About Me
- MySaRaH
- I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)
Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni
Wednesday, August 10, 2016
Tuesday, June 7, 2016
Life update (Okt 2015 - June 2016)
Hai, apa khabar semua? Tiba2 tergerak pulak hati nak jenguk blog yang dah berbulan2 ditinggalkan sepi tanpa new entry..
Entahla ya, sejak arwah ayah pergi meninggalkan kami, hati ni takde pulak tergerak nak menulis apa2 kat blog.. 28 April lalu genap setahun arwah ayah pergi..
Dengan kelahiran baby baru, makin sibuk le saya tak nyempat nak update tru phone pun huhu.. tu baru 2 orang.. Sy mmg salute la blogger moms yang masih sempat berblogging dengan anak2 keliling pinggang.. salute yo!
Kali ni takde topik spesifik, just kind of life update, maybe? *ihiks*
So, jenguk2 tadi, last entry, pasal sy admitted ke PPUKM last October kan..
Sy admitted on 16 Oct 2015 (Friday), induced on 19 Oct (Monday) and alhamdulillah bersalin normal on 20 Oct (Tuesday). Baby girl seberat 3.65kg haha.. lawaknye pasal berat baby ni, last checkup scan baby berat 2.8kg..so estimate lahir dlm 3.2kg la camtu mcm abg dia dulu..
Bila dah teradmit awal, n sbb BP pun tinggi takmo turun2, doc decide nak induce sy on 37weeks (19 Okt tu).. lahir2 tgk baby 3.65kg... doc pun cakap, "nasib baik sy paksa puan bersalin 37w kan.. kalau tunggu 38w (patutnya sy admit n induce 38w sbb GDM huhu), silap2 smp 4kg baby puan!" katanya.. haha lawak plak doc ni..
Tapi, baby kua mmg petak betul muka dia uols.. pipi mcm pau yg besar tu.. smp misi2 sume pun duk cubit2.. tp skrg baby dah 7mo, pipi da tak tembam mcm dulu..tp tetap pipi labuh haha..
Baby girl diberi nama, Naura Hannah.. yang bermaksud, bunga yang penyayang / bunga yg penuh kasih sayang.. gitu..
Sekarang ni dah bulan Jun 2016, 20hb nanti masuk 8 bulan dah Naura.. mengah weh layan 2 beradik ni pose2 ni.. bersilat sy sorang2 sbb ME balik dekat2 nak berbuka.. kompeni dia takde kasi balik awal *sob sob*
Erm.. tu je kot takat ni.. rehat da nak abis hehe.. sambung di lain entry.. harapnye dalam taun ni jugak le.. huhu
Thanx for reading this entry! ^_^
Saturday, October 17, 2015
Admitted to PPUKM
Thursday, May 28, 2015
Al-Fatihah
Apa khabar semuanya? Emm dah lama tak bukak blog, baru hari ni tergerak nak membelek2 sambil blogwalking.. baca2 balik post2 lama, terjumpa post pasal arwah ayah buat angiogram kat IJN Januari lepas..
Untuk pengetahuan semua, arwah ayah saya telah kembali ke rahmatullah pada 26 April 2015 lepas. 26 Mei lalu genaplah sebulan arwah ayah pergi meninggalkan kami..
To be honest, I'm not that close dengan arwah ayah, tapi masa kecik2 dulu memang close la sebab saya anak bongsu, mana2 parents pegi mesti bawak saya. Dolu2 naik motor aje, mane ade kereta.. =)
Tapi, yalah kan, mak ayah kandung kita jugak. Apa pun yang terjadi, tetap terkesan dalam hati. Kalau demam pun kita dah rasa tak senang hati. Apatah lagi bila pergi tak kembali lagi. Ambil masa jugak la nak stabilkan emosi..
Sedar tak sedar, dah sebulan masa berlalu. Masih terkesan dalam hati ni dan terbayang2 saat2 terakhir arwah ayah sebelum menghembuskan nafas terakhir depan mata sendiri. Kalau anak2 rasa begini, macam mana pulak la perasaan mak saya, isteri ayah sendiri kan.. Hmm..
