About Me

My photo
I'm just a simple girl, happy go lucky and also a very, very good listener... I'm good at hiding my true emotions, that's why you'll never know when I'm sad.. :)

Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawah Ni

Ha... Sila² La Tinggalkan Jejak Korang Kat Bawaaaaahhhh Sekali Page Ini Ye.. Senang Saya Nak Terjah Korang Balik... Kalau Sudi, Boleh Jadi Follower Saya... Kalau Tak Mau Pun Tak Ape.. Terima Kasih Sbb Sudi Singgah Yer.. Singgah² La Lagi Lenkali.. ^_^ ♥

Wednesday, October 30, 2013

Artikel : 4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin

Assalamualaikum!

Walaupun hari ni wordless Wednesday, tapi tergerak gak nak share pasal ni.  Saya dapat dari facebook, kebetulan ada kazen saya share, so saya pun rase nak share jugak di sini.  Ini bukan hasil tulisan saya ye, ini hasil tulisan org lain, saya pun tatau sape, sebab semua orang pun share aje hehe..




4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin

Assalamualaikum,

Saya rasa ramai readers blog ni yang dah berkahwin. Entri ni khas untuk suami-suami yang isterinya tengah pregnant atau bahasa kasarnya membuyong. Yang belum kahwin pun boleh jugak nak baca mana tau dah sampai seru dan tetiba dapat rezeki ekspress.


Terus terang saya cakap tak semua orang akan sanggup teman wife dia time nak deliver baby. Kadang-kadang muka nampak gangster cerita kat orang bergaduh tiap-tiap minggu tapi bila teman bini deliver baby pengsan. Tu hakikat tapi alhamdulillah saya berjaya teman isteri saya tanpa sikit rasa takutpun dan bagi saya ada 4 sebab kenapa seorang suami kena teman isteri dia bersalin :


1. Melihat Kebesaran Allah

Terus terang saya cakap kalau seorang suami tu tak solat sebelum tengok isteri dia bersalin, InsyAllah lepas tu dia akan berubah dan akan bersolat sebab dia akan nampak kebesaran Allah. Mana taknya baby sebesar tu boleh keluar dari perut ibunya selamba gitu je. Itulah satu magik yang lebih hebat dari magic Cyril. Diapun mustahil boleh buat.


2. Beri Sokongan Pada Isteri

Dalam melalui saat-saat melahirkan anak ni seorang isteri sangat memerlukan seseorang untuk bagi dia semangat. So yang paling layak ialah suaminya dan bila suami ada di samping isteri time nak bersalin InsyAllah semuanya selamat. Memang penat weyh bukan semua orang yang dah pecah ketuban dengan mudah melahirkan tapi itulah satu bakti seorang suami pada isteri yang dah susah payah melahirkan.


3. Lebih Menghargai

Apapun kita kena faham maksud appreciation. Bila kita, suami ni teman isteri kita ada satu perasaan yang Allah akan bagi iaitu lebih menghargai. Salah satu punca penceraian ialah sebab suami tak faham dan tak tau menghargai isteri. Cara nak hargai isteri senang je try masuk labor room temankan dia bersalin. Kita akan nampak betapa seksanya isteri nak lahirkan anak dan dari situ kita akan lebih menghargai. Kalau tetap jugak macam tu even dah tengok isteri bersalin maksudnya hati dia dah buta sangat dah tu kena sumbat clorox je tu. Lagi satu penderaan bayi oleh ibu bapa dapat dikurangkan sebab bila kita tengok betapa susahnya nak lahirkan baby kita akan lebih menghargai baby tu.


4. Belajar Tentang Sabar

Seorang suami akan lebih bersabar selepas dia keluar dari labor room. Kenapa? Macam yang saya cakap tadilah tak semua isteri boleh beranak atau bersalin dengan mudah. Macam isteri saya masuk ward pukul 3 pagi pukul 10.10 pagi baru keluar. So saya kena teman dia sampai dia bersalin padahal saya kena pergi kerja. So kat situ melatih saya supaya bersabar untuk hadap apa je yang datang.

Nampak tak permainan dia kat situ. Allah dah bagi kita jalan untuk belajar macam-macam dari proses kejadian manusia tapi kalau kita sendiri tutup hati kita dan takde niat sikitpun nak ubah maka ta jadi apa jugak. So pada suami-suami sekalian alam temanilah isterimu ketika dia memerlukan mu.




Bila baca tulisan penulis ni, saya pun jadi cuak.  Mampu ke ME teman saya nanti. Yela, bak kata penulis, kadang2 muka mcm gangster, tapi bila tengok isteri bersalin pun leh pengsan.  Pengsan pun ada 2 sebab, maybe sebab tengok darah or lagi satu sebab dah takde tenaga sebab tak makan (ada yang tunggu isteri sampai 6-8 jam).

