About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥
Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Pengalaman : Pap Smear

Assalamualaikum!

Hai, apa khabar semua? Dah jarang2 saya dapat nak update pape kt blog lately.. Masih lagi menyesuaikan diri menjadi seorang ibu kepada seorang baby boy yang sangat aktif hehe..

So kali ni saya nak share and cite pengalaman saya buat ujian saringan Pap Smear.  Sebenarnye semalam (Rabu 21 Mei 2014) ada Seminar Kesihatan buat kat Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid kat opis saya ni.. Sambil2 dengo ceramah, ade gak dorang buat pemeriksaan kesihatan, ujian saringan pap smear, mamogram, derma darah and check gigi...

Memule opismet saya, Kak CT pegi register utk buat pap smear.  To be honest, saya memang takut sangat2 nak buat pap smear, macam sakit je.. Sbb tu saya tak pernah buat pap smear sebelum ni walaupun dah 3 tahun kawen.. hehe.. Dah la masukkan alat kat bawah, pastu korek2 nak amik sampel.. Denga je dah meremang bulu tengkuk saya huhu.. Maybe saya masih fobia bersalin induce ritu hahaha

Saya saje2 la jengah Kak CT ngh isi borang, pastu nurse terus hulur borang kat saya gak, mintak IC saya bagai, dia suruh buat gak.. Saya cakap la, "errr.. taknak la, sakit.."

Nurse tu jawab, "eh, tak sakit la, puan try la, memang tak sakit." Sambil2 tu aku kuarkan jugak IC, yela pap smear ni sebenarnye penting jugak utk kesan samada kita ada kanser serviks ke idok kan.. dah namenye pempuan, penting ooooo

Masa nurse sibuk isi particulars saya kt form tu, saya dah seram sejuk sampai rase nak terkucil pun ado.. Nurse tu cakap, "takpe, kat bilik pemeriksaan tu ada toilet, nnt puan pegi la masuk toilet dulu"

hahaha parah btol saya ni... seram siot... nurse tu siap hantar saya pegi kat bilik pemeriksaan tu and pass form sy kt nurse yang akan jalankan ujian pap smear ni.. eh lupe nak kabo, dorang check payudara skali utk ajar kita cane nak check seniri nnt.. yela, kanser payudara pun bukan leh buat main2, kene tau cane nak cek sendiri and kesan lebih awal.. :)

So lepas gi toilet, sy pun menyerah diri kat nurse utk diperiksa.. Biasa la nurse suruh longgarkan cangkuk bra and suruh tanggalkan ape yg patut utk pap smear.  Memule ajar cane nak buat pemeriksaan sendiri payudara.

Lepas tu, nurse suruh angkat kaki mcm nak bersalin and ready utk pap smear. Nurse pesan suruh relax je supaya muscle2 kat bawah tu relax jugak. Tarik napas dalam2 and tahan n lepas pelan2 mcm cek bukaan mase nak bersalin tu nurse cakap haha..

Alhamdulillah la, tak sakit pun mase nurse tu masukkan spekulum and masa nurse amik sample.  Tau2 dah setel hehe.. Terima kasih la nurse utk pengalaman yg tak menyeramkan ni.. Baru la berani sket nak buat pap smear lagi next year.  FYI, utk permulaan, pap smear ni kene buat every year utk 2 taun, if xde prob lepas tu akan selang setaun-dua camtu kot, lupe suda, bole? :p






Camni la caranya dorang amik sampel..

Ha, ni la spekulum a.k.a. muncung itik. ahaks~


So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...




Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?


  1. Tanggalkan seluar dalam.
  2. Berbaring di atas katil.
  3. Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  4. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  5. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
  6. Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
  • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
  • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
  • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
  • Rawatan susulan
  • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
  • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.


So, nasihat saya pada sesape yang berkenaan yang belum buat pap smear, sila la buat. In sha Allah tak sakit. Just relax ur muscle and urself, take a deep breath, setel! hehe









Thanx for reading this entry! ^_^



 

Friday, November 22, 2013

Pengalaman Bersalin Part Two

Assalamualaikum!

Bertemu kita kembali di part two.. Hehe..