Apa pun, alhamdulillah sebab di saat2 terakhir ni, kami adik beradik memang kerap balik jenguk mak ayah.. jadi saya takde la rasa terkilan sangat. Sedih, memang sedih, sape yang tak sedih kan..
Sekarang ni, tinggal jaga mak. Semoga mak terus sihat.
Al-Fatihah buat arwah ayah.
Wassalam.
Thanx for reading this entry! ^_^
Wednesday, February 18, 2015
Grateful
Hi, how are you guys? I spent some time reading through my old posts and somehow I feel like writing something today.. just something random that came through my mind this morning..
Since it's Wednesday, and I really missed English day (Wednesday is English day during my school time), I'll try to use as much English as I can in this post (of course I'll use some BM since I like rojaking my post haha.. is rojaking even a word..pfffttt)
My lovely Nukman is 1 year plus now, and I just realized how time flies. It feels like I just gave birth to Nukman yesterday, and now he's walking on his own. Now I understand why most parents doesn't want their child to grow up too fast. They're adorable when they're babies, not that they're not adorable when they're bigger. LOL.
And when I think of Nukman, I think about my understanding, caring, dependable husband too. ME has been very helpful in taking care of our son together. During weekdays, I'll pick Nukman up from the babysitter's house and take care of him until midnight. Then, from midnight till the morning, ME will take over and I got to get some sleep. Not many husbands are willing to help their wives during the night shift, and I am so grateful that ME's helping without complaints.
Now that Nukman dah besar sikit and waktu tidur dia lebih kurang macam kita, and he woke up only once or twice during the night for his milk, selainnya memang tidur jela. Lega sikit ME kan. Actually, I do feel sorry for ME coz he went home at 10.00 pm and I know he's tired but yet he still took care of the night shift *smiles*
That's why people, be grateful with what you have now and don't just complaint. Apa yang penting? KERJASAMA! eheks~
Thanx for reading this entry! ^_^
Friday, January 16, 2015
IJN oh IJN
Assalamualaikum!
Apa khabar semua? My very 1st post in 2015.. Whew~
Tak tau nak mula cemana, tapi sekarang ni saya kat IJN, tengah menunggu waktu melawat sesi petang pulak. FYI, ayah saya check in Rabu baru ni, sebab semalam (Khamis) kene buat angiogram.
Semalam BP ayah saya turun naik, kalau tinggi sangat pun takleh nak buat angio...kot? Alhamdulillah lepas tido petang semalam, BP turun sket.. Malam tu buat angio..
Hasil angio, doc dapati ada 3 urat jantung ayah yang dah tak berfungsi. That's why ada sebahagian dinding jantung membengkak.. Kata doc la.. So doc kata, kene buat bypass.. "Kita buat highway baru" katanya.. Hiks~
3 hari la jadi pengunjung setia.. Dapat la kenal jiran2 katil sebelah ayah.. Ada yang dari Muar, dari Melaka, dari Kuala Pilah.. Dalam lif lak jumpa org dari Teluk Intan.. Meriah huhu
La ni tengah menunggu kat lobi.. Mak kata, doc kata ayah dah boleh balik hari ni, tapi duk menunggu doc pakar utk jumpa and bitau bila kene buat bypass tu. Doc pakar tu lak tgh ada operation.. Tah bila la ayah boleh discharge ni..
Okla, nak share tu je dulu.. Till next time, in sha Allah..
Wassalam..
Thanks for reading this entry!
Wednesday, December 31, 2014
Throwback : Nukman's 1st Birthday
Tuesday, August 26, 2014
Mari Sejukkan Badan!
Jamuan Raya Opis
Raya 2014 : Raya 3
Raya 2014 : Raya 1
Sunday, June 1, 2014
Swim Nukman Swim!
Thursday, May 22, 2014
Pengalaman : Pap Smear
Hai, apa khabar semua? Dah jarang2 saya dapat nak update pape kt blog lately.. Masih lagi menyesuaikan diri menjadi seorang ibu kepada seorang baby boy yang sangat aktif hehe..
