tips memenangi hati suami yg dipetik dari blog Amoi Ida..

Tips memenangi hati suami

Pernahkah anda melalui situasi begini?

1- Suami anda antara dengar tak dengar apa yang anda ceritakan kepada dia...anda terasa seperti bercakap sorang-sorang?

2- Anda berpakaian cantik dan wangi tetapi suami nampak macam takde tindakbalas atau nampak biasa je...tak puji atau menujukkan minat terhadap anda?

3- Anda masak sedap dan special tetapi suami tak kata/komen apa-apa walaupun nasik bertambah? Hmm kalau komen tak sedap adalah!

4- Anda hint suami untuk beli sesuatu tetapi nampak macam suami tak paham atau buat-buat tak paham?

5- Anda mengharapkan suami menelefon anda selalu daripada anda yang selalu menelefonnya?

6- Suami tak pernah atau jaranngg sekali buat kejutan seperti hadiahkan bunga atau kad selain dari hari-hari penting untuk menyatakan perasaan sayangnya kepada anda

7- Suami tak pernah tolong atau meng'offerkan diri untuk mengemas rumah atau sapu sampah atau basuh bilik air tanpa dipinta?

8- Suami tak pernah tetiba nak masak hari tu...?

9- Suami tak pernah tetiba tolong mengurut bahu anda tanpa ada niat lain selain menunjukkan keprihatinannya terhadap isteri yang menguruskan keperluannya dan anak-anak?

10- Mungkin tidak seromantik Rasulullah saw yang meletakkan lututnya dekat unta untuk dinaiki isteri Baginda Safiyyah tetapi pernahkah sesekali suami anda tolong membukakan pintu kereta buat anda?

11- Suami anda jarang sangat nak puji anda kalau takde apa-apa hal atau memanggil manja anda seperti Rasulullah memanggil Aisyah si pipi merah?

12- Suami tak pernah nak tolong handle rumahtangga satu hari dan biarkan anda berehat sepuas-puasnya?

13- Suami anda dah lama tak berkongsi cawan sewaktu minum dan makan sepinggan dengan anda di rumah seperti biasanya Baginda lakukan terhadap isteri Baginda?

14- Suami anda dah lama tak ucapkan kata-kata romantik dalam telefon seperti waktu muda-muda dulu...?

15- Suami anda tak pernah atau jarang ajak anda bersama-sama mendengar tazkirah daripadanya?

16- Suami anda tak pernah atau jarang tadarus al-Quran dengan anda dan anak-anak sekali?

17- Suami anda tak pernah bawak anda pergi shopping complex dan berkata, "Okeh hari nie abang belanja...belilah apa saja yang sayang suka...tetapi biarlah cukup poket abang.."

18- Suami anda marah-marah dan bad mood dari tempat kerja, banyak diam dan tak jawab soalan anda, anda dan anak-anak menjadi mangsa?


Jangan risau atau bersedih!!



Berikut merupakan tips untuk memenangi hati suami anda...

1- Jangan hampakan setiap permintaannya walaupun anda melihat seperti berat sebelah kerana hanya anda yang menunaikan permintaannya selalu tetapi dia sebaliknya

2- Hantarlah pemergiannya ke tempat kerja sampai dia hilang dari pandangan dan sambutlah dia pulang dengan senyuman ikhlas dan dengan wangian dan bersih penampilan, bukan dengan bau bawang atau bau muntah anak...

3- Pastikan rambut anda di rumah sentiasa kemas dan terurus dan sudah pasti, wangi!

4- Urutlah bahu suami atau kakinya tanpa di suruh

5- Temanilah dia melakukan kerja-kerja pejabatnya walaupun hari dah lewat malam. Lebih baik lagi kalau buatkan air tanpa di suruh

6- Jadikan kebiasaan dengan membuatkan dia air setiap pagi dan setiap petang atau malam, jangan tunggu di suruh baru buat.