-4 November 2013 (Isnin)-

So daripada kul 7 lebih tu memang dah sakit kuat, doc yg dtg pun kata bukaan masih 2cm, anak pertama biasanya sejam akan bukak 1cm, so maknanya saya kena tunggu hampir 8jam utk full bukaan 10cm.. Saya dengar pun rasa macam nak meraung tapi tanpa suara la, sakit sangat2 dah rasa mcm nak mintak operate aje, saya rela janji saya takyah tunggu lama2..

Tiap kali sakit kuat, saya akan sedut oksigen smp naik lalok rasenye.. Smp sy terlelap oke.. Saya terjaga bila ada nurse dtg tanya ME, saya tido ke? Nurse suruh belikan makanan utk saya, takut takde tenaga nak push nanti.. FYI, saya tak makan dari petang tau, tgh sakit2 tu mane la ade selera nak makan.. Dinner yg dorg hntr masa kat wad pun saya tak jamah..

ME tanya saya, nak makan ape? Saya geleng aje, nak bercakap pun dah tak mampu rasanya sebab menahan sakit yang teramat.. ME tanya nak minum tak? Saya angguk, ME tanya lagi, milo? Saya angguk lagi.. So tinggal la saya sorang2 sementara ME gi beli air.. Rasa macam nak berguling2 je atas katil tu, tapi takleh sbb ade mcm2 wayar. 

Lupe plak nak mention, tak ingat time bile, tapi nurse ade pasang water drip and pasang insulin gak utk kawal gula saya.. Pastu nurse ade bg ubat darah tinggi sbb bp saya naik melonjak, and doc ade cucukkan ubat utk slowkan contraction sbb doc kata contraction saya terlalu kuat.. Lastly saya ingat, nurse cucukkan ubat tahan sakit kat pinggul.. Sampai sekarang kebas tak ilang tau huhu..

So sambung, ME dtg blk bawak milo tin, siap straw.. Saya sedut sekali, dua kali, tiga kali.. Pastu dah. Jadi la utk tenaga sket.. Pastu sambung blk bertarung ngn rasa sakit.. Masa ni doc dah masukkan alat utk dengar jantung baby melalui bawah saya tu, sbb saya mengiring.. Tiap kali contraction, saya genggam besi katil tu kuat2 mcm nak bengkok rasanya besi tu kejekan hehe..

Then, saya mula rasa mcm nak meneran sangat2, saya suruh ME tekan button utk panggil doc, saya ckp saya nak teran, saya tak tahan.. Doc tu kata teran aje, leh bantu bukak jalan.. Dah dengar tu, mmg tiap kali rasa mcm kepala baby menolak kat bawah tu, saya teran kuat2.. Smp menggigil2 badan saya meneran.. Ada la dalam beberapa kali mcm tu, smp finally, saya cakap ngn ME saya rasa mcm nak meneran berak dah.. Terus nurse dtg cek jalan and tgk2 dah bukak full.. Kelam kabut dorg panggil doc and siap2 barang2..

Pastu bermula lah sesi push mengepush.. Saya masa tu memang dah lalok sangat dah sbb terlalu byk sedut oksigen kot, yang saya ingat nurse suruh pegang ankle kuat2 and angkat kepala rapatkan ke dada, pandang perut.. Seriously saya memang dah tak larat nak angkat kepala.. Pastu saya rasa ada org angkatkan kepala and belakang saya, rupe2nye ME yang angkatkan and tolong tolak kepala saya rapat ke dada, saya tinggal push aje.. Memang saya tak terangkat kepala dah..

Dorg suruh push, saya push.. Sy teringat org kata teran masa sakit tu dtg.. Tgh2 push tiba2 sakit tu ilang so sy stop kejap walaupun nurse masih suruh teran.. Dtg je sakit tu blk, saya sambung push.. Nurse suruh push kuat2 smp habis tapi saya rasa mcm tak habis je, so sy curik napas and sambung push smp la baby keluar, rasa ade cecair panas je mengalir kt bawah tu..