Saya dah share kat facebook saya and tag ME dengan kata2 "kuatkan diri, tabahkan hati, teman sampai sudah ye!" ahaks~

Mudah2an Allah SWT permudahkan urusan kami dan kuatkan diri saya dan ME untuk terus berjuang bersama2 di labour room nanti, in sha Allah.



Till then, wassalam (",)




 Thanx for reading this entry! ^_^




 

Wordless Wednesday : 'Nesting Instinct'

Assalamualaikum!





LOL~!!! ^_^





 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Tuesday, October 29, 2013

Artikel : Apakah itu kontraksi Braxton Hicks

Assalamualaikum!

Hai semua! Kali ni saya nak share pasal kontraksi Braxton Hicks. Actually pun saya sebelum2 ni tatau pun and tak penah dengar pasal Braxton Hicks.  Tapi lepas 6months preggy baru first time dengar seorang kawan sebut pasal Braxton Hicks ni.  So saya pun gigih la gugel and baca untuk pemahaman sendiri, and dah alami pun.. Tapi baru ni terasa nak share hehe.. Mungkin ada bakal2 ibu di luar sana yang masih belum tau?



Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu. 

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872. 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin. 
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini. 

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku." 

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 

Kontraksi Braxton Hicks:

  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.

Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:

  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan. 

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks. 

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda. 

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panasjuga membantu. 

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang. 

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan. 

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia. 





Ha, amacam? Kena baca betul2.. and ada gak yang kata, tak semua alami Braxton Hicks ni... wallahualam..

Ape pun harap artikel ni membantu!


Till then, wassalam (",)



 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Claim oh claim

Assalamualaikum!

Hai, how are you guys today? Eceh sepiking la plak.. Saje, kate nak asah English kan, so kena la guna sekali skala right? :)

So, hari ni dah hari Selasa.. As you may know, I've mentioned earlier in my previous post that tomorrow (Wednesday) will be my last day at work (yahooooo)..

And this morning, tengok jadual bos, bos pegi meeting kat Shah Alam, tengahari baru masuk opis. Ok la, dapat jumpa bos separuh hari.. Tapi pagi2 kul 8.00 am kot tadi, dapat call dari bos, bos bitau dia gi meeting kat Shah Alam and masuk tengahari (weird, coz of course I knew most of his schedule, I checked his calendar every morning lol).. maybe bos takut saya terlupa kot. Hehe

Dalam call tu, bos mention pasal claim dia utk this month, and saya pun macam terdiam kejap.  Ades, ari tu beria mintak softcopy claim nnt senang nak buat sendiri bila saya dah cuti.  Tapi takpe la, esok pun dah last, saya try la siapkan hari ni jugak.  Saya bukan apa, slalunye claim bos ni panjang berjela2, so macam banyak keja sket la kalau nak kejar dalam 2 hari ni hehe.. Sib baik check2 diary and calendar bos, ada 1 meeting aje.  Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan tugas saya hari ini.

Terus semangat siapkan claim bos dan2 tu jugak and dah siap amik sign akui sah from one of the engineer.  Tinggal tunggu bos sign and submit to Pengarah for approval.  Hopefully dapat setel today and dapat submit esok.  Lega sket tinggalkan opis tanpa kerja2 yang tertangguh kan? :)

Hehe, gitu la saya tadi gamaknye, buat keje ngn senyuman.. ahaks~

So, keje pun dah setel, boleh la belek2 pc lagi tengok kalau2 ada lagi kerja yang perlu disiapkan sebelum tinggalkan opis selama 3 bulan.  Excited nak cuti, tapi nervous nak kena induce. Ouch.

Oh ye, Sabtu ni saya pegi jugak la tengok akak saya pindah rumah.  Pegi rumah Puchong dia dulu tunggu ME tolong2 ape yg patut, then gerak terus ke rumah baru dia kat Seremban Jaya.  Hopefully baby bertabah sepanjang perjalanan and tak mengeras sangat2 macam semalam hehe.. Oh takutnya~

Itu aje kot, kalau ade ape2 nak bebel lagi nanti saya conteng lagi.. ahaks~


Till then, wassalam (",)




 Thanx for reading this entry! ^_^





 

Monday, October 28, 2013

Hari Kelepasan Am 2014

Assalamualaikum!

Amboi, kemain lagi saya kan? 2013 pun baru bulan Oktober, dah post pasal cuti umum 2014 ahaks~

Bukan ape, nak kasi korang peluang utk rancang cuti la.. termasuk diri sendiri.. maklum le tak lama lagi dah nk cuti bersalin, paling2 bulan Februari 2014 baru naik keje hehe..

So korang boleh dapatkan jadual Hari Kelepasan Am 2014 seperti kat bawah ye..






Selamat merancang cuti 2014~!!!


Sumber dari : website Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri



Till then, wassalam (",)



 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Debaran kian terasa

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Wah, sedar tak sedar dah masuk minggu baru, yang mana minggu terakhir saya bekerja, and bermaksud makin hampir dengan date utk admit ward...