7- Jangan sesekali tinggikan suara ketika bercakap dengan suami

8- :puteh_9:Jangan tinggikan suara atau marah anak-anak depan suami..biasanya suami tak suka suasana yang bising. Dia perlukan ketenteraman setelah penat dari bekerja

9- Isteri-isteri yang garang dan kuat bercakap kena perlahankan nada suara anda....anggaplah seperti bercakap dengan boss kalau nak bercakap pun

10- Pastikan baju suami sentiasa siap di gosok, tak perlu tunggu dia suruh baru nak gosok...gosok stok baju banyak2 agar dia ada pilihan nak pakai baju bebila saja yang dia suka

11- Hadiahkan suami barang yang paling dia suka dan menjadi impiannya

12- Tolong mandikan suami, bukan sekadar mandikan anak-anak saje. Ingat, suamipun mahukan perhatian anda ya. Sudah tentu jika berpeluang tetapi peluang itu perlu direbut

13- Elakkan bertegang urat dengan suami walaupun anda ingin menyatakan kebenaran atau menegurnya...

14- Ringan-ringankan wajah dengan senyuman ikhlas

15- Kalau sesat jalan jangan memandai-mandai sound suami atau kontrol, berhikmah dalam memberi pendapat dan penerangan, walaupun anda dah tau suami silap dan anda dah tau jalan tu...suami tak suka nampakkan kekurangannya

16- Jangan menampakkan anda yang memutuskan sesuatu perkara. Elakkan guna ayat, "Saya nak..." tetapi gunalah "Saya berpendapat...". Hormatilah dia sebagai ketua keluarga.

17- Selalu berdoa kepada Allah agar melembutkan hati suami dan mohon agar rumahtangga anda sentiasa bahagia dan dapat bersama di 'sana' nanti

18- Paling penting elakkan syak wasangka:mThinking: ketika suami ada panggilan telefon atau ketika suami keluar rumah dan pulang lewat. Ingatlah prasangka kita akan membawa kepada kenyataan jika kerap difikirkan

19- Bersikap proaktif dengan menyatakan keinginan anda untuk tadarus al-quran bersama dan solat jemaah bersama

20- Ajak suami main nyorok-nyorok atau apa saja permainan di rumah dengan anak-anak sekali. Jadi budak-budak sekali sekala best apa...

21- Sebelum tidur cium tangan suami dan katakan anda sayang padanya kerana Allah

22- Pastikan suami sentiasa kenyang di rumah dan rajin-rajinlah masak lauk kegemarannya

23- Sesekali peluk suami tanpa ada apa-apa niat disebaliknya

24- Jangan malu untuk melakukan perubahan positif dan proaktif dalam hubungan dan rumahtangga anda, tidak perlu tunggu suami je yang mulakan demi kebahagiaan anda bersama.

25- Layanlah suami anda jika dipinta walaupun anda sangat penat kerana redha suami adalah redha Allah. Bukankah lebih baik dia mendatangi anda daripada wanita lain?

26- Selalu merasa bangga, gembira dan redha mempunyai suami seperti suami anda

27- Selalulah melihat kelebihan suami dari kekurangannya

28- Berilah peluang dan masa kepada suami untuk menyelesaikan masalah tanpa anda terlalu banyak campur tangan. Sesetengah suami rasa tercabar apabila isteri yang lebih mengawal daripadanya

29- Kalau suami balik kerja dan penat hingga tertidur, elakkan dia dari diganggu oleh sebarang gangguan sama ada telefon, anak-anak dan sebagainya. Biarkan dia berehat sepuas-puasnya.

30- Pastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan harum walaupun disepahkan oleh anak-anak, kemas semula...sesungguhnya kerja mengemaskan tidak pernah habis...:mPanas: Pastikan barang-barang kesayangan suami dijaga dengan baik dan simpan barang-barangnya ditempat yang mudah untuk dia ambil sekiranya anda tiada

31- Sebelum tidur berazamlah dalam diri untuk selalu menjadi isteri solehah dambaan suami



Sememangnya usaha itu perlu lebih untuk mendapatkan apa yang kita nak...ingatlah wang boleh dicari tetapi kebahagiaan tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli...biarkan apa saja orang mengatakan tentang kekurangan suami tetapi anda seharusnya sentiasa bangga mempunyai suami sepertinya kerana dialah pelengkap kehidupan anda....semoga berjaya!

panjang giler entry ni kan? tp berbaloi kan? sayer pun byk belajar dan leh apply kan tips² nih nnt..ahaks~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...