Masa saya sibuk push2 tu, ME mmg byk bg kata2 semangat.. "Ok push sayang.. Sikit lagi sayang.. Kuat lagi sayang.. Push lagi sayang.. Sayang boleh buat.." Segala macam la dia dah kata, saya pun dh xingat.. Memang kehadiran ME di sisi saya masa tu sangat2 membantu..

Nurse ada cakap, "utk baby first ni memang kita akan bantu ye puan," terus terasa dia gunting bawah tu..

Lepas baby keluar, dgr baby menangis lembut.. Pastu nurse angkat and tunjuk jantina, siap tanya, baby ape puan? Saya jawab, boy.. Lepas potong tali pusat, nurse suruh saya bukak butang baju and letak baby kat dada saya.. Baby matanya celik, tak nangis dah and mcm memandang terus ke mata saya.. Betul la org kata, masa tu tak rasa sakit ape dah.. Memang xrase sakit langsung, xtau dorg wat ape kt bawah tu huhu.. ME sempat amik gambo baby atas dada saya, fresh from the womb la katakan..

Pastu dorg amik baby utk dibersihkan, pastu saya xsedar ape dah.. Saya tertido rasenye, sedar2 dorg tgh jahit bawah tu, sesekali rasa sakit masa tarik benang tu, saya sedut gas and lalok lagi.. Saya terdengar2 nurse and doc tu becakap2 sket lagi nak kena salur kencing la, takut terpotong la, pastu saya xtau ape..saya tau sakit aje.. Lame gak dorg jahit..

Baby lahir kul 11.30pm, setel jahit dekat2 kul 2.00am.. Dorg tunjuk baby kat sy kejap, pastu trus tolak baby ke NICU utk monitoring sbb sy on insulin kan.. 

Pas setel jahit sume, uri pun dh dibagi kat ME, ME kata dia xikut blk wad, dia blk trus sbb nnt paginye nak trus ke rantau utk cuci n tanam uri.. Sy ok kan jela.. Nurse tukakan baju and kain sy, pakaikan pad pastu suruh sy alih atas katil lain utk tolak masuk wad semula.. Smp wad, alih lg ke katil plak pastu sy trus tido huhu.. Penat sgt rasenye..

Pg dalam kul 5 lebih terjaga, pi toilet utk tuka pad..rase pening hiker mcm nak tumbang tp sy gagahkan diri tuka gak pad.. Pastu sambung tido..

Pagi tu doc dtg cek and sy ckp pening, so doc suh rest kt katil aje and xbagi saya bangun sorg2, kalau nak bangun kena berteman.. Kena la sy tgu ME dtg...

Pastu ada doc lelaki dtg utk cek luka katanya, ade nurse pempuan skali.. Ingatkan cek tu tengok aje, rupenye doc tu jolok bawah tu mcm cek jalan, trus terasa darah menghambur keluar.. Adoi sakitnye.. 

Pastu saya masih ditahan di wad sampai ari rabu, so total sy kt wad selama 4 hari.. Tu jela pengalaman sy.. Yg lain2 tu takyah cite kot hehe..


Saya nak hi hospital ni tgk Nukman, jumpa di lain post ya?


Wassalam..


Thanks for reading this entry!

Pengalaman Bersalin Part One

Assalamualaikum!

Apa khabar semua?  Hari ni hari Jumaat, Nukman masih di wad.. Arini saya and ME tak pergi hospital tengahari, petang baru gi, yela taknak terkejar2 pulak utk solat Jumaat..

So sambil2 duduk nunggu lunch time, saya karang2 la sikit2 pengalaman bersalin saya, dah janji nak post kan, kena la post.. :) saya pun mmg dah tak sabar2 nak share dah story..

So marilah kita mulakan.. Bismillahirrahmanirrahim...


-3 November 2013 (Ahad)-

Kena masuk wad tarikh ni, so pagi tu dalam kul 10am ME hantar kat pintu Dewan Bersalin utk register and tunggu turn masuk wad.. Biasala hosp serdang, wad sentiasa penuh.. Lepas register, tak lama pastu nurse panggil masuk dalam utk cek bp, test urine and pastu kene tuka ke uniform pink wad tuh.. Pastu kene gi baring kat katil no. 2 utk cek jalan..