Perasaan saya? Makin nervous bila baca2 pengalaman ibu2 GDM yang kena induce.. Saya harap saya kuat untuk hadapi semua tu demi melahirkan zuriat pengikat kasih kami suami isteri ni, in sha Allah.. :)

Tinggal lagi 5 hari je bekerja, tolak hari check up (Khamis) so tinggal 4 hari.  Pagi2 tadi saya apply cuti untuk Jumaat, so maknanya saya hanya akan bekerja sampai Rabu aje, 3 ari aje bekerja!

Tapi, hari ni pun dah mcm tak larat giler nak keje.. Tak tau la nape.. Semuanya rase sakit + sengal, bangun dari duduk pun punye la seksa nak luruskan urat2 and sendi2 huhu.. dugaan~



How I wish I can do this all day at home.. ahaks~

Kan? Best kan kalau dapat bermalas2an kat sofa kat rumah sepanjang hari camni.. mesti heaven je rase.. ahaks~  Saya memang dah takde feel langsung nak keje, rase mcm nak balik aje pun ade... tapi ape kan daye..

Kena la bertahan lagi 2 hari.. cepatla hari Rabu please!

Seperti sebelum2 ni, doakan la saya selamat melahirkan baby tanpa banyak masalah ye.. mudah2an Allah SWT permudahkan segalanya.. amiin... (",)



Till then, wassalam (",)



 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Friday, October 25, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum!

Hai, apa khabar semua? Salam Jumaat semuanya ya :)

Sedar tak sedar, dah tinggal lebih kurang seminggu je sebelum saya kena admit ward utk induced (paksa bersalin).. Macam2 perasaan ada, nervous, takut, risau, gembira, excited.. bercampur2 perasaan saya sekarang ni..

And pagi ni rasa sayu pulak lepas kejadian semalam yang pegawai bank wanita kena tembak kat kepala tu.. memang hiba sangat rasanya sampai saya tak sanggup nak baca apa orang update / post kt fb mahupun blog..

Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dariNya.. al-Fatihah..

.......(diam 5 minit)....

So, berbalik pada cerita saya nak kena admit ward, semalam gi check up kat KK.. ingatkan itula last check up, skali next Thursday (31 Oktober) pun kene repeat check up, kira last check up before admitted to the ward la... Sabo je la.. Saya tak kisah, tapi kesian husband la dah pening cane nak ejas keje dia, ate takkan dua minggu berturut2 nak cuti ari Khamis... Kita tunggu jela keputusannya..

To be honest, saya sendiri memang dah tak larat nak gi keje, kalau boleh nak rest aje kat rumah... Tapi apekan daya, doc takde pulak kasi bedrest ke ape.. So kena la keje hingga ke titisan terakhir gitu.. huhu..

Lagipun, saya kena la setelkan ape2 yg patut dulu before bercuti panjang kan.. Tak sabar nak cuti panjang sebenarnye uols! Ahaks ^_^

Saya patut kene admit ward on 3rd November (Ahad), tapi Sabtu 2 November tu my sis nak pindah umah plak, dari Puchong ke Seremban.. Ikut plan asal, memang dia mintak tlg sangat2 kaum2 lelaki family kami (termasuk ME) utk tolong pindah2 barang..maklum le family kami lelaki tak ramai, arap menantu2 je la hehe..

Tapi, saya ngah pikir2 gak ni, takut masa saya kat Seremban tiba2 sakit nak bersalin, haru pulak jauh nak ke Hospital Serdang.. saya kalau boleh memang nak bersalin kat Serdang jugak2, senang, dorang dah bukak fail saya ritu..hehe

Lagi pulak, takut tak larat pulak nak berlama2 duduk kat sana.. hurm.. tengok tahap keterlaratan la jawabnye..

Itu aje kot, tak tau nak cerita ape dah, nak layan perasaan pulak...

Korang tolong doakan semoga segala urusan saya nak melahirkan baby nanti dipermudahkan ye... Doa2 dari kalian amat lah saya hargai and thanks a lot in advance.. amiin...

"Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Karim" - doa dipermudahkan segala urusan (shared by my officemate)..



Till then, wassalam (",)


 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Tuesday, October 22, 2013

'Ter'beli beg baru pulak

Assalamualaikum!

Hai apa khabar semua? Ha, saya terlupe plak nak update pasal terbeli beg nih.

Actually ritu ada la terperasan kt instagram Shea Rasol, pasal beg ni. Saya pun usha la website The Poplook. Kenan jugak, tapi xde la terpikir nak beli.

Alih2 a few days later, dapat email dari The Poplook yang dorang ada bagi diskaun 20% for everything. Bukan selected item je ye. Saya pun dengan pantas mengklik link dan trus purchase beg tu, Poppy Blue Walter Satchel namanya.