So kali ni saya nak share and cite pengalaman saya buat ujian saringan Pap Smear. Sebenarnye semalam (Rabu 21 Mei 2014) ada Seminar Kesihatan buat kat Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid kat opis saya ni.. Sambil2 dengo ceramah, ade gak dorang buat pemeriksaan kesihatan, ujian saringan pap smear, mamogram, derma darah and check gigi...
Memule opismet saya, Kak CT pegi register utk buat pap smear. To be honest, saya memang takut sangat2 nak buat pap smear, macam sakit je.. Sbb tu saya tak pernah buat pap smear sebelum ni walaupun dah 3 tahun kawen.. hehe.. Dah la masukkan alat kat bawah, pastu korek2 nak amik sampel.. Denga je dah meremang bulu tengkuk saya huhu.. Maybe saya masih fobia bersalin induce ritu hahaha
Saya saje2 la jengah Kak CT ngh isi borang, pastu nurse terus hulur borang kat saya gak, mintak IC saya bagai, dia suruh buat gak.. Saya cakap la, "errr.. taknak la, sakit.."
Nurse tu jawab, "eh, tak sakit la, puan try la, memang tak sakit." Sambil2 tu aku kuarkan jugak IC, yela pap smear ni sebenarnye penting jugak utk kesan samada kita ada kanser serviks ke idok kan.. dah namenye pempuan, penting ooooo
Masa nurse sibuk isi particulars saya kt form tu, saya dah seram sejuk sampai rase nak terkucil pun ado.. Nurse tu cakap, "takpe, kat bilik pemeriksaan tu ada toilet, nnt puan pegi la masuk toilet dulu"
hahaha parah btol saya ni... seram siot... nurse tu siap hantar saya pegi kat bilik pemeriksaan tu and pass form sy kt nurse yang akan jalankan ujian pap smear ni.. eh lupe nak kabo, dorang check payudara skali utk ajar kita cane nak check seniri nnt.. yela, kanser payudara pun bukan leh buat main2, kene tau cane nak cek sendiri and kesan lebih awal.. :)
So lepas gi toilet, sy pun menyerah diri kat nurse utk diperiksa.. Biasa la nurse suruh longgarkan cangkuk bra and suruh tanggalkan ape yg patut utk pap smear. Memule ajar cane nak buat pemeriksaan sendiri payudara.
Lepas tu, nurse suruh angkat kaki mcm nak bersalin and ready utk pap smear. Nurse pesan suruh relax je supaya muscle2 kat bawah tu relax jugak. Tarik napas dalam2 and tahan n lepas pelan2 mcm cek bukaan mase nak bersalin tu nurse cakap haha..
Alhamdulillah la, tak sakit pun mase nurse tu masukkan spekulum and masa nurse amik sample. Tau2 dah setel hehe.. Terima kasih la nurse utk pengalaman yg tak menyeramkan ni.. Baru la berani sket nak buat pap smear lagi next year. FYI, utk permulaan, pap smear ni kene buat every year utk 2 taun, if xde prob lepas tu akan selang setaun-dua camtu kot, lupe suda, bole? :p
So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...
Apakah itu ujian Pap Smear?
- merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
- Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
- Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
- Tidak menyakitkan.
- Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
- Tanggalkan seluar dalam.
- Berbaring di atas katil.
- Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
- Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
- Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
- Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
- Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
- Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
- Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
- Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
- Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
- Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
- Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
- Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
- Di semua klinik dan hospital kerajaan
- Di klinik/hospital swasta
- Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
- Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
- Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
- Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
- Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
- Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
- Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
- Rawatan susulan
- Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
- Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
- Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
- Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
- Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
- Kurang menyakitkan.
- Sesetengah orang merasa tidak selesa.
- Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
- Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
- Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
So, nasihat saya pada sesape yang berkenaan yang belum buat pap smear, sila la buat. In sha Allah tak sakit. Just relax ur muscle and urself, take a deep breath, setel! hehe
Wednesday, May 7, 2014
Tuesday, February 18, 2014
Air oh air~
Apa khabar semua? So, takmo intro pepanjang eh.. terus saja kita lompat ke tajuk utama hari ini.. lompat sekarang, lompat! *lompat*
Ha, buat yang tak tau, sekarang ni Balakong and many other kawasan tengah takde ayor. Dah seminggu lebih kot. Tenat sungguh weh...