Punyela nebes sbb org kata sakit and senak kalau doc tu kasor.. Kene tarik napas.. Yg cek jalan saya masa tu, doc pelatih perempuan, mmg la dia siruh tarik napas, tapi skali dia masuk jari tu memang senak oi.. Siap pusing2 jari and korek2 plak, putus2 napas tak sempat nak tarik lagi dah.. Pedih2 la lepas tu.. Lame gak nak ilang pedihnye.. Doc kata belum ada bukaan.. So akan proceed utk masuk ubat esok harinya..

Dpt masuk wad belah petang, berehat jela sambil membayang2kan cane la masuk ubat tu..


-4 November 2013 (Isnin)-

Pagi2 tu dlm kul 6.00am nurse dah kejutkan, kata doc nak masukkan ubat jap lagi.. Nurse suruh gi toilet dulu sbb lepas masuk ubat tak boleh gerak2 selama sejam..

Lepas buang air kecik and tenangkan hati, terus gi kat tempat yang diarahkan.. Tunggu kat luar dulu dengan mommies2 lain yg kene induce gak, sorang, sorang nama dipanggil.. Nebesnye la hai..

Saya 2nd last, nurse oanggil nama, saya pun masuk.. Disuruh baring atas katil, doc cek bukaan dulu, ada bukaan 1cm.. So doc proceed masuk ubat.. Perit oo 2 kali doc seluk.. Ades.. Dah masuk ubat, kul 6.30am masa tu, terus balik ke katil and sambung tido.. Yelaa, dah kene duk diam2 takleh gerak2 kan hehe..

Dalam kul 8 lebih terjaga dari tido, ada rasa contraction sikit2.. Duk kira gak la masa, nak tgk contraction bape minit lamenye..

Pastu menjelang tengahari, doc cek bukaan lagi, 2cm je katanya, so doc anggap ubat kali pertama ni tak berjaya, doc kata esok akan masuk ubat utk kali kedua..

Menjelang petang, contraction makin kuat, saya kira dah macam setiap 3 minit contraction tu, saya mmg dah tak tahan rasanya.. ME pun dah dtg bawakkan air selusuh, sbb mak pesan dah sakit baru minum, tak sakit jgn minum..

Bila dah makin sakit, saya pun suruh ME panggilkan doc or nurse, and saya cakap la contraction every 3 minutes and getting stronger.. Doc cek bukaan masih 2cm, then dorg pasang CTG machine utk monitor jantung baby.. 

Bila makin sakit, saya rekues nak mengiring, sbb bila terlentang terlampau la sakitnya rasa pinggang mcm nak pecah tiap kali contraction.. Tapi nurse xbagi, sbb bila mengiring, mesin tak dapat nak detect jantung baby..

Dengan rasa nak terbuang air besar tak lepas, dengan contraction kagi, saya siruh ME panggil nurse lagi.. Saya cakap la saya nak buang air besar tapi takmo keluar, boleh tak bagi ubat berak? Nurse kata dia kene tny doc dulu..

Tak lama pastu nurse dtg masukkan ubat berak, cepat betul kesannya, trus rasa nak terbuang air besar, saya tunggu contraction stop je, trus buang.. Lega hati bila bahan buangan dah keluar.. Hehe..

Pastu contraction makin kuat smp saya genggam2 besi katil and tgn ME, tak tahan rasanya, nurse dtg cek mesin oastu doc plak, and dorg kata bacaan CTG tak cantik, bacaan jantung baby tak cantik so dorg akan tolak saya ke labour room trus..

Masa tu dah kul 7pm lebih, dorg trus hantar saya ke labour room.. Naik wheelchair je masa tu, smp kt labour room, nurse suruh saya naik atas katil, bukak kain, nurse tutupkan dengan kain lain je masa saya baring tu.. Pastu pasang CTG machine and bg saya pegang topeng oksigen tu, nurse kata kalau sakit sangat sedut jela gas tu..

Eh, macam panjang sangat plak dah kan? Sambung part 2 yek.. Nak mamam jap.. Sambung pasnih yek..


Till then, wassalam!



Thanks for reading this entry!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...