Yeah, itula dia rupe beg tu, match plak dengan baju saya pada hari itu, nak pergi warehouse sales baju2 baby kat Gombak katenye.. Ahaks!

Banyak kot barang saya leh sumbat dalam ni, tapi jadi berat la :p

Delivery pun cepat gile ok.. Saya purchase petang ni, esok tengahari nye dah sampai kat rumah mak saya. Memang kalau ade beli ape2 saya akan pakai address umah mak saya kat Rantau, umah saya bukan ada orang ahaks!

So tu jela nak cite pasal beg tu. Kalau korang nak beli, dah kembali ke harga asal which is only RM79.90, free postage tau! Huhu

Sekarang ni saya dalam proses persediaan mental dan fizikal utk sambut org baru, sebab doc pun dh bg tarikh utk induced, which is on 3rd November, lagi 2 minggu je wei!

Kalau baby nak keluar awai b4 date tu pun xpe, biar rasa sakit nak bersalin naturally dari induced hehe.. 

Till then, wassalam!



Thanks for reading this entry!

Monday, October 21, 2013

Keputusan yang dinanti2

Assalamualaikum!

Hai apa khabar semua? Ha... Hari ni saya gi check up kt Hospital Serdang lagi, memang menunggu2 check up kali ni, sebab kali ni la doc akan decide bila saya kene masuk wad and samada saya bole bersalin normal @ tak..

So pagi2 lagi dalam 7.15 pagi camtu saya dengan ME dah sampai kat parking hospital, memang elok datang awai2 nih, senang sket cari parking. Mase tu hujan, ME payungkan saya ke bangunan klinik pakar and dia patah balik simpan payung lam kete. Usha klinik O&G, masih belum dibukak. So amik nombor la utk register kt kaunter klinik pakar kat luar tu.

Memang berbaloi2 kitorg datang awal kali ni, masa menunggu pun idak la sampai berjam2. Setel register kat lua, tunggu klinik O&G bukak, then masuk tunggu kat dalam plak sementara tunggu misi2 sampai. Lepas misi2 dah on komputer n buat ape2 patut, nama saya pun dipanggil. Macam biasa, kene gi test urine, cek bp and timbang berat. Saya cek bp n timbang berat dulu, baru test urine. Masa tengah test urine, misi datang bitau nombor saya dah dipanggil. Saya terus la ke bilik doc, lawa doc yang treat saya arini. 

Doc pun tanya soalan2 yg biasa ditanya tiap kali check up, cek result BSP saya and berapa banyak unit insulin saya. Then doc cakap lagi 2 minggu saya kena admit ward sbb dah 38weeks by that time. Then doc kata nak scan baby. Baby dah 2.6kg, no wonder la saya rasa senak and penuhhh jek perot ni hehe.. Alhamdulillah berat baby normal, air ketuban pun cukup, uri pun position ok.

Pas scan, masuk semula bilik doc and doc tulis surat and bg slip untuk admit ward. Saya kena 'serah diri' on 3rd November 2013 (Ahad), 2 minggu dari sekarang. Kena induced, harap2 xkena induced byk2 kali la, biar la sekali induced je dah bersalin, hehe.. Tak pun, even better if before admit ward, saya dah bersalin. Everything is possible kan? Ahaks



Beg hospital pun dah masuk lam bonet, tinggal menda2 kecik la yg masih digunakan n memang dlm handbag setiap hari, mcm IC, buku pink, slip admit ward, handphone, powerbank, insulin.  Harap2 xde yang tertinggal hehe.

Ape pun, saya memang dah tak sabar2 nak jumpa baby nanti. Doakan la semoga semuanya dipermudahkan untuk kami berdua ye?


Till then, wassalam :)


Thanks for reading this entry! ^_^

Monday, October 14, 2013

Macam tak sihat~

Assalamualaikum!

Apa khabar semua?  Arini agak lemau rasanya, pagi tadi okes je datang keje, gigih bekerja walaupun ramai orang duk cuti sempena nak sambut Aidiladha esok :)

Nasib baik kantin opis masih dibukak, risau jugak kalau tutup, ape nak dimakan? huhu

Lepas bekpes, setel2 mane2 kerja yang belum setel, pastu dah tak tau nak buat ape, bos masih belum masuk ke pejabat, maybe after raya baru masuk..

Menjelang kul 10.00 am dah mula rasa tak sedap badan, kepala rasa sakit, ada rasa mcm nak pitam pun ye (teringat kejadian nak pitam masa kat KWC ritu)..

Teringat ada beli roti sambal bilis pagi tadi, so kunyah2 la utk meredakan sakit kepala and hati yang berdebar2.. tapi tak selera pulak, sudahnya tak abis roti sambal bilis tu..

Hai, rasa2 boleh bertahan ke sampai ke petang ni?  Kalau dah tak larat sangat, harus mintak half day dengan boss nih T_T

Mudah2an after lunch saya beransur sihat la, kalau tak sihat jugak, harus la terbaring aje ketiduran, itu aje ubatnya (selalunya)..