Me and ME are so lucky that our parents live not that far away from us, so we can go 'mengadu nasib', 'menumpang kasih' kat rumah parents. Ahaks~
Bukan ape, bila takde air, dengan ade anak kecik, amatlah payah oke.. Sebelum ni saya tak pernah lagi alami kes takde air sampai seminggu lebih.. Paling lame pun 2 hari je kot huhu..
Since my parents dah stay with me, after having some sort of discussion, ME and I decided to send my parents back to Rantau, lagipun my parents dah nak pegi Cameron Highlands this week. I sent them home last Wednesday, the day our bekalan air totally finished LOL.
Hari Khamis after work last week, balik rumah tengok still takde air, so we went to sleep at my MIL's house for a night. Early Saturday morning dah gerak balik Balakong, need to amik baju2 kotor, bawak balik Rantau, cuci kat Rantau yo! Memang hidup nomad betol kitorang kali ni huhuhu
Ahad, balik Balakong gosok baju keje jap, and terus balik Batu Caves (MIL's house). So malam ni akan masuk malam ke-3 stay kat MIL's house. Bila laaaa air nak ada ni? T_T
Kisahnya, kata ada tumpahan ammonia kat Sungai Langat, so SYABAS need to close 2 loji dorang, which is loji Bukit Tampoi (if I'm not mistaken) and loji Cheras Batu 11. Bersabo je la kami nunggu ayor ade. Nukman pun terpaksa la 'dicutikan' dari taska. Baru je start hantar, dah cuti. Taska pun takde ayer yo! Taska sebelah rumah saya je huhu
So, hopefully dalam sehari dua ni ada la good news pasal air ni. Segan deh duk umah MIL lame2 hehe..
Ok la, tu je kot.. Till then, wassalam!
Thanx for reading this entry! ^_^
Wednesday, February 5, 2014
My first day at work
Apa khabar semua? So today is my first day at work. I was supposed to start working on 4th February, but coincidentally, it's Nukman's 3 months old vaccination date & check up. So I decided to apply for a cuti la, takkan nak half day on my 1st day at work kan.. ahaks~
So, semalam bawak Nukman gi cucuk, both me and ME prayed hard that Nukman won't mengamuk or melalak as he always did haha.. Sangat2 takut oke kitorang.. Payah nak pujuk yo anak bujang den sorang ni..
Alhamdulillah, Nukman merengek sket, pastu pujuk2 diam balik last2 tertido lepas dah timbang berat n ukur panjang.. Mase jumpe nurse pun Nukman still tido, saaaaampai la tiba masa nak cucuk, Nukman woke up coz saya dah pegang kuat2 peha and tangan dia, terus dia menangis marah kene kejut. And he cried lagi kuat time jarum masuk haha..
But as soon as I get up from the chair, he stopped crying and sambung tido LOL..
Kesimpulannya, Nukman menangis sebab tidonye diganggu, bukan sebab kene cucuk hahaha..alahai Nukman~
So, syabas my son, tak meraung gila2 masa cucuk dari umo sebulan smp la cucuk 3 bulan ni.. keep it up son!
Masuk balik cite saya masuk keje arini.. So this morning mcm biasa la sy keluar awai, mak saya hantar smp ke pagor, mak cakap, "ingat lagi tak jalan nak gi opis ni?" haha apo la omak ni, ofkos la hengat :p
Sampai2 je kat opis, rase mcm eh, betul ke ni bilik aku... eh, ape nak kene buat dengan surat ni ek..
Ke-blur-an ni berterusan smp la tengahari.. lepas da lunch baru la ke-blur-an tu beransur2 hilang ahaks~
So, I can't wait to go home at 4.30pm today, I missssssss Nukman badly tau!
Ok la, tak baik tulis panjang2 time opis haha
Till then, wassalam :)
Thanx for reading this entry! ^_^
