Itu aje nak share, otak dah tepu ni duk kt opis yang mcm dilanggar garuda ni..



Till my next post, wassalam.. :)




 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Saturday, October 12, 2013

Finally, dapat gak pakai powerbank Pineng

Assalamualaikum!

Hai semua, apa khabar? Dalam entry saya yang lepas, saya ada cerita pasal saya order powerbank Pineng dari The Faiz Ibrahim kan? Boleh baca entry saya tu kat SINI

So semalam (Jumaat), lepas kerja saya dan ME terus gerak balik Rantau, tak sabar dah hati saya ni nak pegang sendiri PB (PowerBank) Pineng nih, duk tahan hati dari Rabu sampai la Jumaat haha..

Setelah meredah jem and singgah makan segala, sampai la rumah mak lebey kurang kul 9 lebey malam kot. Terus cari parcel kot, ahaks! Dah dapat parcel, terus cek nama pengirim and terus bukak parcel tu, tak menyabar dah!

Bukak2, terus cek la barang and dia punye connector2 sume. Dapat free 3 pin adaptor utk cucuk plug charger Pineng tu and travel pouch utk protect PB dari scratches. Terus try on, power ada 99% and test torchlight dia. Alhamdulillah, everything was on working condition.

Malamnye before tido terus try charge, and ME pun menyelit sama nak charge skalik iPhone5 dia. Elok gak, nak tengok kemampuan PB ni kan? So in the end, saya charge serentak 2 iPhone 5 yang masa tu both phones power dia tinggal about 50%, and the PB dengan power 99%. Nak tengok after charging, bape banyak power yang tinggal kan.

So tetengah malam tersedar and checked the PB and the phones, both dah fully charged and the best thing is, this PB akan automatically turned itself off once your phone dah fully charged, so jangan risau la your phone akan terover charged ke. Memang selamat dan jimat. Thumbs up!

And after charging both phones, the PB was still left with 86%! Memang awesome la kalau bawak travel ni. Bole charge banyak2 kali! Pasni saya nak try charge ipad plak, maybe akan luak banyak power sbb battery ipad pun a whole lot bigger than the iphone rite? :)

Ape pun, i took this photo in the morning la sebab nak tepek sini, ahaks!


Saya pilih kaler gold, nampak macam bongkah emas, siyes! Ahaks! Ini adalah PB Pineng 16,800 mAh

Memang saya nekad sangat nak beli PB ni before bersalin, nanti masuk wad senang takyah susah hati battery phone habis ke, PB kan ade! Ahaks!

Itu aje utk kali ni, till then, wassalam :)



 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Friday, October 11, 2013

Post rojak : Powerbank Pineng dan Check up

Assalamualaikum!

Hai, apa khabar semua? Over je title saya kan? ahaks..

Biasa la, tak teringat pulak nak post satu2 kejadian (padahal malassssss)... :p

Ok, so mula2 kita cite pasal powerbank okay?  Actually dari dulu memang nak beli powerbank and dah penah beli 2 kali. 1st beli masa beli ipad, tapi mAh nye kecik beno, 5,600mAh je kot.  Sekarang powerbank tu husband saya yang pakai, sbb dia caj iphone dia aje.  Saya ni nak caj macam2, ahaks.. Lagipun powerbank tu kecik je sizenye, memang sesuai la org yg slalu keje luar mcm husband sy tu pakai.. :)

2nd time saya beli online tru yang slalu ada deal2 ni la.. 20,000 mAh kononnye, tapi mcm tertipu aje.. cap ayam rupenye. kemain dalam website kata OEM.. OEM ni bukan ori ke? sebab kalau barang2 kereta, kalau kata OEM tu ori la hehe.. betulkan kalau saya tersalah ye :D

So lepas 2nd time, serik.  Yela, nak murah kononnye. Skali tertipu mak Limah.  Start dari situ saya mula survey2 powerbank2 yang org recommend and stumble upon this person yang jual Powerbank Pineng ORIGINAL, dia amik direct dari kilang Pineng di China.  and yang penting dia orang melayu, sapa lagi kita nak tolong kalau bukan adik2 kita mcm ni kan?

Korang boleh cekidaut website dia, THE FAIZ IBRAHIM (TFi)


Ha, camni la rupe website dia...

Beliau jugak ada FB Page account, pakai nama The Faiz Ibrahim jugak. Sori tak dapat nak link kan fb page beliau sbb fb block kat opis nih hehe.. kat instagram bole search @thefaizibrahimshop utk blogshop dia, and instagram personal beliau @thefaizibrahim

Beliau ni sangat la humble and kalau baca email beliau if kita tanya apa2 pun, alahai sejuknya hati.  Macam ni la orang berbisnes, hati customer musti mau jaga kan?

So last week beliau open order untuk batch 28, saya pun sebaik saja dorg kata order dah dibukak, terus serbu website and terus purchase powerbank 16,800 mAh.  Kenapa saya amik 16,800 mAh, bukan 11,200 mAh?  Macam yang saya cakap kat atas tadi, saya ni banyak benda nak caj, iphone saya, galaxy note saya, ipad 2 saya.  So saya rasa 16,800 mAh laaa yang paling mampu menampung penggunaan saya.  Kalau korang just nak caj smartphones, yg 11,200 mAh pun dah cukup, kalau iphone tu leh caj 4-5 kali kalau tak salah (mengikut review customers TFi ni)..

Tapi, saya tak dapat nak post gambar lagi sebab powerbank tu masih belum ada kat tangan saya, saya pakai alamat rumah mak saya kat Rantau, N. Sembilan. Hehe.. bukan ape, rumah saya sah2 takde orang sbb saya bekeje, pakai alamat opis, dorg slalu hantar ke KKR sanun, maleh acik nak menapak dengan perot memboyot nih.. so jalan selamat, pakai alamat rumah mak, sah2 omak ado kek umah ajo! ahaks

Ape pun in sha Allah petang ni saya balik kampung, terus nak test powerbank tu, sebab slalunya customer kata dapat2 memang dah siap fully charge, team TFi memang dah buat QC check utk pastikan kita dapat powerbank yang betul2 elok.  If ada problem boleh je contact balik team TFi.. :) Nanti powerbank dah ada kat tangan saya, saya update gambar pulak ye? :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kali ni cerita pasal check up pulak.  So semalam pegi check up kat KK (klinik kesihatan ye, bukan Kota Kinabalu, gila jauh haha).. Punye la ramai orang, dari kul 8.30 pagi saya check in, kul 11 baru la dapat masuk bilik misi.. Timbang2, berat naik 2 kg! haha amik kau.  Slalu check up samada tak naik, turun, or naik sikittt sangat.. terus misi bising sbb naik 2kg.. tapi bila saya tengok balik, kira betul2 sebenarnye naik 1.3kg aje.. misi tu main kira bulat aje, tak pasal2 kene marah haha.. 1.3kg aje ok la tu misi, dalam tempoh 2 minggu kene naik 1kg aje.. kira okes la tu kan terlajak 300 gram aje haha..

Lepas jumpa misi, kene tunggu turn jumpa doc plak.. Masa jumpa doc, doc tanya ada tak doc sebelum2 ni bitau yang kalau GDM on insulin kene bersalin by 38 weeks? Saya cakap la ada, last check up saya dah tanya siap2 kat doc hari tu.  So doc yang ni pun cakap, nanti buat BSP sehari sebelum check up kt hospital, check up kt hospital ialah pada 21 Oktober (Isnin), so saya kene buat BSP pada hari Ahad 20 Oktober. Nasib baik la buat sendiri kat rumah, tak kisah sabtu ke ahad i balun aje hehe..

And doc cakap lagi, biar doc hospital review result BSP, samada nak maintain insulin 6unit utk siang and 10 unit utk malam or nak increase unit, and doc jugak akan decide samada saya boleh bersalin normal or kene tru operation... uwaaaa... kalau boleh mau la bersalin normal pelisssss.. korang doakan saya ye.. nervous menunggu check up 21 hb nanti T_T

Lepas check up, terus ke Kenanga Wholesale Centre (KWC) sebab nak cari handsocks and nak cari rompers baby.  Alhamdulillah la baju2 utk pakai di rumah, akak saya bagi baju anak2 dia, banyak gile kot and sume pun cantik2 lagi, so takyah la sy membazir utk cari baju pakai di rumah masa berpantang nanti utk my baby.  Sebab tu nak cari rompers aje, senang nak pakai utk check up or jalan2 nanti ahaks.. beli sikit2 dulu.. sok2 suh abah dia je beli kan kalau saya dah bersalin nnt ...ahaks!

So dapat la rembat 3 handsocks for RM24 (selai RM8 if beli lebih dari 3, normal selai RM10), rompers Carter's for RM30 (assorted design and colours, ada 5 lai dalam tu, so selai RM6, murah kot). Kain dia pun sodap.

Comel kan? Ha, sy amik 0-6 months, xmau beli byk2, baby cpt membesar hehe

Tinggal nak basuh aje, tunggu bile2 husband rajin la kan, ahaks~ Baju2 baby yang dah dibeli semua husband yang basuh, pakai mesin aje, cume pakai pencuci khas utk pakaian baby la.. Kalau baby dah lahir jangan basuh pakai mesin pulak ye, bak pantang larang orang tua2.. :)

Sampai pitam2 saya berjalan dalam KWC tu, mujur ade kerusi. Terus suruh husband belikan fresh orange utk kasi ilang pitam, memang tak boleh shopping sorang la saya ni..

Itu aje kot, sambung kendian ye.. Wassalam :)



 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Monday, October 7, 2013

Nervousness

Assalamualaikum!

Wow, I can't believe that this is my 3rd entry for today.. ahaks~

Actually, I've been reading my older posts and I realized that I haven't write any post in English since my last post a few months ago (I don't remember which month was my last post in English) and yet I still have to brush up my English *sighs*

So, I've been thinking of what should I write, and I suddenly remembered about a post that I read earlier today about parents yang left their 6/7 children at home without anything to eat.  That story really broke my heart and almost made me cried T_T

How could a mother/father left their children, especially the mother, she's the one that carried the child for 9 months in her womb and still doesn't even care whatever happens to the child? Semoga Allah SWT melindungi kanak2 tersebut.. (As usual, I'll write in both BM & English ikut sedap hati iols okay)..

So, after reading that story, it made me appreciate more apa yang sedang saya alami sekarang (being pregnant, having cramps, backache etc etc etc yang sometimes made me cried in pain).  This is the moment that I should cherish no matter what, and despite all the pain, there's much more happy moments macam when the baby kicks, rolling, menggeliat, berguling, menonggeng and all that.  I still can't believe that I'm being blessed and dapat merasa pengalaman ni semua.. Sebab tu la rasa sedih sangat bila dapat tau ada gak orang yang tak reti nak hargai anugerah yang Allah SWT dah bagi tu.. Ramai je orang yang takde anak and susah nak dapat anak macam saya, tapi ada orang yang senang dapat anak, tak reti nak hargai pulak.. *sighs*

And now that I'm 33 weeks pregnant, which means I only have a few more weeks before 'meletop' hehe.. And suddenly rasa takut pulak, macam mana nak hadapi saat2 nak bersalin.. Semoga segala urusan kami dipermudahkan olehNya.. amiin... (",)

Last night, gigih saya packing lagi beg hospital, alhamdulillah barang2 baby dah complete semua, tinggal 2-3 barang saya belum habis masuk dalam beg.. nanti dah complete semua boleh la simpan elok2 kat bonet utk persediaan bile dah sakit nak bersalin nanti.. :)

Trying to sleep is even harder now, as I often find myself harder to breath no matter in which position I tried.. T_T

Hurm, hati masih rasa sedih sebab baca pasal budak2 yang kena tinggal tu, saya nak happykan hati sekejap, lagipun pregnant mommy tak elok sedih2 rite? :)

Till then, wassalam..

**I don't know what should I put as my post's title, and end up to call it nervousness.. ade kaitan ke? ahaks

 Thanx for reading this entry! ^_^


 

Gembira atau sedih?

Assalamualaikum!

Hai semua, entry kedua utk hari ni.. ahaks..



Actually tadi tengah lurus2kan pinggang, then sorang staff nih masuk tanya jadual bos, lepas da setel, staff tu tanya, bos dah dapat pink form ke? untuk yang tak tau, pink form ni ialah surat arahan pertukaran tempat bertugas bagi pegawai2 kumpulan Pengurusan & Profesional..

So saya pun terpinga2 and cakap la takde, and cakap, "eh bos tuka ke mane?"

Staff tu kata dengar2nya ada ura2 bos akan masuk ke cawangan lain menggantikan bos di sana yang bertukar ke tempat lain pulak.. And setau saya, kat sana memang dah ada PA..

So, hati saya ada 2 perasaan, sedih dan gembira andai ditinggalkan di sini tanpa bos..

Sedih, sebab ibarat habis madu sepah dibuang..

Gembira, sebab ada can la saya nak mintak tukar ke jabatan lain..hehe.. pusingan kerja kekdahnye.. dah 8 taun kot saya dengan jabatan ni...memang dah patut sangat2 bertukar..

Harap2 bos tak nak la bawak saya gi tempat baru, lagipun saya dah nak cuti bersalin... hehe

And if saya ditinggalkan kat pejabat sekarang pun, jangan la assign saya kat mana2 bos lagi.. bagi la saya peluang bertukar tempat kerja.. Mudah2an ada rezeki baby saya untuk Ummi dia ni pi tempat kerja baru.. hehe..

Itu aje la nak share buat masa ni..

Till then, wassalam..




 Thanx for reading this entry! ^_^



 

Mengidam dalam mimpi

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Ha, minggu ni saya dah masuk 33/34 weeks pregnant, alhamdulillah..

So baru2 ni saya bermimpi makan kuih kelepong or setengah org panggil kuih buah melaka? Esoknye saya terus call mak and cakap, and rezeki saya, kebetulan kakak saya baru lepas bagi mak saya gula melaka.. Mak kata nanti nila wiken mak buat.. Yahoo~

Jadiknye Jumaat lepas saya balik rumah mak, hari Ahad pagi kitorang buat kuih kelepong tu.. Alhamdulillah la setakat ni ape2 yg saya idamkan semuanya dapat hehe..

So, enjoice! 


Nyum3.. Sodap.. Saya bancuh sendiri tau! Ahaks

Till then, wassalam..


Thanks for reading this entry!

Friday, October 4, 2013

Makan2 @ Rumah Makan Cibiuk, Putra Kajang

Assalamualaikum!

Ape khabar semua? Alhamdulillah bertemu kembali kita di hari Jumaat yang indah ni.. Cewahhh intro! Ahaks

So, semalam ME gaji, and slalunye bile dah gaji mula la nak makan best2 kan ahaks..

Actually mula2 asalnya saya diperkenalkan dengan Rumah Makan Cibiuk ni, saya tanya opismet, kat mane nak cari pavlova? Sebab tak rajin nak order online.. Teringin nak makan kekdahnye~

So akak ni pun sajes la RM Cibiuk ni sebab katenye ade pavlova as dessert and makanan2 dia pun sedap2.. So kitorang pun gigih la menggugel utk tgk review2 pengunjung gitu :)

After reading a few reviews, saya pun decide nak try la ajak ME, sebab RM Cibiuk ni menghidangkan masakan Sunda uols~

Alhamdulillah, ME kata ok, so ptg tu lepas keje, kitorang terus ke sana. Gerak dari opis saya kul 6.30 ptg lebey kurang, sampai sana dah dekat kul 8 pm. Jangan risau uols, surau ada disediakan kat dalam restoren tu tau :) and toilet serta washing basin pun tersangatlah bersih.. Thumbs up!

Sorila, saya tak teringat nak snap pic kedai tu dari luar, gigih snap pic makanan aje hehe.. Jangan ditanya nama menu utama saya, panjang uols.. Saya pun tak ingat dah, Nasi paket ayam bakar cabet kot? Kite tengok gambor yek.. :)

Ini main course kitorang, oh ye ada kitorg add on sotong crispy, sotong ye mmg beso and crispy uols~

Sambal tu mmg ada dalam pakej, so kitorg xdela amik sambal lain kat stall yang ade dalam tu (sambal kat stall tu percuma aje)


Ha.. Saya order jus Alpukat, orang kata sedap tapi bukan selera saya kot, saya mane minat avocado2 nih huhu.. Tp gatal gak nak order, padan muke tak habis pun T_T

For dessert, memule saya nak order pavlova, tapi semalam pavlova takde plak, so try la lagi satu menu yg highly recommended by others, Pisang Keju.. Saya ingat kecik, sekali besar and banyak plak.. Jenuh gak kami berdua nak abiskan.. :) tapi memang sedap sangat, another thumbs up! Semua pun sedap la makanan kami semalam, sangat kenyang and puas hati..

Total utk semua yang kami order semalam, RM 68.60.. Not bad la kan, and kedai ni accept credit cards jugak kalau tak salah :)

So, tu jela nak cerita takat ni, if korang berminat nak pergi, sila 2 lah, memang saya recommend sangat2.. Kedai ni masuk JJCM jugak tau~

Korang boleh LIKE FB Page Rumah Makan Cibiuk ni..


Ni alamatnya kalau korang nak pergi.. :)

No. 1-G, Jalan Putra 6,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Kalau takut tersesat, boleh la google maps dulu before pergi or nak lagi senang, pakai Waze aje, kompem sampai dengan selamat! hehe

Selamat menjamu selera! :)

Till then, wassalam ^_^


Thanks for reading this entry!

Tuesday, October 1, 2013

Cravings

Assalamualaikum!

Tadi tengah2 buat keje, tiba2 rasa lapar sangat, pikir2 terus capai 2 hengget and turun ke kantin hehe

Duk tinggal je keje yg baru separuh jalan sbb tak tahan lapar. Beli milo suam RM 1.10, roti sambal 90 sen. Ngam2 habis 2 hengget tu ahaks

Ni baru lepas makan, alhamdulillah. Pasni kene sambung keje semula, tapi tengok je pun dah pening, ate cane nak siapkan ni?

Sakit pinggang makin terasa, tiap kali bangun dari kerusi, alahai dah mcm mak nenek plak kene pegang pinggang sbb sakit.  Pagi tadi masa gi nak gi keje pun rase mcm Braxton Hicks (BH), baby mengeras and sakit sangat kat ari2 bawah tu smp takleh nak bergerak.

Then saya amalkan teknik pernafasan tarik hembus tarik hembus, alhamdulillah makin kurang sakitnya. BH ni normally lasts for about half minute (30seconds) and takkan lame or sakit sgt mcm nak bersalin tu. Ini ibarat latihan laaa utk rahim n diri kita gak..

Ape pun saya sempat amik gambo lepas beli makanan and trus upload ke IG ahaks.. Layaannzzz


Caption : Baby wanna eat and drink that!


Okla korang, bila2 terasa nak mencoret lagi, saya dtg balik..

Till then, wassalam (",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...